2H1M: Hotel Armada Petaling Jaya & Set Hot Pot

Baru-baru ini saya telah menginap di Hotel Armada Petaling Jaya. Hotel ini terletak di tempat yang strategik berdekatan dengan Stesen LRT Asia Jaya. Disebabkan itu, memang senanglah untuk berkunjung ke tempat-tempat yang popular seperti Mid Valley Megamall, KL Sentral Shopping Mall, transit ke KLIA dan juga KLCC menjadikan hotel ini sesuai untuk pelancong atau atas urusan kerja.

Bagi saya yang pertama kali masuk ke dalam hotel ini, walaupun dari tepi lebuh raya itu nampak seperti hotel yang biasa saja namun apabila melangkah masuk, ternyata rekaan dan kemasan dalaman hotel ini sangat selesa dan bersih. 

Rupa-rupanya betul telahan saya, Hotel Armada Petaling Jaya telah menjalani proses renovasi pada tahun 2019 sebelum kita dilanda Covid. Patutlah saya berasa seperti hotel baru, macam contoh lantai jubin bercorak kemasan kayu dan ketiadaan tab mandi, Mungkin saya saja yang berpandangan mungkin trend reka bentuk dalaman hotel sekarang macam ni, tapi itulah serba sedikit yang menarik pemerhatian saya untuk bertanya pada wakil hotel.

Untuk makluman, terdapat sebanyak 257 bilik hotel di Hotel Armada Petaling Jaya. Jom tengok bilik yang saya menginap iaitu Grand Deluxe Room. Bilik ini adalah bilik tepi yang mengadap Kuala Lumpur dan nampak stesen LRT. Amat luas dan selesa. Ada meja kerja dan sofa dengan meja kopi.

Bilik ini dilengkapi dengan sterika dan papan gosok, sandal, pengering rambut, mini bar, dan rangkaian rancangan TV yang menarik. Bilik mandi pula dilengkapi cermin pembesar, syampu dan sabun badan yang best.

P/s: Anda boleh rekues jubah mandi dengan mendail Housekeeping..

Bilik-bilik Lain

Bilik Deluxe King
Bilik Deluxe Berkembar.
Bilik Family sememangnya selesa untuk diinap seisi keluarga.
Dengan sentuhan mewah, bilik Premier Deluxe menawarkan servis yang lebih personal.
Bilik Suites menampilkan ruang tamu dan ruang kamar yang berasingan menjadikannya eksklusif termasuk rangkaian mandian yang lebih mewah.

Restoran F&B

Restoran Utara merupakan ruang All-day Dining di hotel ini. Saya berpeluang menikmati pelbagai hidangan bufet dan minum petang di sini pada hari Sabtu dan Ahad. Tidak dilupakan ada juga Weekday Buffet Lunch dan menu à la carte. Memang sangat sedap semuanya dengan pilihan yang sangat banyak.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, boleh baca di sini.

Selain itu, anda boleh menikmati deli makanan Jepun di Shokudo atau menikmati kopi dan kek di Lobby Lounge.

Fasiliti & Dewan

Hotel Armada Petaling Jaya turut menyediakan beberapa fasiliti yang menarik untuk penginap hotel mereka. Terdapat gym untuk anda yang gemar bersukan dan beberapa bilik mesyuarat untuk anda berkumpul/bermesyuarat atau menganjurkan program.

Dewan besar Grand Ball Room ini cantik dan luas yang boleh memuatkan sehingga 500 orang tetamu. Sesuai untuk majlis kahwin atau makan malam gala.

Siapa sangka, ruang istirehat The Merchant Bar di Hotel Armada memegang takhta bar counter terpanjang di Petaling Jaya. Bolehlah datang berehat dan chill kat sini dan menonton Live Band setiap Jumaat. Di sini juga ada bilik karaoke yang boleh memuatkan sehingga 20 orang. Bagus sistem bunyi kat situ.

Daftar Masuk/Keluar

Masa untuk mendaftar masuk adalah pada jam 3:00 petang. Bagi yang ingin berehat lebih lama, Hotel Armada menawarkan daftar keluar lewat pada caj hanya RM20+ sejam.

Rebut promosi menarik untuk bulan Ogos dan September ini, antaranya:

  • Merdeka Deals : Raikan semangat kemerdekaan pada harga eksklusif iaitu hanya RM166+ untuk penginapan 2H1M bilik Deluxe! Indahkan percutian dengan pakej bufet sarapan pada harga RM66+ untuk 2 orang! Sah dari 1 Ogos hingga 30 September 2023 (Hanya 10 bilik sehari).
  • Jom Undi Special – Alami penginapan 2H1M hanya untuk RM198+ termasuk bufet sarapan untuk 2 orang dari 11-13 Ogos 2023. Tunjukkan jari berdakwat selepas mengundi untuk dapatkan diskaun 30% untuk anda menjamu selera di Restoran Utara (minum petang atau bufet makan malam).
  • Unwind & Recharge – Day Use – Peluang untuk berehat ‘daycation’ dari jam 10:00 pagi hingga 2:00 petang. Harga bermula dari RM119+ (katil king) dan RM99+ (katil berkembar).

Untuk tempahan, hubungi talian (03) 7954 6888 atau emailkan kepada armada@armada.com.my.

Set Hot Pot

Kebetulan semasa saya menginap, Hotel Armada Petaling Jaya telah memperkenalkan menu terbaru iaitu set Hot Pot Set dengan harga permulaan dari RM36+ seorang untuk set Vegetarian, RM40+ seorang untuk set hirisan ayam, RM58+ seorang untuk set hirisan daging, dan RM68+ seorang untuk set makanan laut.

Setiap set didatangkan dengan pilihan satu sup iaitu Tom Yam, Mala, Sup Ayam dan Sup Sayuran. Pilihan saya tentunya sup tomyam yang tak terlalu pedas dan masam. Jika mahukan sup tambahan, boleh saja minta add-on.

Sepanjang Julai, pelanggan hotel akan menikmati diskaun sebanyak 15% sempena promosi Hot Pot ini. Bukan itu saja, pihak restoran menawarkan pemanis mulut percuma (dessert of the day) sebaik anda selesai menikmati hidangan hot pot.

Jangan lupa, promosi ini hanya untuk sepanjang Julai sahaja dari Isnin hingga Jumaat bermula jam 5:00 petang.

Jika anda mahukan waktu berbeza pun boleh. Tapi kena rekues dengan pihak restoran. Paling penting mesti RSVP dulu jika anda mahu menikmati set Hot Pot ini ya.

Untuk tempahan dan pertanyaan, hubungi:
Restoran Utara
(03) 7954 6888 ext.4557

Atau anda boleh membuat tempahan di laman KLOOK dan dapatkan diskaun 5% menggunakan kod ZAHIRA5OFF (tanpa had)..

https://www.klook.com/en-MY/hotels/detail/114371-hotel-armada-petaling-jaya/

Info dan pertanyaan lanjut, hubungi:
Zaida Effendi
Asst Marcomm Manager Hotel Armada Petaling Jaya
Tel: (03) 79546888
Emaill: zaida@armada.com.my

1 thought on “2H1M: Hotel Armada Petaling Jaya & Set Hot Pot”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Translate »