Menjelang bulan Ramadan dan Syawal, kismis pastinya menjadi antara bahan yang dicari untuk menyerikan juadah buka puasa dan hari lebaran. Dalam masakan Melayu, kismis biasanya menjadi bahan pelengkap hidangan seperti ditabur atas Nasi Mentega dan digunakan dalam Kuzi Kelantan selain menyerikan kek dan biskut raya.
Saya telah menghadiri majlis Flavours of Festivity: Epicurean Delights for Raya yang dianjurkan oleh California Raisins. Majlis ini diadakan selama 2 hari; satu hari untuk para blogger dan pempengaruh dan satu hari lagi untuk retailers B2B. Bertempat di kafe Texture by C3 Lab, Atria Shopping Mall, kami dipertontonkan juga tayangan video mengenai penanaman anggur di California sehingga terhasilnya produk kismis dari jenis Thompson Seedless yang terkenal dengan kualiti tinggi, kemanisan semulajadi dan penuh nutrisi.
Para jemputan turut dihidangkan dengan beberapa menu dan minuman yang dioalah menggunakan California Raisins hasil tangan dua chef selebriti yang kian popular yang juga pengasas bersama kafe Texture by C3 Lab ini.
Majlis kemudian menjadi lebih interaktif dan meriah dengan sesi masakan langsung dari mereka. Banyak soalan diajukan tetamu dan dijawab chef yang tidak lokek ilmu.
Chef Aison merupakan chef artisan yang pakar dan terkenal dengan kreativiti dalam menghasilkan produk bakeri. Beliau menampilkan beberapa menu yang unik dan eksklusif seperti California Raisins Hazelnut Babka, California Raisins Kouign-Amann dan California Raisins Carrot Cinnamon.
Manakala Chef Lawrence Bobo yang digelar ‘The Mad Scientist’ kerana gemar berekperimentasi dengan pastri dan manisan turut mempamerkan bakat beliau mereka menu yang menarik seperti California Raisins Apple Tarte Tatin, California Raisins Chocolate Orange Cake dan California Raisins Vanilla Petit Gateau.
Sudah tentulah acara yang paling ditunggu-tunggu adalah makan. Untuk pembuka selera, kami dihidangkan dengan California Raisins Waldoft Salad dan air yang sangat sedap iaitu California Raisins & Calamansi Spritzer.
Hidangan utama pula merupakan satu set hidangan nasi yang lengkap iaitu California Raisins Biryani Rice dengan lauk Smoked California Raisins Beef Brisket dan California Raisins Sambal With Fried Quail Eggs.
Akhir sekali untuk pencuci mulut, kami disajikan dengan California Raisins Apple Tatin dan juga Petit Fours iaitu California Raisins Chocolate Raisin Cake dan California Raisins Vanilla Cake yang sangat cantik dan sedap.
Tentang Raisin Administrative Committee (RAC)
Jawatankuasa Pentadbiran Kismis (RAC) adalah sebuah organisasi bukan untung yang mempunyai ibu pejabat di Fresno, California, dan diketuai oleh 47 orang pengeluar/penanam, pembungkus, dan orang awam untuk California Raisins. RAC dikawal selia secara langsung oleh Jabatan Pertanian Amerika Syarikat (USDA) dan ditubuhkan pada tahun 1949 untuk mengumpul dan mengagihkan data penghantaran mingguan dan bulanan, menerbitkan laporan tahunan mengenai statistik dan dasar industri, dan memasarkan secara aktif dan langsung ke 18 negara asing serta bekerjasama dengan Perkhidmatan Pemasaran Pertanian USDA.
RAC mempunyai pejabat di Singapura, China (termasuk Hong Kong), Jepun, Korea Selatan, Taiwan, United Kingdom, dan Mexico. Semua pejabat diuruskan oleh pakar pemasaran kontrak dengan pengalaman promosi secara kolektif lebih dari 100 tahun. Pejabat-pejabat ini menjalankan kempen pemasaran aktif bagi industri California Raisins untuk menggalakkan penjualan California Raisins. Misi RAC adalah mengenal pasti pasaran baru, menggalakkan permintaan melalui pengiklanan, promosi jualan, dan perhubungan awam. RAC juga mengagihkan hasil penyelidikan kesihatan dan pemakanan untuk faedah semua pengguna dan pemain industri.