Bertuah orang Kajang, kedai bakeri dan pastri ala Paris telah pun dibuka dekat Prima Saujana baru-baru ini. Kedai bakeri yang dimaksudkan adalah Aison Bakery & Coffee.
Saya melihat kedai ini turut mengetengahkan banyak produk ‘viennoiserie’ iaitu gabungan roti dan pastri seperti pains au lait, danish, croissant klasik dan juga croissant berwarna yang amat menarik.
Apetah lagi, kedai ini turut menyajikan pelbagai jenis air kopi yang sungguh enak dipadankan dengan roti dan pastri. Chef Aison berkata bahawa mereka memanggang sendiri biji kopi di kedai berkenaan.
Terdapat beberapa jenis roti sourdough di sini seperti blue cheese and cranberry, tomato black olive, spinach anchovies, dan belgium chocolate sourdough. Sourdough di sini lebih gebu di dalam, tak hairanlah memang popular di kalangan pembeli setia. Untuk info, ini adalah cawangan kedua Chef Aison selepas di Bangi.
Selain itu, di sini saya jumpa roti focaccia olive. Saya memang suka pickled olive dalam roti tapi susah nak jumpa. Roti sourdough di sini pun ada yang letak olive dan sangat sedap lah! Kenapa tak banyak orang Malaysia yang suka buah zaitun ya? Sedap kot letak atas pizza dan juga roti subway 😃
Peminat croffle pasti suka sebab disini ada croffle dengan beraneka toppings, sandwich, croissant berinti (sweet and savoury), pain suisse, bagel dan roti popular Korea iaitu cream cheese garlic bread. Aduh semuanya memang memikat selera. Saya dan kawan-kawan bedal semua ni tau.
Cafe ni pun ada juga masakan panas. Korang kena cuba spicy seafood aglio olio, lazat sungguh lagipun orang Melayu suka pedas-pedas kan?
@zahirahanafi Apakah yang chef dengan pengalaman kerja di Perancis buat apabila buka kedai roti sendiri? Beliau buka Paris-inspired bakery yang sedap dan authentic! Buat masa ni ada hampir 70 jenis roti termasuk roti yang paling popular iaitu sourdough. Sourdough kat sini ada macam-macam jenis seperti blue cheese and cranberry, black olive, Belgium chocolate dan spinach and anchovies. Ada juga pastri seperti pains au lait, danish, croissant klasik, croissant berwarna dan berinti sweet/savoury, croffle dengan macam-macam toppings, sandwich, pain suisse, bagel dan juga masakan panas seperti bolognese rigatori dan spicy seafood aglio olio. Chef kiss! Waktu Operasi: 8.00am – 7.00pm Buka setiap hari 📍Lokasi: 2-2 Jalan Prima Saujana 2/1, Prima Saujana, 43000 Kajang #aisonbakery #parisbakerykl #premiumbreadkl #boulangeriekl #patissseriekl #bakerikajang @aison_bakery ♬ original sound – Hera Goddess🧝♀️
Mengenai Chef Aison
Aison Bakery & Coffee di Prima Saujana Kajang merupakan cawangan kedua milik Chef Aison bin Osman Wong. Selaku Chief Baker of Aison Bakery, beliau berpengalaman lebih 16 tahun dalam bidang ini dan telah merantau ke luar negara seperi Perancis, Jepun dan Korea sebelum membuka bakeri sendiri.
Tidak hairanlah hasil produk beliau memang bertaraf luar negara seperti boulangerie premium di ibu kota namun apa yang menarik, harga dan kualiti adalah jauh sangat berpatutan malah lebih baik dan dijamin halal.
Aison Bakery & Coffee turut menawarkan perkhidmatan untuk katering dan events termasuk hadiah korporat. Selain turut membekalkan produk ready-to-eat (RTE) mereka juga memberi khidmat konsultasi untuk bisnes yang memerlukan kepakaran mereka.
Waktu Operasi:
8.00am – 7.00pm
Buka setiap hari
📍Lokasi:
2-2 Jalan Prima Saujana 2/1, Prima Saujana, 43000 Kajang
Instagram: aisonbakery