
Atria Shopping Gallery membawakan tema Rock & Roll Christmas Hollywood Town untuk sambutan Krismas tahun ini. Pelbagai acara menarik disediakan sehingga 31 Disember 2023. Pengunjung dapat menikmati dekorasi Hollywood Town yang sangat cantik dan instagrammable termasuklah pokok Krismas setinggi 20-kaki yang terletak bersebelahan kereta klasik.
Jangan lupa singgah ke Festive Fair by Village Grocer dan banyak lagi vendor-vendor yang turut serta di mana anda boleh dapatkan pelbagai bahan deko Krismas dan tahun baru termasuklah barangan kulit dan jenama fesyen di Audrey Warehouse Sale (8 – 17 Disember 2023 Event hall, Level 1).


Untuk memeriahkan lagi bulan sambutan ini, pelbagai aktiviti dan persembahan akan dijalankan. Ini termasuklah Atria Rock & Roll Christmas Jamming Battle di mana 20 band akan bertanding merebut hadiah wang tunai sehingga RM7,300. Kanak-kanak juga dapat menyertai Tea Par-Tea with Rockabilly Santa pada 17 Disember 2023 dengan aneka permainan berinteraktif dan salji, Rock & Roll Christmas Costume Competition pada 17 Disember 2023 dan yang tidak kurang menarik adalah poskad rekaan penuntut Segi University yang mana anda boleh dapatkan secara percuma dari Concierge untuk diposkan kepada orang tersayang.


Dah membeli-belah tu jangan lupa ada banyak ganjaran menanti tau. Dapatkan RM15 Atria Gift Voucher dengan pembelian minimum (RM350 untuk Atria Friend) dalam maksimum 2 resit dalam satu hari atau sebuah Bekas Gelas istimewa dengan pembelian minimum RM350 (RM200 untuk Atria Friend).
Atria Friend juga boleh tebus dan bawa pulang barangan mainan Hamleys, tuala mandi, pelapik kerusi dari Home’s Harmony dan baucer makanan dengan mata ganjaran via Atria App. Untuk ahli yang baru mendaftar, dapatkan baucer dari Boost Juice pada 1- 15 Disember 2023 atau baucer hadiah dari Texture by C3 Lab dari 16 – 31 December 2023.


Tentunya sambutan hujung tahun termasuk cuti sekolah ini boleh dimanfaatkan dengan meluangkan waktu bersama sambil menikmati makanan dan minuman di restoran dan kafe seperti Spitafield’s Bar, Texture by C3 Lab, Little Penang, Dave Deli, Ted Boy dan banyak lagi.
@zahirahanafi Rock & Roll Hollywood Town xmas theme at Atria Shopping Gallery #xmas2023 #xmasmall ♬ Bright christmas songs – Pad
Untuk info, hubungi Concierge di 03-7733 5156 atau layari www.atria.com.my atau www.fb.com/atriadj