Atria Shopping Gallery: The Grandeur of Shanghai 2024

Shanghai in the 1960s comes alive”

Atria Shopping Gallery telah melancarkan tema sambutan tahun baru cina bertemakan “The Grandeur of Shanghai” sempena tahun naga. Atria Shopping Gallery mengalu-alukan pengunjung untuk merasai 1960’s Shanghai Town, lengkap dengan instagrammable pop-ups, kelab malam lama Shanghai, Shanghai Tea House, kedai jahit, teksi 1960an dan pohon sakura yang merendang dengan gantungan lampu-lampu tanglung di awangan. Anda boleh membeli-belah pelbagai barangan menarik di sini seperti hamper, teh, snek, aksesori dan pakaian.

Majlis perasmian  ‘The Grandeur of Shanghai Celebration’ telah disempurnakan oleh Samantha Lew, General Manager of Group Leasing, OSK Property Investment. Para jemputan istimewa termasuklah pemain industri, rakan media dan Friends of Atria Shopping Gallery telah dihiburkan dengan pelbagai persembahan menarik seperti tarian kabaret, tarian naga dan nyanyian sebagai simbolik perayaan yang dinanti-nantikan. Majlis diakhiri dengan acara tradisi Lou Sang Tossing di atas pentas.

Berikut adalah aktiviti dan ganjaran menarik yang menanti anda di sana:

Prosperity Rewards
6 Januari – 18 Februari 2024
Bawa pulang Prosperity Ang Pow RM188 (untuk Atria Friends), RM288 (bukan Atria Friends) atau RM20 baucer pembelian Soon Thye Hang bermula sekarang hingga 18 Februari 2024.

Seasonal Offerings
Dapatkan pelbagai dekorasi dan aksesori menarik untuk dihadiahkan bertempat di ruang Concourse Level Chinese New Year festive market dari 18 Januari – 8 Februari 2024. Pre-loved market yang turut menjual pelbagai jenis fesyen, mainan dan aksesori turut akan diadakan pada 6 & 7 Januari and 3 & 4 Februari di South Entrance, Concourse Level.

Engaging Activities
Untuk menyemarakkan perayaan, tarian naga dari award-winning lion troupe Kwong Ngai akan diadakan pada 6 & 27 Januari dan 10, 15 & 18 Februari 2024. Jangan ketinggalan pelbagai acara menarik pada setiap minggu bermula dari 6 Januari – 18 Februari 2024.

Eat & Win Contest
15 January – 31 Mei 2024
Para pembeli berpeluang untuk membawa pulang hadiah bernilai RM30,000 dengan mengambil bahagian dalam pertandingan Eat & Win Contest dengan pembelian minimum RM100 (maksimum 3 resit gabungan dalam satu hari).

Share Your Love #atriadj Instagram Contest
@ Dream of Garden Prosperity (Bersebelahan Watsons, Ground Level)

20 Januari – 25 Februari 2024
Potretkan momen menarik bersama yang tersayang di sepanjang Dream Garden of Prosperity berdekatan Watsons, Ground Level. Muat naik ke Instagram dengan kapsyen apa yang anda cintai tentang Atria Shopping Gallery dan hashtag #AtriaCNY2024 untuk memenangi verrines dessert dari Texture by C3 Lab.

Info lanjut, sila hubungi Concierge di 03-7733 5156 atau layari www.atria.com.my atau www.fb.com/atriadj.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Translate »