Buka Puasa 2024: Citarasa Desa @ Novotel KLCC

Novotel Kuala Lumpur City Centre menampilkan bufet buka puasa dengan nama Citarasa Desa bermula 16 Mac hingga 5 April 2024 di Food Exchange, Level 1.

Bufet yang turut diadakan setiap tahun ini menjanjikan santapan ala kampung yang enak oleh Sous Chef Raffi dan pasukan beliau.

Atas: Novo Kambing Golek Tergolek, Bawah: Trio Grande Siakap

Antara juadah yang menjadi kegemaran ramai termasuklah Novo Kambing Golek Tergolek, Trio Grande Siakap, Bubur Lambuk Istimewa, Puding DiRaja dan Roti John Nana Tanjung. Yang istimewanya pada tahun ini, anda akan dapat menikmati menu baru iaitu Mamu Penang Char Kuey Teow dengan pilihan udang dan kerang yang dimasak dengan sos rahsia.

Ikut jam: Rendang Daging Betawi, Kambing Peratal, Kari Kepala Ikan Kandar, Lala Cili Hijau, Siput Sedut Cili Api.

Jangan lupa singgah ke kaunter Sup Meletop dan nikmati Sup Daging Merah, Sup Tulang Rawan Merah dan yang saya paling suka Sup Tulang Kambing Merah. Selain itu turut dihidangkan Rendang Daging Betawi, Kambing Peratal dan Kari Kepala Ikan Kandar.

Sajian tradisi Melayu

Namapun santapan kampung, mestilah ada juga ulam-ulaman, pencicah seperti budu, cencalok, tempoyak, pelbagai jenis kerepek, dodol, aneka kuih-muih dan juadah pencuci mulut seperti Bubur Pengat, Ais Kacang, Cendol dan gerai Teh Tarik yang kaw.

Pemanis mulut

Harga Citarasa Desa
RM168 (dewasa), RM138 (kanak-kanak 7-12 tahun, warga emas 60 tahun keatas).

Tawaran Early Bird
RM148 seorang dewasa.

Diskaun Istimewa Ahli Accor Plus
20% Off (tidak termasuk Early Bird)

Hubungi:
60321470888 / 60162299642 (untuk company dinner)
60321470888 / 60162299274 (F&B)

@zahirahanafi Harga early bird da keluar ni jom booking! #citarasadesa #bukapuasa2024 #bufetramadan2024 #hotelbuffetramadhan2024 @NOVOTELKLCC ♬ Happy Ramadan – Ramol

Tentang Novotel Kuala Lumpur City Centre

Terletak di Segitiga Emas Kuala Lumpur antara PETRONAS Twin Towers dan Bukit Bintang, hotel ini terletak cuma 5 minit berjalan kaki dari Kuala Lumpur Conventional Centre, Suria KLCC dan Pavilion KL yang dihubungkan via skybridge. Hotel dengan rekacipta moden, estetik dan timeless turut memiliki sebanyak 302 bilik yang baru ditambahbaik.

SO MUCH TO LIVE at Novotel!

2, Jalan Kia Peng, 50450 Kuala Lumpur, Malaysia.
60321470888
www.novotel.com – all.accor.com

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Translate »