Hujung minggu lalu saya berkesempatan menginap di Hotel Armada Petaling Jaya. Saya tidak melepaskan peluang untuk menikmati sajian bufet yang orang kata sangat sedap tu. And guess what? Memang betul sedap dan puas hati. Sangat banyak pilihan disediakan. Restoran pun besar dan selesa. Seronok makan bersama kawan-kawan. Jom tengok apa 3 jenis bufet tu.
Saturday Seafood Buffet Dinner
Bermula jam 6:30 petang hingga 10:00 malam, Restoran Utara menghidangkan Seafood Buffet Dinner (makanan laut) yang bukan biasa-biasa.
Dari tiram, kekapis hinggalah udang krai, makanlah makanan laut ini sampai pengsan! Selain itu, tentunya ada juga sushi dan sashimi. Lauk pauk yang dimasak pun beraneka jenis seperti ketam masak merah dan udang goreng nestum.
Bukan itu saja, bufet makanan laut ini ada juga hidangan daging seperti BBQ, stew tulang rusuk, ayam panggang dan aneka kuih-muih. Memang puas hati menyantap kat sini.
Sempena sambutan bulan Merdeka dan Hari Malaysia, sepanjang Ogos dan September, Restoran Utara di Hotel Armada Petaling Jaya akan menambah lebih banyak sentuhan juadah asli untuk para tetamu. Ini termasuklah hidangan istimewa Kari Kepala Ikan, Rendang Tok, dan Assam Pedas Ekor. Pastinya hidangan ini akan menaikkan selera dan semangat patriotik.
Harga:
RM118+ Dewasa, RM82+ Warga Senior dan RM59+ Kanak-kanak
Promosi Istimewa Untuk Seafood Buffet Dinner Hari Sabtu:
- Promo 5+1 Seafood Buffet Dinner untuk tetamu ‘walk-in’ dewasa & warga emas. Setiap tetamu ke-6 akan makan percuma!
- 2 kanak-kanak berumur bawah 12 tahun yang ditemani ahli keluarga akan dapat makan PERCUMA!
- Tetamu yang menginap akan menikmati potongan harga bufet 30% sepanjang bulan Ogos dan September.
Sunday Hi-Tea Buffet
Bufet Hi-Tea ni bermula dari jam 12:00 tengah hari hingga 3:30 petang. Bufet ini menggabungkan juadah makan tengah hari dan minum petang sesuai waktunya yang panjang untuk membolehkan anda menikmati juadah dengan santai-santai dan makan sepuas-puasnya!
Usai namanya, selepas menjamu selera jangan dilupakan pemanis mulut yang sedap, berwarna-warni dan menggoda tu seperti bread pudding, tarts dan kuih bingka. So heavenly!
Harga:
RM108+ Dewasa, RM76+ Warga Emas dan RM54+ Kanak-kanak
Promosi Istimewa Sunday Hi Tea Buffet :
- Pemegang kad kredit HSBC akan menikmati potongan harga eksklusif 15%
- Tetamu yang menginap akan dapat diskaun 30% sepanjang bulan Ogos dan September.
Breakfast Buffet
Bangun je dari tidur yang lena dalam bilik Hotel Armada, saya turun untuk menikmati bufet sarapan yang penuh dengan pelbagai jenis kuih, roti, pastri dan hidangan utama seperti nasi lemak, mee dan pasta. Jangan lupa Roti Canai durian tau. Roti canai ni nipis dan sedikit garing, yang best inti durian tu sedap dengan rasa manis dan masin. Pasti anda akan makan lebih sepinggan hehe.
Bufet ini berharga RM58+ untuk dewasa dan RM29 untuk kanak-kanak. Bufet sarapan ini tersedia setiap hari.
Tak kiralah samada anda bersarapan bagai juara, menikmati hasil tangkapan laut atau menggembirakan diri dengan hi-tea, anda pasti akan berpuas hati dengan bufet-bufet di Restoran Utara, Hotel Armada Petaling Jaya. Jangan lepaskan promosi ni. Susah nak dapat tawaran macam ni tau.
Untuk tempahan dan pertanyaan, hubungi:
Restoran Utara
(03) 7954 6888 ext.4557
Untuk info dan pertanyaan lain, hubungi:
Zaida Effendi
Asst Marcomm Manager Hotel Armada Petaling Jaya
Tel: (03) 79546888
Email: zaida@armada.com.my
Laman Media Sosial:
Instagram: hotelarmadapj
Facebook: hotelarmadapj
Website: www.armada.com.my
Pingback: 2H1M: Hotel Armada Petaling Jaya & Set Hot Pot - Hera Goddess