Bengkel U.S Potatoes Jingle With Magic

Setiap ubi kentang adalah berbeza. Itulah yang saya pelajari dalam bengkel Jingle U.S All The Way Christmas Workshop bersama U.S Potatoes pada 28 November 2023 yang lalu. Saya dengan rakan-rakan dan tetamu melakukan banyak aktiviti menarik seperti fun game, demonstrasi memasak dan kraftangan bersama.

Bengkel yang diadakan di Fun Fun Event Space ini juga dihias cantik dengan tema sambutan Krismas. Terdapat sudut ubi kentang USA dengan variasi Russet, Red dan Purple disamping pelbagai jenis hirisan kentang yang biasa kita makan tu. Sangat instagrammable.

Acara sebenar bermula dengan ucapan khas dari Mr Eddie Saw, Country Representative of Potatoes USA yang turut berkongsikan penerangan sedikit sebanyak tentang ubi kentang dari USA ini terutamanya dari segi nutrisi dan kesesuaian cara memasak. Tentunya yang menarik perhatian adalah purple potato yang agak jarang kelihatan di pasaran.

Sejurus selepas itu, acara yang dinantikan adalah demo memasak oleh Chef ZieZie yang menunjukkan cara-cara untuk memasak Baked U.S Potatoes with Cheese. Lepas tu, kami semua ditugaskan untuk menyediakan sendiri menu ciptaan Chef ZieZie iaitu Twinkle U.S Potatoes Stars menggunakan kentang Russet.

Gigil juga saya ‘pipe’ kan mashed potato tu. Lama sudah tak guna peralatan seperti piping bag dan muncung icing. Tak apalah kan janji sedap.

Sementara menunggu masakan kami dimasak dalam oven, kami beralih pula kepada aktiviti ukiran menggunakan kentang Russet untuk reindeer dan Purple untuk Santa Claus dengan tunjuk ajar dari Chef Taufiq. Nampak macam susah kan tapi sebenarnya mudah juga apabila tahu tekniknya. Saya yang kidal pun boleh guna pisau ukir tu tanpa masalah. Kalau ada masa yang lama, boleh cantik lagi tu reindeer saya hehe..

Kemudian masa yang ditunggu-tunggu adalah acara makan. Banyak menu yang menampilkan ubi kentang dan sedap-sedap belaka. Lepas tu berlangsunglah acara terakhir iaitu pembahagian sijil penyertaan kepada semua peserta dan juga hadiah bertuah untuk 10 pencipta konten terbaik yang dipilih oleh pihak pengajur. Alhamdulillah saya menang juga sejambak bunga dan kentang.

Kalau anda mahu merasa sendiri keenakan ubi kentang U.S Potatoes ini, anda boleh dapatkan di pasaraya berdekatan seperti AEON Supermarket.

@zahirahanafi Jingle All Way with U.S Potatoes Workshop #potatoesusa #uspotatoes #russetpotatoes ♬ Pops that express the atmosphere of Christmas(99284) – SAKURA

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Translate »