Hotel Review: Park Inn by Radisson Putrajaya

Sama ada anda ingin bercuti bersama keluarga atau ahli korporat yang mencari keselesaan, hotel rekomendasi saya kali ini adalah Park Inn by Radisson Putrajaya. Hotel ini terletak di lokasi strategik antara kawasan pejabat dan tumpuan pelancong yang dapat memenuhi ciri-ciri yang anda ingini – tempat di mana keselesaan bertemu keindahan dalam satu persinggahan.

Lobi utama

LOKASI & TEMPAT MENARIK

Hotel ini bukanlah terletak betul-betul dalam kawasan Putrajaya seperti namanya tetapi berdekatan dengan Kajang (mengikut poskod) dan cuma 12 minit berjalan kaki ke UNITEN (Kampus Putrajaya). Jadi, untuk yang tidak arif dengan lokasi ini, untuk ke Putrajaya sebenarnya taklah dekat atau jauh sangat.

Namun, untuk ke bandaraya Kuala Lumpur atau ke Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA), hotel ini terletak di tengah-tengah.

Antara tempat menarik berdekatan dengan hotel yang boleh anda lawati adalah seperti Ladang Farm Fresh UPM (The Acre), Cafe Nanas Montel (kafe dan tapak perkhemahan dalam MAEPS), G2G Animal Garden, IOI City Mall, Bangi Wonderland, Masjid Putrajaya dan Cruise Tasik Putrajaya.

BILIK

Bilik yang saya menginap adalah jenis Executive Deluxe (King Bed). Besar juga bilik ini yang turut menempatkan sebuah sofa 2-seater, meja kerja, wardrobe terbuka, sebuah mini bar, TV flat-screen 40” dengan siaran yang menarik, cerek dengan teh dan kopi dan bilik mandi dengan pancuran hujan.

Wardrobe terbuka juga memberikan efek luas dan anda boleh menyimpan luggage di situ juga. Jubah mandi turut disediakan berserta peralatan lain seperti pengering rambut dan cermin bercahaya.

Saya berpuas hati dengan bilik di sini. Signal wifi juga kuat. Exceed my expectation untuk hotel jenis inn. Boleh buat kerja dengan efisien.

RESTORAN

Penginapan saya disediakan dengan bufet sarapan untuk 2 orang. Di samping itu, saya turut memesan dua lagi hidangan iaitu Malaysian Afternoon Tea Set dan Fish Head Curry Set. Khidmat Room Service Dine-in pun ada tersedia 24 jam.

Ruang makan

Sarapan

Pihak hotel tidak mengabaikan bufet sarapan. Ada banyak pilihan menu yang sedap disediakan dari masakan tempatan dan juga antarabangsa. Pada saya quality is over quantity. Banyak sangat pun tak muat perut ni nak makan, tapi mesti sedap dan segar.

Makan Tengah Hari / Malam

Fish Head Curry Set
Lepas mendaftar masuk, saya memilih untuk menikmati makan malam awal (sebab diet hehe) dan sangat teruja untuk menikmati menu istimewa yang diklankan oleh pihak hotel ini.

Dari kiri: Kari Kepala Ikan, Sayur Campur, Telur Dadar, Ayam Goreng Berempah

Kepala ikan yang dihidangkan cukup besar, lebih dari 2 orang pun boleh makan apa lagi kalau pesan sekali menu sampingan seperti dalam gambar. Rasa ikan segar dan dimasak hanya lepas order. Kena tunggu sekejap lah tapi ikan kan cepat je masak. Rasa karinya cukup kena dengan tekak saya. Saya tak suka kari pedas yang memedihkan tekak atau terlalu pekat. Rakyat Malaysia suka kuah pekat-pekat tapi sebenarnya tak semua perlu ‘kaw’ tau.

Chef yang menyediakan menu kari kepala ikan ni sememangnya tahu rasa kari kepala ikan yang sebenar. Saya pula yang memang minat masakan ini dan telah mencuba banyak tempat termasuklah yang konon lejen dan ‘bawah pokok’, sangat rekemenkan anda untuk mencuba menu ini (sekiranya masih ada). Dengan harga yang ditawarkan, sangat-sangat berbaloi! Kalau nak makan kari kepala ikan best di Putrajaya, datang je ke Park Inn by Radisson Putrajaya.

Malaysia Afternoon Tea Set
Satu persembahan yang berbeza ditampilkan oleh pihak restoran RBG Bar & Grill apabila menyediakan hidangan hi-tea yang 100% menu tempatan.

Set hi-tea untuk 2 orang

Saya bagi amaran, sila datang dengan perut kosong sebab hi-tea set ini memang sangat mengenyangkan. Lepas makan ni saya skip dinner haha. Lagi sekali, memang berbaloi dengan harga.

FASILITI

Hotel ini walaupun ringkas tetap menyediakan fasiliti seperti kolam renang dan gym 24-jam.

Gym mengadap kolam renang

Untuk tetamu korporat, anda boleh menyewa bilik mesyuarat dengan keluasan yang bersesuaian yang dilengkapi teknologi AV terkini dengan rangkaian wifi percuma.

Tak lupa juga, pihak hotel ada menawarkan Pakej Pertunangan. Dewan cantik tanpa tiang yang disediakan boleh menampung 120 tetamu dalam satu masa.

Tentang Park Inn by Radisson Putrajaya

Terletak di lokasi yang ideal antara kompleks pentadbiran kerajaan Putrajaya dan kawasan popular iaitu Kajang dan Bangi, Park Inn by Radisson Putrajaya menawarkan bilik istirehat yang sesuai untuk warga korporat dan juga keluarga.

Terletak cuma 30 minit pemanduan dari KLIA dan bandaraya Kuala Lumpur, hotel ini menawarkan sebanyak 220 bilik berkonsepkan moden kontemporari dan 6 bilik mesyuarat.

Kawasan sekitar juga terdapat banyak kedai dan komplek perniagaan yang boleh anda lawati untuk mendapatkan pelbagai barangan keperluan.

Klook.com

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Translate »