Teringin makan sushi di hotel tapi harga yang tidak merabakkan poket? Apa kata korang cuba ke Kazuma Japanese Restaurant yang terletak di Concorde Hotel Kuala Lumpur. Berani saya cakap harga dan saiz hidangan memang menyamai menu yang biasa kita order dekat restoran dalam mall tapi sudah tentu kualiti dan kesedapan di restoran Jepun Kazuma lebih baik.
Mana tidaknya kan, kesemua hidangan di Kazuma disediakan khas oleh Executive Chef Tsutomu Haneishi dan pasukan beliau yang cukup berpengalamn. Hanya bahan-bahan terbaik dan segar digunakan dalam menghasilkan hidangan Jepun yang asli dan teknik memasak pun memang mengikut cara tradisi orang Jepun. Bagi saya, harga yang ditawarkan tu memang sangat berpatutan dengan kepelbagaian seleksi mengikut citarasa peminat makanan Jepun.
Untuk bulan Oktober, Kazuma sedang mengadakan promosi khas iaitu Kazuma October Noodles Lunch Set (1 Noodle + 1 Sushi) @ RM42.
- Pilihan Noodles:
– Niku Soba
– Tempura Udon
– Ramen - Pilihan Sushi:
– Sushi 5 Kinds
– Bara Chirashi Sushi
Selain itu, ini pula adalah antara menu terbaru yang sempat saya jamah tempoh hari.
- Salmon Salad Roll* RM26
- Dragon Roll* RM40
- Special Nigiri Sushi Tokujyou RM87
- Kazuma Seafood Salad* RM50
- Vegetarian Bento RM50
- Teishoku Set : Grilled Chicken Teriyaki RM35
- Tempura Chasoba RM38
- Oden Moriawase RM22
- Unagi Yanagawa RM65
- Saikoro Steak RM65
Untuk tetamu korporat ataupun bagi yang inginkan hidangan yang sesuai untuk business meeting contohnya, anda boleh cuba menu baru iaitu Teishoku Sets – pilih samada Grilled Chicken, Grilled Mackerel atau Grilled Salmon (dengan garam atau sos teriyaki). Set lengkap go-to ini bermula pada harga RM35 nett, datang sekali dengan chawanmushi, nasi putih, sup miso, salad, jeruk dan buah potong.
Kazuma Vegetarian Bento pula adalah menu yang patut dicuba oleh para vegetarian. Untuk setiap set bento sayuran ini, ada 6 menu individu dalam dulang bento iaitu stik tofu, aneka sayuran tempura, croquette labu (begedil), sayuran celur, futomaki sushi dan inari sushi.
Selain menu baru, tetamu juga boleh menjamu selera dengan hidangan klasik Jepun seperti Saba Ichiya Boshi (grilled seasoned & dried mackerel), Kazuma Seafood Salad (aneka ikan mentah segar dengan rumpai laut, sayuran salad & mee rangup), Sukiyaki Nabe (stu daging sirloin & sayuran dalam sup sukiyaki), Grilled Kushiyaki dan banyak lagi.
@zahirahanafi Puas makan kat sini yang penting poket tak bocor gais! #kazumajapaneserestaurant #japaneserestaurantkl #concordehotelkl ♬ 踊り子 – Vaundy
Sekali datang memang tak cukup nak rasa semuanya. Yang pasti, anda pasti terliur dengan pelbagai pilihan menu yang sedap-sedap di Kazuma Japanese Restaurant ini.
Lokasi:
1st Floor, Wisma Concorde (diatas Hard Rock Café).
Tempahan/Pertanyaan: 603 2149 2666
Waktu Operasi:
11.30 am – 3.00 pm (last order 2.45 pm)
6.00 pm – 10.00 pm (last order 9.45 pm)
Isnin – Sabtu (tutup Ahad dan Cuti Umum).