Buffet Lunch: Hotel Maya Gabung Citarasa Malaysia

Hotel Maya Kuala Lumpur kini menampilkan hidangan bufet tengahari Malaysian Delights of KL City bermula September 2023.

Sajian yang mengetengahkan citarasa unik Malaysia terdiri daripada gabungan pelbagai juadah tempatan bercirikan rasa tradisi, kontemporari dan antarabangsa.

Yang istimewa untuk bulan September tentunya Chef’s Special Asam Pedas Melaka. Lauk pauk lain termasuklah Ikan Dory Berlado, Ayam Kari Hijau Thai, Daging Masak Lemak Cili Api, Kupang dengan Sos Lemon, Ayam Masak Tomato dan Ayam Stim Halia.

“Kami amat berbangga dapat menyajikan pelbagai jenis hidangan dari pelbagai etnik dan bangsa, dan kami berharap semua tetamu berpuas hati dan gembira dengan pengalaman makan tengahari disini.”

Sharmini Moganasundram, General Manager of Hotel Maya Kuala Lumpur.

Selain tu ada Ayam Panggang dengan Sos Peri-Peri, kerabu dan ulam-ulaman, mee dan kuey teow, Live Stall pasta, hidangan pencuci mulut seperti Bubur Cha Cha dan Puding Roti dan aneka pastri dan kueh-mueh.

Jadi jangan lepaskan peluang menikmati kira-kira lebih dari 80 jenis juadah di Maya Brasserie.

@zahirahanafi Lebih 80 jenis juadah tempatan bercirikan rasa tradisi, kontemporari dan antarabangsa. Dewasa RM69.90+ seorang, kanak-kanak RM40.00+ (6-12 tahun) tidak termasuk 6% Service Tax. HOTEL MAYA | MALAYSIAN DELIGHTS BUFFET LUNCH | MAYA BRASSERIE 1 September – 31 December 2023 12-3 PM (Mon – Fri) #lunchbuffetkl #malaysiandelightsbuffetlunch #hotelmayadining @Hotel Maya Kuala Lumpur ♬ Pujaanku (feat. Aisyah Aziz) – Masdo

Harga untuk dewasa ialah RM69.90+ seorang dan kanak-kanak RM40.00+ (6-12 tahun) tidak termasuk 6% Service Tax.

HOTEL MAYA | MALAYSIAN DELIGHTS BUFFET LUNCH | MAYA BRASSERIE
1 September – 31 Disember 2023
12-3 PM (Isnin-Jumaat)

Untuk tempahan dan pertanyaan hubungi +6011 1130 7116 atau layari www.hotelmaya.com.my

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Translate »