Katering terkenal di Malaysia – Legumes telah mengadakan sambutan Hari Ibu yang sangat meriah pada tahun ini dengan menyajikan bufet santapan bertemakan masakan asli Nyonya. Para ibu diraikan dengan acara yang pastinya telah meninggalkan 1001 kenangan manis bersama keluarga.
Saya berkesempatan menghadiri majlis prebiu pada hari sebelumnya. Antara aktiviti yang telah dilakukan bersama-sama rakan pempengaruh yang lain adalah menggubah bunga DIY Flower Box, menghias Grazing Box, Word Search dan Social Media Contest.
Majlis tambah meriah dan havoc semasa Cooking Demo bersama Chef James Ng Wen Jia yang menyediakan Kong Pao Chicken in Yam Basket bersama Mr Kenneth Chua Wei Xian iaitu COO dan Pengasas Bersama Legumes.
Sebelum itu, kami telah mendengar kata-kata aluan daripada Legumes CEO & Pengasas Bersama Ms Siow Miqi dan Pengarah Jualan Mr Earon Teh yang menceritakan dengan panjang lebar sejarah penubuhan Legumes dari awal sehingga mencapai kejayaan pada hari ini sebagai satu jenama katering yang dikenali. Legumes seringkali dijemput untuk menghidangkan katering untuk pelbagai jenis acara termasuk untuk jenama dan label terkenal.
Tambah Earon pula, antara plan strategik Legumes sekarang adalah perancangan untuk memasuki universiti dan institut tempatan dan juga ‘Mini Buffet’ untuk acara kecil dan lebih privasi. Beliau juga memperkenalkan logo baru dan aset jenama sempena hala tuju terbaru ini.
Untuk info, Legumes telah diiktiraf Halal oleh JAKIM dan memiliki pelbagai jenis persijilan seperti IOS22000, GMP Malaysia, HACCP Certified dan MeSTI dari KKM.
Majlis prebiu ini bukan sekadar demi makanan namun turut mengetengahkan konsep ‘drop off catering’ dan juga Thematic Buffet seperti Great Gatsby, Sunshine dan Midnight Oriental.
Usai acara dan menjamu selera, sebahagian tetamu telah memenangi Vegetable Box Hamper berupa pelbagai jenis sayur-sayuran dalam Legumes cooler bag. Tiga orang pemenang bertuah pula telah menang 3 keping tiket VIP setiap seorang ke majlis Dining With The Queens Mother’s Day Dinner Buffet. Antara pemenang bertuah itu adalah penulis sendiri. Terima kasih Legumes!
Dining With The Queens
Majlis bufet ini diadakan pada 10-12 Mei 2024 bertempat di Fun Fun Event Space. Puchong. Tetamu boleh memilih dari pelbagai jenis sajian ala Nyonya seperti daging, ayam, makanan laut dan pemanis mulut. Harga tiket bermula dari RM168 (dewasa dan RM88 (kanak-kanak berumur 4-12 tahun). Percuma untuk kanak-kanak 3 tahun kebawah.
Disamping meraikan para ibu, tetamu juga menyumbang untuk dana National Cancer Society of Malaysia (NCSM). Sesambil menjamu selera juga tetamu akan dihiburkan dan berpeluang memenangi pelbagai hadiah yang pastinya akan menggamatkan suasana dan mengejutkan para ibu.
Untuk informasi lanjut tentang perkhidmatan dan inisiatif Legume, layari https://www.legumes.com.my/
Akhir kata, majlis prebiu ini bukan sekadar adanya tetapi sebagai suatu tanda tulus ikhlas dari hati kepada semua ibu dan jasa mereka dalam membentuk kehidupan kita. Legume mengajak anda semua untuk meraikan sambutan ini yang pastinya dijanjikan pengalaman yang terindah dan santapan yang memukau.
Tentang Legumes
Beyond Catering: Crafting Culinary Experiences
Legume Catering amat berbangga sebagai sebuah syarikat yang berstatus Halal JAKIM, menawarkan perkhidmatan katering yang tiada bandingan tidak terhad untuk majlis korporat, perkahwinan, sajian ‘canape-tray’, makan berdiri, makan malam bankuet, makan malam anggun malah apa saja acara dan majlis istimewa anda. Komitmen Legume adalah sajian halal tanpa krompomi.
Samada anda inginkan keraian yang privasi atau gala, jadikan Legume sebagai pilihan yang dipercayai untuk meninggalkan memori istimewa melalui hidangan enak, berkualiti tinggi dan layanan terbaik.