Jika anda sedang mencari “Where to stay in Satun?”, panduan ini menyoroti beberapa tempat terbaik untuk menginap samada di tengah bandar atau di kampung.
Satun, sebuah provinsi yang mempesona di selatan Thailand menawarkan pelbagai jenis penginapan yang sesuai dengan keperluan dan bajet. Setiap penginapan ini menyediakan kemudahan dan tawaran unik yang menjanjikan penginapan yang selesa dan tidak dapat dilupakan.
Tanjung Buri Resort
Tanjung Buri adalah resort kecil yang terletak di Tanyong Po yang terkenal dengan kesedapan makanan laut yang segar dan amat mesra dompet. Tempat makan di sini terletak diatas air yang dikelilingi oleh pokok paya bakau. Tempat ini berdekatan dengan jeti Ban Klang aka Rainbow Bridge yang cantik dengan pemandangan yang menakjubkan ke Laut Andaman.
Sesuai untuk pelancong dan tetamu yang mencari ketenangan dan keindahan semula jadi, Tanjung Buri menggabungkan kemudahan asas dengan hospitaliti penduduk Thai yang mesra dan peramah. Restoran adalah halal dan kebanyakan staf boleh berbahasa Melayu-Siam. Paling best anda boleh menikmati suasana kampung seperti menaiki tuk-tuk untuk membeli sarapan pagi di kampung yang berdekatan.
- Penginapan: Bilik yang selesa dan bersih. Setiap bilik ada pendingin hawa, tv dan pancuran air panas.
- Makan: Restoran menyajikan masakan Thai dan makan seafood yang sedap, lebih enak daripada di rumah.
- Aktiviti Rekreasi: Menaiki longtail boat ke Dragon’s Spine Beach dan pulau-pulau berdekatan. Fenomena sand bank ini wajib anda cuba. Tanah yang anda pijak bukan pasir tau, tetapi.. dapatkan jawapannya apabila anda berkunjung ke sini!
- Kemudahan Lain: Wi-Fi percuma, perkhidmatan ulang-alik lapangan terbang, parking percuma dan sewa basikal.
Alamat: 159 Moo.3, Satun 91000, Thailand
Telefon: +66 83 534 8990
Tempah di sini: https://www.klook.com/hotels/detail/201666-tanjung-buri/
Guna kod ZAHIRAKLOOK untuk diskaun 5%.
Navakiri Boutique Resort
Navakiri Boutique Resort adalah resort yang bergaya dan mewah ala Japandi. Ia dibina dengan menampilkan ciri-ciri muka bumi Satun seperti pasir pantai dan fossil di Geopark Satun yang menjadi kebanggaan penduduk di sini. Ia sesuai untuk pasangan dan keluarga.
Keseluruhan kawasan resort sangat indah dan instagrammable. Bahagian belakang terdapat view bukit dan awan karpet berarak pada waktu pagi.
- Penginapan: Bilik dan suite yang dihias dengan menarik dengan pemandangan kolam renang dan taman. Bilik dibawah dihubungkan terus dengan kolam renang manakala bilik atas mempunyai bath tub. Lengkap dengan pengering rambut, jubah mandi, peti keselamatan, minibar dan TV (siaran berbayar kena guna akaun sendiri seperti Netflix, Disney, IQiYI dll).
- Makan: Restoran gourmet yang menawarkan gabungan masakan Thai dan Barat, poolside bar.
- Kemudahan Lain: Wi-Fi percuma, parking percuma.
Alamat: 363 Chalung, Mueang Satun, Chalung, 91140 Thailand
Telefon: +66 97 354 1642
Phu-tan Resort
Phu Tan Resort adalah tempat percutian yang tenang yang dikelilingi oleh kehijauan hutan dan bukit bukau, sesuai untuk pencinta alam dan mereka yang ingin melarikan diri dari kesibukan kota. Ternyata, Satun bukan hanya menawarkan keindahan pantai dan pulau tetapi bahagian rimba juga sangat cantik dan mudah untuk dituju.
Phu-tan Resort ini pada asalnya dibina di atas tanah dusun buah jadi mengikut musim anda pasti akan dapat merasai buah tempatan seperti durian dan manggis. Bonus – tempat ini sangat instagrammable!
- Penginapan: Bilik berhadapan dengan sungai yang menjadi tempat mandi manda dan menaiki kayak. Terdapat vila rumah kayu yang selesa dengan pemandangan tepi sungai. Vila ini lebih mewah berbanding bilik biasa namun tetap selesa.
- Makan: Restoran yang mengetengahkan sajian tempatan. Makanan adalah termasuk dalam harga bilik.
- Aktiviti Rekreasi: Laluan mendaki, berbasikal, memerhati burung, menaiki kuda, mandi sungai dan white water rafting (level santai)
- Kemudahan Lain: Wi-Fi percuma, kafe.
Alamat: 10 Thung Wa La-ngu District, Satun 9110 Thailand
Telefon: +66 93 005 5501
The One Boutique Hotel
Terletak di tengah bandar Satun, The One Boutique Hotel adalah pilihan sempurna untuk pelancong yang mencari keselesaan dan kemudahan yang mudah dicapai seperti kedai 7Eleven yang popular. Hotel ini menawarkan penginapan kelas pertengahan dan servis yang baik.
- Penginapan: Bilik yang luas dengan hiasan minimal termasuk sofa dan mini bar. Terdapat TV dengan siaran Netflix secara percuma.
- Makan: Restoran di aras lobi.
- Kemudahan Lain: Wi-Fi percuma, kaunter depan 24 jam, khidmat penyimpanan bagasi, pengecas EV, Parking percuma
Alamat: 7 Satun Thani Road Phiman Subdistrict, Mueang District, Satun 91000, Thailand
Telefon: +66 74 721 999
Tempah di sini: https://www.klook.com/en-HK/hotels/detail/465303-the-one-boutique-hotel/
Guna kod ZAHIRAKLOOK untuk diskaun 5%.
DeliZia de Villa
DeliZia de Villa adalah sebuah rumah inap yang boleh menempatkan sehingga 10 orang, sesuai untuk mereka yang datang dalam kumpulan yang besar atau bersama keluarga.
Vila ini mempunyai 3 bilik yang luas dengan ruang tidur tambahan di tingkat atas. Kemudahan yang disediakan lengkap dengan dapur dan ruang tamu yang selesa.
- Penginapan: Rumah dua tingkat dengan tempat parking berpagar.
- Makan: Boleh masak sendiri tapi lebih baik untuk menikmati santapan sedap-sedap di Satun seperti restoran makanan laut, roti, dim sum dan pasar malam.
- Aktiviti Rekreasi: Lawatan dan aktiviti yang mudah akses seperti lawatan budaya/muzium dan Satun street art.
- Kemudahan Lain: Wi-Fi percuma, pendingin hawa, tuala dan linen, airport shuttle dan perkhidmatan sewa kereta dan basikal.
Alamat: 58, Satun Thani Road, Satun, 91000, Thailand
Telefon: +66 83 240 2462
The Room Corner
Terletak tidak jauh dari bandar Satun, tempat ini berkongsi dengan restoran Corner Cafe. Wajib bagitahu anda yang restoran ini menjamukan menu masakan asli selatan Thai yang agak berbeza dari kedai tomyam di semenanjung Malaysia. Jadi jika anda menginap di sini jangan lupa untuk mencuba menu di restoran juga tau.
Alamat: Khuan Ka Long, Satun, Thailand 91130
Telefon: +66 92 7836474, +66 81 5402684
Facebook: https://www.facebook.com/profile.php?id=100095300072593
Sama ada anda mencari syurga pantai, hotel yang mudah dan selesa, tempat percutian semula jadi, resort butik bergaya, atau vila mewah peribadi, Satun mempunyai pilihan penginapan yang sesuai yang anda cari. Setiap tempat ini—Tanjung Buri, The One Boutique Hotel, Phutan Resort, Navakiri Boutique Resort, DeliZia de Villa dan The Room Corner —menawarkan gabungan kemudahan dan perkhidmatan yang unik untuk memastikan pengalaman penginapan yang tidak dapat dilupakan di bahagian indah Thailand ini.
TEMPAH DAN TEBUS DISKAUN!
Chup! Dapatkan tawaran menarik di KLOOK samada hotel, tiket perjalanan atau tempat tarikan dan aktiviti pada harga diskaun dengan memasukkan kod ZAHIRAKLOOK.
Terma & Syarat:
KLOOK DISCOUNT CODE – ZAHIRAKLOOK
12% OFF Pengguna Baru
5% OFF Pengguna Lama
Terhad untuk 3X Tebusan (sah sehingga 1 Julai 2025)
VISA DISCOUNT CODE 5% OFF – MYVISAKREATOR
Semua Pengguna
Boleh guna dengan kod lain (sah sehingga 31 Disember 2024)
http://www.klook.com/?aid=zahiraklook