Royale Chulan Seremban – Bercuti di Bandar Kesenian

Walaupun pernah ke beberapa tempat di Negeri Sembilan sebelum ini, saya belum lagi meneroka sepenuhnya bandar Seremban. Jadi untuk staycation kali ini, saya menginap di hotel Royale Chulan Seremban. Kalau diikutkan, saya sebenarnya tidak tahu yang Royale Chulan mempunyai hotel di Seremban selain daripada di Kuala Lumpur dan Selangor. Jadi, memang terujalah nak ke sana dan seterusnya melawat ke tempat-tempat menarik sekali.

Bilik

Saya menginap di Executive Room di tingkat 10. Bilik yang luas dengan kemudahan lengkap seperti sterika, pengering rambut, jubah mandi, safety box, sejadah, peti mini bar, teh dan kopi, meja kerja dan juga kerusi rehat dengan meja kopi. Bilik saya mengadap bandar Seremban dan boleh nampak seluruh taman tasik Seremban. Sangat cantik menghijau dengan latar belakang gunung-ganang.

Bilik mandi juga besar dengan tiga bahagian asing iaitu satu untuk bath tub dan sinki, satu untuk bilik mandi pancuran dan satu lagi bahagian untuk tandas.

Makan dan Minum

Bab makan kat sini memang sedap jangan risau. Lepas check-in hotel, saya bersantai-santai dulu sementara menunggu bufet BBQ Dinner yang bermula jam 630 petang sampai 10 malam. Memang lazat betul bbq kat sini, tak henti-henti para chef memanggang udang, kambing, ayam dan daging. Orang memang ramai sebab buffet bbq kat Royale Chulan Seremban ni sangat popular, dah la harga pun amat berpatutan.

BBQ Buffet Dinner (Fri & Sat 630pm-1030pm)

Selain itu, ada macam-macam jenis sajian lagi seperti hidangan cold-cuts salmon, aneka kerabu, stu kupang dan stu kambing, pasta, sate, salad dan beraneka pencuci mulut seperti kek, puding dan kuih yang mengiurkan.

Han Pi Yuen (Lunch 12pm-230pm, Dinner 630pm-10pm, Isnin tutup)

Untuk malam kedua, saya menikmati juadah masakan cina di Restoran Han Pi Yuen. Saya dijamu dengan 8 jenis hidangan utama seperti sizzling bean curd, yong chou fried rice, blackpepper beef, claypot siamese fish fillet, salted egg yolk prawn, fried asparagus, sup dan mixed vegie.

Claypot siamese fish fillet adalah Chef’s Special dan sangat sedap. Rasanya sukar digambarkan, ada masam manis, tak pedas sangat dan wangi (sebab ada ketumbar). Selesai makan, saya menikmati laici ais dengan bunga teh osmanthus.

Weekend Hi-tea Lunch Buffet (Sat & Sun, 12pm-4pm)

Untuk hidangan tengah hari pada hari kedua, saya tidak melepaskan peluang menjamu selera di Lunch Buffet @ Asiatique. Kat sini, saya mencuba sup ayam berempah cicah dengan roti bun. Boleh berpeluh makan ni. Ada juga live station pasta. 

Dah nama nya makan tengah hari, antara lauk yang disediakan adalah ikan asam pedas, kurma ayam (sedap ni sebab masak kurma melayu, bukan mamak), dan rendang daging. Kuih-muih melayu pun banyak seperti kueh lopes, agar-agar dan sago gula melaka.

Breakfast at Clubroom Executive Lounge

Memandangkan saya menginap di Level 10 jadi saya berpeluang menikmati akses istimewa ke ruang Clubroom Executive Lounge (khas untuk tetamu di Level 10 & 11 sahaja). Bersarapan di sini lebih tenang, sunyi dan eksklusif. Duduk di tepi tingkap, makan sambil tengok pemandangan kolam renang, taman tasik dan gunung dari atas.

Pada sebelah malam, anda boleh enjoy cocktail dinner juga. Tidaklah sebanyak bufet di bawah, tapi pilihan menu yang tersedia cukup memadai bagi saya.

Tempat Menarik

Berikut adalah tempat-tempat menarik yang sempat saya pergi pada hari kedua. Sebenarnya sekitar Seremban ni ada banyak tempat yang unik, malah bandar ini sendiri sangat cantik dan bersih.

Lorong Seni Seremban
155C, Jalan Dato Bandar Tunggal, Bandar Seremban, 70000 Seremban, Negeri Sembilan

Menempatkan pelbagai lukisan mural sepanjang 250 meter yang melibatkan beberapa jalan antaranya Jalan Dato’ Bandar Tunggal, Jalan Yam Tuan dan Jalan Tuanku Munawir. Yang paling unik tentunya agamograph art Saloma dan P Ramlee.

Muzium Negeri Sembilan
Jalan Sungai Ujong, Lebuhraya Seremban – Bukit Nenas, 70200 Seremban, Negeri Sembilan

Muzium negeri bercirikan rekaan Minangkabau. Terdapat satu bangunan galeri dua tingkat dan beberapa buah rumah contoh zaman dahulu kala. Hati-hati naik rumah ni jangan terhantuk kepala.

Galeri Diraja Tuanku Ja’afar
Jalan Taman Bunga, Taman Tasek Seremban, 70100 Seremban, Negeri Sembilan

Galeri dengan rekaan kolonial moden ini mempunyai 9 bilik pameran tentang riwayat Almarhum Tuanku Jaafar. Terdapat beberapa barangan peribadi turut dipamerkan termasuklah lukisan almarhum baginda.

Rumah Gadang Budi
Kampung Gagu, 71600 Kuala Klawang, Negeri Sembilan

Rumah ini dikatakan berusia lebih 140 tahun dan dibawa dari Sri Menanti (relocated). Perjalanan memakan masa lebih kurang 45 minit dari Hotel Royale Chulan Seremban dan menyusuri kampung yang cantik di sepanjang perjalanan. Instagrammable worthy.

Tentang Hotel Royale Chulan Seremban

Royale Chulan Seremban Hotel, hotel 4 bintang yang terletak di lokasi strategik di tengah bandar Seremban merupakan salah satu daripada rangkaian hotel yang dimiliki oleh Boustead Hotels and Resorts Sdn Bhd yang merupakan anak syarikat Boustead Holdings Berhad. Di bawah sayap yang sama, rangkaian lain termasuklah Royale Chulan Damansara, Royale Chulan The Curve, Royale Chulan Kuala Lumpur, Royal Chulan Cherating, Royal Chulan Penang dan Royale Chulan Hyde Park London.

Royale Chulan Seremban menawarkan kemudahan dan perkhidmatan meluas kepada tetamu dan mempunyai sebanyak 345 bilik dan suite iaitu Superior Room, Deluxe Room, Triple Deluxe Room, Executive Room, Executive Suite, Alcove Suite, Duplex Suite dan Singgahsana Suite. Kesemua bilik dan suite dilengkapi dengan kemudahan asas yang dilengkapi dengan room service yang disediakan 24/7. Bagi tetamu yang menginap di Executive Room dan Suites boleh memanfaatkan faedah tambahan di Club Floors Lounge yang terletak di Aras 10 hotel.

Lokasi hotel yang strategik membolehkan tetamu datang dari pelbagai tempat dengan adanya lebuh raya baru yang mempunyai laluan terus ke bandar ini. Para tetamu boleh melakukan perjalanan dengan mudah dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 1 dan 2 ke hotel dalam masa 30 minit pemanduan, manakala ke kawasan lain seperti Cyberjaya dan Putrajaya mengambil masa kurang 45 minit pemanduan. Di samping itu, ia mengambil masa lebih kurang 1 jam untuk sampai ke ibu kota Kuala Lumpur.

“Teras kekuatan hotel kami ialah keluasan bilik yang saiznya bermula daripada 35 meter persegi keatas. Semua bilik mempunyai pancuran mandian dan tab mandi yang berasingan, yang mana ramai tetamu kami menghargai ciri ini. Selain itu, Grand Ballroom kami boleh memuatkan sehingga 1600 tetamu untuk kapasiti meja bulat 10 orang.”

Rahman Ahmad, Pengurus Besar Hotel.

Kolam renang dengan air terjun limpah buatan manusia, kolam randuk dan gelongsor kanak-kanak adalah antara kemudahan yang paling digemari tetamu yang menginap di hotel. Kemudahan tambahan termasuklah gimnasium yang serba lengkap, dua restoran yang terletak di Aras Lobi dan Aras Mezanin iaitu Restoran Asiatique yang menyajikan hidangan Asia dan Barat (a la carte dan bufet) serta Restoran Han Pi Yuen yang menyajikan masakan Cina halal asli yang dibuka setiap hari kecuali Isnin.

Para tetamu boleh menikmati kawasan tarikan pelancong berhampiran hotel seperti Taman Tasik Seremban, Ladang Burung Unta, Balai Seni Lukis Diraja Tunku Jaafar, Muzium Negeri, Tokong Lipan, Masjid Sendayan, Kompleks Kraftangan Budaya, Taman Ekstrem Kampung Jikin dan Gem Box. Bagi yang gemar membeli-belah, jangan risau kerana terdapat pusat membeli-belah yang terletak berhampiran hotel seperti di Nilai 3 dan Mitsui Outlet Park KLIA yang cuma sejauh 5 hingga 30 minit dari hotel.

Alamat:
Jalan Dato’ A.S Dawood, 70100 Seremban, Negeri Sembilan.
Tel: 606 766 6666
Fax: 606 766 6000

Website: www.royalechulan.com/seremban
Instagram: royalechulanseremban
Facebook: Royale Chulan Seremban

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Translate »