Anda peminat teh hijau? Baru-baru ini BOH Tea Malaysia telah melancarkan semula pembungkusan terbaru Teh Hijau Asli BOH dengan rekaan grafik yang lebih chic dan menarik. Tiada lagi label oren tetapi keseluruhan kotak kini hampir semuanya berwarna hijau lembut. Pek baru ini diperbuat daripada sumber mampan yang memelihara alam sekitar – Forest Stewardship Council (FSC). Namun begitu jangan risau, kerana rasanya tetap sama dan kekal asli seperti dulu.
Majlis diadakan di Aurum Theatre The Gardens Mall dengan dihadiri oleh pempengaruh, pengamal media dan wakil BOH. Selain dijamu teh hijau panas, kami juga disajikan dengan beberapa menu berasaskan teh BOH yang sangat sedap.
Turut serta dalam majlis tersebut ialah selebriti Azira Shafinaz yang dilantik menjadi duta teh hijau asli BOH. Menurut Azira, biarpun kehidupannya amat sibuk tetapi beliau gembira kerana dapat kekal aktif dan segar dengan mengamalkan teh hijau asli BOH ini.
No matter what my day demands, I know I can count on my Wellness in a Cup!
Azira Shafinaz
Dalam majlis yang sama, kami seterusnya dijemput menyaksikan tayangan filem MEG 2 : The Trench di pawagam Getha Lux. Seronok sekali, sambil baring menonton filem, sambil meneguk teh BOH.
View this post on Instagram
Sepanjang Ogos tahun ini, BOH Tea Malaysia akan membuat promosi trak BOH Pure Green Tea di beberapa kawasan di sekitar Malaysia, jadi jangan lupa dapatkan dan rasai sendiri ‘Wellness in a Cup’ dengan kesegaran daripada secawan teh hijau asli BOH.
Kepada peminat teh, terutamanya teh hijau, jangan lupa untuk dapatkan BOH Pure Green Tea yang kini berwajah baru di pasaraya terdekat atau secara atas talian seperti di bawah.
Shopee : https://shp.ee/wmpikg6
Lazada: https://s.lazada.com.my/s.TwSU5
TikTok Shop : https://www.tiktok.com/@bohteamalaysia
Ada BOH, ada Umph!
Ada BOH, ada Wellness in a Cup!
Instagram : https://instagram.com/bohteamalaysia
Website : https://bohtea.com
#bohteamalaysia #wellnessinacup#bohgreentea