Satun, Thailand, permata tersembunyi di bahagian selatan negara The Land of Smile menawarkan pelbagai aktiviti yang menggabungkan keindahan alam semula jadi, pengalaman budaya, dan pengembaraan yang menarik. Kunjungan anda ke Satun tidak terhad kepada trip makan-makan saja tau. Berikut adalah senarai aktiviti di Satun untuk memastikan kunjungan anda berbaloi.
1. Island Hopping dari Tanyong Po
Melawat dari pulau ke pulau adalah aktiviti wajib di Satun. Dari jeti Ban Klang di Tanyong Po, anda akan melawat Dragon’s Spine Beach iaitu kawasan fenomena yang menakjubkan berlaku, di mana air laut yang surut akan mendedahkan sandbank yang cantik dan anda boleh berjalan di atasnya. Sand bank ini adalah sejauh 4km! Menariknya, anda tidak memijak pasir sebaliknya timbunan kulit cengkerang tau. Kemudian anda akan melewati perkampungan nelayan di tengah laut (Koh Hua Man) dan ke Pulau Black Sand Beach yang misteri, terkenal dengan pantai pasir hitam yang unik dan air jenih.
Anda juga boleh bergambar di Lan Kang, tempat check-point terbaru untuk menikmati pemandangan pulau Langkawi-Taratao. Tempah aktiviti ini melalui Tanjung Buri Resort +66 83 534 8990
2. Meneroka Kampung-kampung di Tanyong Po
Di sekitar kampung di Tanyong Po, anda boleh menaiki kenderaan yang sesuai untuk melawat beberapa kampung yang bersebelahan. Aktiviti waktu pagi ini menawarkan pengalaman unik tentang kehidupan kampung tradisional Thailand. Mulakan hari anda dengan pelbagai pilihan sarapan yang dijual oleh makcik yang menaiki tuk-tuk. Terlalu banyak juadah tempatan yang lazat seperti laksa siam, nasi lemak siam dan aneka kuih-muih. Terokai kampung, berinteraksi dengan penduduk tempatan yang mesra, dan nikmati suasana desa yang tenang.
3. Menaiki Longtail Boat ke Geopark Satun
Geopark Satun adalah Geopark Global UNESCO yang terkenal dengan keajaiban geologinya. Aktiviti di sini termasuk berkayak melalui formasi karst yang menakjubkan, menemui batu fosil kuno, dan melawat Istana Hin Panyod, sebuah formasi batu yang unik menyerupai istana. Geopark ini memberikan gambaran menarik tentang sejarah Bumi Satun.
Tempah ekspedisi ini dengan 8mile Travel. Whatsapp/telefon +66 8929 4549
4. Berjalan di Bandar dan Melihat Seni Jalanan
Berjalan di tengah-tengah bandar Satun dan hayati seni jalanan (street art) yang meriah di Buriwanich Road. Dinding kota ini dihiasi dengan mural berwarna-warni yang menggambarkan budaya dan sejarah tempatan. Jalan ini bukan sahaja menawarkan pemandangan visual yang indah tetapi juga pemahaman yang lebih mendalam tentang nadi seni Satun.
5. Melawat Kawasan Harmoni
Rakyat Satun amat berbangga dengan keharmonian budaya dan agama di sana. Umum mengetahui yang majoriti penduduk Satun adalah beragama Islam namun penganut agama lain juga ada. Ini diterjemahkan melalui kewujudan bangunan bersejarah iaitu masjid, kuil dan topekong Cina dan Thai yang dibina berhampiran.
Aktiviti ini lebih bagus dilakukan dengan berjalan kaki semasa anda menikmati street art.
- Masjid Mambang
Tempat ibadat yang penting bagi umat Islam tempatan, Masjid Mambang mencerminkan keharmonian agama di Satun. - Po Chee Keng Shrine
Rumah ibadat orang Cina ini adalah contoh indah kepelbagaian agama di Satun. Ia adalah tempat yang tenang untuk refleksi dan memahami tradisi Cina tempatan. - Chanathip Chaloem Temple
Topekong Buddha yang tenang, Chanathip Chaloem sempurna bagi mereka yang berminat dalam agama Buddha Thailand dan amalan spiritual tempatan.
6. Melawat Muzium Nasional Satun
Muzium Nasional Satun menghimpunkan khazanah sejarah dan budaya wilayah ini. Bertempat di rumah bekas gabenor (Kuden Mansion) yang telah berusia lebih seabad, muzium ini memaparkan artifak dan pameran yang menceritakan sejarah Satun, dari zaman prasejarah hingga sekarang. Kemasukan dikenakan yuran kecil sekitar 50 baht, ia adalah tempat wajib dikunjungi bagi penggemar sejarah.
Alamat: Muzium Nasional Satun, Jalan Buriwanich, Satun, Thailand.
Waktu Operasi: Rabu hingga Ahad, 8:30 pagi – 4:30 petang; ditutup pada hari Isnin dan Selasa.
7. Memberi Makan Helang di Tammalang
Naik bot dari Jeti Tammalang untuk memberi makan helang? Ya. Trip ini termasuk dengan makan tengahari lazat yang disajikan di atas bot, membolehkan anda menikmati hidangan sambil melihat burung helang yang megah terbang dan menyelam untuk mencari makanan. Ia adalah cara yang amat seronok dan menakjubkan untuk dicuba.
Tempah aktiviti ini dengan Whatsapp +66 80 273 5150
8. Berjalan di Satun Urban Forest
Sementara menunggu bot untuk ke Tammalang, jangan lupa untuk berjalan kaki menyelusuri Satun Urban Forest yang tenang ke dalam alam semula jadi. Habitat ini disini merupakan rumah kepada lutung, sejenis monyet daun. Kawasan ini mengingatkan saya kepada Arashiyama Bamboo Forest di Kyoto, bezanya tumbuhan di sekeliling yang tinggi melangit adalah pokok paya bakau! Sangat instagrammable.
9. Melawat Air Terjun Wang Sai Thong
Air Terjun Wang Sai Thong terkenal dengan teres batu kapurnya yang unik dan air jernih yang mengalir turun di beberapa tingkat. Terletak kira-kira 45 kilometer dari bandar Satun, air terjun ini adalah tempat yang popular untuk mandi dan berkelah. Yuran kemasukan biasanya sekitar 230 baht untuk penduduk tempatan dan 400 baht untuk warga asing.
10. Arung Jeram di Phutan Resort
Bagi mereka yang mencari adrenalin, Phutan Resort menawarkan pengalaman arung jeram yang menyeronokkan di sungai Wang Sai Thong. Walaupun level jeram adalah tahap 1, namun ia menjadikan aktiviti white water rafting ini lebih santai dan dapat menikmati keindahan pemandangan sungai sepanjang 8km jauhnya (boleh request). Resort ini menyediakan semua peralatan yang diperlukan dan panduan profesional demi memastikan pengembaraan yang selamat dan mendebarkan.
11. Menunggang Kuda di Phutan Resort
Selain arung jeram, Phutan Resort juga menawarkan aktiviti menunggang kuda. Sama ada anda seorang beginner atau penunggang berpengalaman, anda boleh menikmati pemandangan indah di atas kuda sambil bersiar-siar di sekitar kawasan dusun, menjadikan ia suatu pengalaman yang tenang dan mengasyikkan.
12. Melawat Pasar Malam di Nat Duson
Rasai suasana meriah di Pasar Malam Nat Duson. Dibuka setiap Sabtu dan Ahad, pasar malam ini sangat besar dan panjang. Terdapat pelbagai gerai yang menawarkan makanan tempatan dan barangan seperti baju dan barangan rumah. Ia adalah tempat yang sempurna untuk mencuba hidangan istimewa masyarakat Satun dan membeli cenderamata.
Gabungan keindahan alam, warisan budaya, dan pengembaraan menjadikan Satun destinasi yang sempurna bagi pengembara yang mencari pengalaman unik di Thailand. Tidak kira jika anda adalah pengembara, peminat sejarah, atau seseorang yang ingin bersantai dan menyerap budaya tempatan, Satun mempunyai sesuatu untuk ditawarkan. Satun menjanjikan perjalanan yang tidak akan dilupakan dan bakal anda repeat!
TEMPAH DAN TEBUS DISKAUN!
Chup! Dapatkan tawaran menarik di KLOOK samada hotel, tiket perjalanan atau tempat tarikan dan aktiviti pada harga diskaun dengan memasukkan kod ZAHIRAKLOOK.
Terma & Syarat:
KLOOK DISCOUNT CODE – ZAHIRAKLOOK
12% OFF Pengguna Baru
5% OFF Pengguna Lama
Terhad untuk 3X Tebusan (sah sehingga 1 Julai 2025)
VISA DISCOUNT CODE 5% OFF – MYVISAKREATOR
Semua Pengguna
Boleh guna dengan kod lain (sah sehingga 31 Disember 2024)
http://www.klook.com/?aid=zahiraklook
hi sis,can u share with me the itanerry in satin for 3d2n
and share with me the nearest resort or hotel to go for visit like yours
Awak boleh adjust to 3D2N. Buka Google map and see how. Kalau nak contact person nanti saya bagi.
Day 1 – arrive at Hatyai Airport 3pm. Drive to Satun. Free n easy ronda bandar Satun. Dinner dekat De Bua Cafe. Check in at Tanjung Buri Resort.
Day 2 – breakfast at Tanyongpo. Breakfast kampung jual food atas motor roda tiga. Balik makan di resort. Boleh pergi Viewpoint Langkawi – Tarutao Island. Selfie dekat Lan Kang. Then naik bot ke Dragon Spine Beach (boleh arrange dengan Tanjung Buri). Check out. Then Check in dekat One Boutique Hotel. Boleh dinner di Bang Fan restaurant.
Day 3 – Checkout. Breakfast dekat Mo Halal Dim Sum. Then city tour – visit National Museum, street art at Buriwanich Road. Then go to Tammalang utk Boat trip Eagle Feeding. Lunch sekali atas bot ni. Then drive to Wang Sai Thong waterfall. Check in dekat Phutan Resort. Boleh main white water rafting. Dinner here.
Day 4 – Check out and go to Jeti Pak Bara. Boat trip to Prasat Hin Pan Yot, berkayak, mandi laut all. Trip ni termasuk dalam pakej siap makan. Whole day. Then malam visit Nat Duson night market. Makan kat sini kenyang2. Check in dekat Navakiri Boutique Resort.
Day 5 – Check out balik Malaysia.