Jom rasai buat julung kalinya anda boleh berbuka puasa di petting zoo Farm In The City pada tahun ini. Bufet berbuka yang akan diadakan bermula 13 Mac hingga 7 April di D’Pine Loghouse pastinya akan memberikan pengalaman unik dan bukan sekadar makan beramai-ramai.
Dengan tema Nostalgia Desa Iftar, pihak Farm In The City ini memberikan suasana ‘Balik Kampung’ di mana warga kota seolah-olah kini berada di kampung sendiri; kanak-kanak bermain di laman yang luas, menikmati pokok-pokok menghijau, bunyi alam yang tenang dan ditemani haiwan peliharaan atok nenek seperti kambing dan arnab. Lagi best, pihak Farm In The City turut menampilkan kemunculan haiwan-haiwan eksotik juga seperti alpaca dan beberapa jenis reptilia sebagai teaser sebelum berbuka puasa.
Rekabentuk D’Pine Loghouse yang dibina 100% menggunakan kayu seolah-olah mengembalikan nostalgia rumah kampung, apalagi turut dihias cantik sempena kedatangan Ramadan dan Syawal. Memang sangat ‘kampung vibe’ lah.
Selain itu, turut disediakan juga Permainan Tradisional seperti congkak sama seperti di kampung untuk anda luangkan masa dan mencipta memori masa kini dengan yang tersayang.
Untuk hidangan berbuka, lebih 88 jenis menu disediakan dari citarasa klasik dan moden yang mengetengahkan masakan Melayu oleh Hidayah Catering, sebuah syarikat katering dengan pengalaman lebih 30 tahun. Antara menu wajib cuba adalah Live Stall Ayam Percik dan Ikan Bakar, Sotong Salted Egg, Aneka Makanan Laut, Daging Gulai Kawah, Istimewa Kambing Grill, Aneka Kerabu, Sayur-Sayuran, Salad, Kuih-Muih dan Pencuci Mulut dengan tambahan dan giliran menu yang berbeza setiap hari.
Kemudahan yang disediakan:
- Parking terbuka percuma
- Surau
Harga:
- Dewasa: RM98
- Kanak-kanak / Warga Emas: RM58
Special Early Bird Discount:
- Dewasa: RM88
- Kanak-kanak / Warga Emas: RM55
Promosi Khas Tempahan Besar:
- Beli 10 Pax buffet PERCUMA 1 Pax Buffet
Sekali tengok macam harga RM98 tu agak tinggilah juga untuk bufet berbuka puasa tetapi sebenarnya, dengan setiap 1 pax buffet, anda dapat baucer tiket masuk Farm In The City Buy 1 FREE 1 tau. Jadi, anda dah dapat jimat 1 tiket masuk yang bernilai RM39. Terus rasa berbaloi dan value for money.
Ditambah pula pengalaman seperti di desa dan keindahan ambien di sana, sudah tentu anda harus ke bufet buka puasa Nostalgia Desa Iftar di Farm In The City kali ini.
@zahiragram Dapat peluk alpaca! Beli 1 buffet dapat sekali tiket masuk petting zoo Buy 1 Free 1. #farminthecityserikembangan #bukapuasa2024 #buffetbukapuasa2024 @Farm In The City Malaysia ♬ original sound – Zahira | Hera
Tempahan/Pertanyaan:
6010 762 7612
Farm In The City
Lot 40187-40188,
Jalan Prima Tropika Barat,
Bandar Putra Permai,
43300 Seri Kembangan,
Selangor.
Tel: 603 8941 3099
Email: enquiry@farminthecity.my
Website: https://farminthecity.my
Instagram: farminthecitymalaysia