Sheraton Imperial Kuala Lumpur: A Radiant Gathering of Fortune

Sempena kedatangan tahun naga, Sheraton Imperial Kuala Lumpur Hotel menjemput anda untuk meraikan Tahun Baru Lunar dengan hidangan bercirikan budaya tradisi masyarakat Cina yang enak dan mengetengahkan simbol kemakmuran dan tuah yang berpanjangan secara eksklusif dan privasi samada untuk makan tengah hari atau makan malam di Celestial Court.

Auspicious Dragon Feast @ Celestial Court – 17 Januari hingga 29 Februari 2024

Tahun ini pihak restoran menampilkan Auspicious Dragon Feast yang antaranya menghidangkan Double Boiled Mini Buddha Jump Over the Wall dengan bahan-bahan makanan laut kering premium. Satu lagi hidangan bertuah adalah Braised Baby Abalone, dimasak perlahan dengan dried oyster, baked fish maw dan sea moss dalam sos yang mewah dan Deep Fried White Pomfret Fish dalam sos masam manis strawberi & pine nuts.

🐉Auspicious Dragon Feast (Set Menu)
Set Menu A: MYR 239nett seorang
Set Menu B: MYR 288nett seorang
Set Menu C: MYR 388nett seorang
*Minimum 6 orang

🐉 Seasonal Product Series – Sea Moss
Nikmati hidangan eksklusif di Celestial Court iaitu “Fa Cai” Sea Moss Feast. Karakter Cina untuk sea moss adalah 髮菜 (“Fa Cai”) yang senada dengan 發財 (“Fa Cai”), sebagai simbol kemakmuran. Nikmati hidangan seperti Braised Sea moss Soup with Fish Lip, Shredded Chicken & Crab Meat dan Braised Baby Abalone & Sea Moss with Stuffed Bamboo Pith, Jumbo Asparagus in Chinese Herbal Sauce.

Harga bermula dari RM68.

🐉Dragon Dance Yee Sang
Pastinya perayaan tahun baru cina akan dimulakan dengan ‘Lo Hei’ (melambung yee sang) sebagai simbolik tuah dan rezeki. Anda boleh memilih dari 4 pilihan hidangan utama seperti di bawah:

🐟Salmon Yee Sang MYR 118 (half portion) MYR 238 (full portion)
🦀Crispy Softshell Crab Yee Sang MYR 118 (half portion) MYR 238 (full portion)
🦪Abalone Yee Sang MYR 188 (half portion) MYR 378 (full portion)
🍐Snow Pear with Musk Melon Yee Sang MYR 88 (half portion) MYR 178 (full portion)

Chinese New Year Buffet @ Essence – 28 Januari hingga 13 Februari 2024

Nikmati keenakan hidangan bufet Tahun Baru Cina seperti Prawn Tempura, Soft Shell Crab Tempura, Stir Fried Asparagus with Baby Scallop & Xo Sauce, Double Boiled Chicken Soup., Chicken Ballantine Stuffed with Prawn Mousse, Red Bean Soup with Chinese Pancake dan kesegaran Osmanthus Jelly (Gui Hua Gao).

🧧🐲Lunar Feast Buffet Dinner
6.30 pm to 10.00 pm (28 Januari – 13 Februari 2024)
(Setiap hari kecuali Jumaat & Sabtu)
MYR 188.00nett seorang (Dewasa)
MYR 99.00nett seorang, umur 6-12 years (Kanak-kanak)

🧧🥢Chinese New Year’s Eve Reunion Buffet Dinner
6.30 pm to 10.00 pm (9 & 10 Februari 2024)
MYR 228.00nett seorang (Dewasa)
MYR 100.00nett seorang, umur 6-12 years (Kanak-kanak)

🧧🍵Lunar Feast Hi Tea Buffet
12.30 pm to 3.30 pm (11 Februari 2024)
MYR 158.00nett seorang (Dewasa)
MYR 79.00nett seorang, umur 6-12 years (Kanak-kanak)

Untuk tempahan dan info lanjut, hubungi +6012 337 9980.

Klook.com

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Translate »