Grand Pacific Ballroom: Selera Orang Kita

Raikan kemeriahan Ramadan ini sambil menikmati juadah berbuka puasa dengan lebih 60 jenis menu yang bertemakan “Selera Orang Kita” bermula 15 Mac 2024 sehingga 7 april 2024. Aneka juadaha yang sedap-sedap belaka pastinya dapat memenuhi citarasa anda seperti Gulai Kawah Daging Tetel, Kambing Grill, Daging Masak Hitam, Nasi Minyak, Kerabu, Ulam Kampung, Kuih dan Snek Zaman Kanak-kanak.

Untuk tempahan, pihak penganjur telah menetapkan sesi tempahan seperti berikut:

Pada hari Isnin hingga Khamis dikhaskan kepada syarikat-syarikat atau individu yang ingin mengadakan majlis tertutup dengan kapasiti minimum 200 orang dengan harga RM78 seorang.

Hari Jumaat hingga Ahad, iftar Ramadhan terbuka kepada semua dengan harga dewasa RM88, kanak-kanak RM48, warga emas dan OKU RM68.

Tentang Grand Pacific Ballroom

Dewan ini terletak di Tingkat 3 Evolve Concept Mall, Ara Damansara. Evolve Concept Mall terletak bersebelahan dengan stesen LRT Damansara dan berhampiran dengan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang.

Pihak penganjur menyediakan pakej lengkap perkahwinan termasuk ballroom, catering, dekorasi pelamin, fotografi, PA System dan Emcee serta event coordinator yang akan mengendalikan majlis perkahwinan anda yang eksklusif. Terdapat dua pilihan konsep catering iaitu secara buffet ataupun secara hidang. Harga pakej bermula dari RM43500 untuk 500 tetamu dan RM51000 untuk 300 tetamu secara hidang.

Grand Pacific Ballroom boleh memuatkan 700 tetamu dalam satu satu masa. Terdapat fasiliti yang lengkap seperti ruang tempat kereta yang banyak, tandas yang bersih dan surau yang selesa di Tingkat 2. Ballroom ini sesuai untuk semua jenis majlis termasuk korporat, perkahwinan, seminar dan apa jua majlis keraian.

Diuruskan Oleh :
GPB MARKETING & MANAGEMENT (kerjasama antara Makngah Catering & Khm Wedding).

Untuk tempahan sila layari:
khmwedding.com/grand-pacific-ballroom/

Lokasi:
maps.app.goo.gl/un9iqhUze5RUBHP79

Instagram:
khmwedding_1
buffetramadhan2024
grandpacificballroom

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Translate »