Atria Shopping Gallery mengumumkan sambutan hari raya tahun 2024 kali ini bertemakan The Luminous Raya’ dan telah meraikan kemeriahan Syawal yang bakal tiba bersama 20 orang kanak-kanak comel dari Rumah Suci Rohani.
Pelbagai acara menarik telah diatur untuk sambutan ini yang menyatukan tradisi, budaya dan kesenian antara kaum di Malaysia dan Timur Tengah. Para pengunjung diseru untuk mengambil kesempatan ini untuk mengunjungi Atria Shopping Gallery kerana banyak promosi menarik menanti anda di sana.
Pada sesi perasmian tempoh hari yang turut dihadiri oleh pengamal media dan pempengaruh, pelbagai aktiviti telah dijalankan seperti Play Time @ Bomb Battle Elite, khidmat salun oleh Kwik Cut and Atmosphere Salon, persembahan tarian Timur Tengah dan petikan instrumen, kemunculan maskot kucing, makanan ringan oleh MBO Cinema, patung comel dari Homes Harmony, hadiah berupa akuarium dan ikan dari Nilufa, bengkel menghasilkan sabun, majlis buka puasa, pemberian duit raya oleh RUMA dan diakhiri dengan menikmati kemanisan ais krim dan gelato dari Swich Cafe.
Kanak-kanak bertuah itu juga telah dibawa membeli-belah di Harvest Stationary untuk mendapatkan barangan keperluan persekolahan.
Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan dan perasmian oleh Seth Lim, COO of Property Investment yang turut disantuni oleh Dr. Ong, Presiden Persatuan Damansara Jaya.
Seth Lim berkata,
“Selain daripada menyambut perayaan, adalah penting untuk kita terus berganding bersama. Sebagai gedung beli-belah komuniti, menjadi tanggungjawab kita untuk mendekati pihak yang memerlukan. Kami berbesar hati kerana ramai penyewa kami sangat menyokong aktiviti Raya CSR untuk 20 kanak-kanak dari Rumah Suci Rohani ini dan kami akan pastikan CSR seumpama ini diteruskan walaupun selepas perayaan. Saya mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat.”
Majlis buka puasa ditaja oleh Atria Shopping Gallery dengan kolaborasi Fuzi Magic (dipengerusikan oleh Puan Fuzi), Bezita Global dan My Creative Promotion Sdn Bhd.
Khas untuk para pengunjung Atria Shopping Gallery, jom ke sana untuk menikmati dekorasi cantik bertemakan Arab dan TImur Tengah di Centre Court bermula dari 21 Mac – 7 Apr dan 30-31 Mac untuk shopping last minute di South Entrance.
Berikut adalah antara acara-acara menarik yang disusun:
- Aidilfitri Treats (21 Mac – 21 Apr 2024) at Concierge
– Dapatkan baucer RM10 untuk setiap pembelian RM150 (Atria Friends), RM250 untuk (Atria Friends) dan RM20 untuk pembelian RM300 (Atria Friends), RM400 (non-Atria Friends). - Ketupat Drop (24 Mac, 31 Mac & 6 Apr 2024)
– Pecahkan belon untuk grab hadiah menarik bernilai RM10,000 keseluruhan. Tidak perlu pembelian. - Arabic Night Costume Competition (21 Apr)
– Saksikan model cilik menggayakan Arabic Costume. Daftar percuma sekarang sehingga 18 Apr 2024. - Aidilfitri Hunt (21 Apr 2024)
– 15 hadiah menarik menanti anda. Join game ini ya! - Buka Puasa Deal
– Pelbagai tawaran menarik dari outlet F&B - Snap & Win Digital Contest
– Rakam momen indah di Raya Centre Court untuk menang baucer RM30 Dave Deli. Hashtag #TheLuminousRayaAtAtria #AtriaDJ - Persembahan Budaya dan Bengkel menarik setiap minggu!
@zahirahanafi Musim raya ni korg mesti serbu Atria – banyak acara menarik! #raya2024 #atriadamansara ♬ original sound – Hera Goddess🧝♀️
Rujuk jadual dibawah untuk tarikh dan waktu:
Untuk maklumat lanjut, layari www.atria.com.my atau www.fb.com/atriadj