Dyna Medical : Menguasai Kesihatan Menggunakan DNA Mapping

Inginkah anda mengetahui status DNA diri anda? Dengan mengetahui profil DNA peribadi, anda boleh mengoptimumkan tahap kesihatan walaupun dari usia seawal bayi yang baru lahir. Dyna Medical, syarikat dari Malaysia mampu menjalankan ujian sehingga 300 ciri (traits) daripada 10 profil iaitu Status Pembawa, Risiko Kesihatan, Risiko Kanser, Penjagaan Kulit, Personaliti, Sensitiviti Makanan & Diet, Nutrisi Penting, Pengurusan Berat Badan, Potensi Kecergasan dan Tindakbalas Ubat-ubatan.

Saya memahami bahawa setiap manusia diciptakan berbeza-beza. Apa yang baik untuk orang lain tidak semestinya baik untuk saya. Melalui perubatan Ayurveda contohnya, saya disaran untuk tidak memakan cendawan, walhal masyarakat umum diberitahu bahawa cendawan adalah makanan sihat. Dengan hanya mengelak daripada memakan cendawan, saya boleh mengelak daripada ditimpa penyakit. Wallahualam.

Berdasarkan pengalaman saya sendiri, mudahlah untuk saya faham kenapa dan untuk apa tujuan ujian DNA dilakukan.

Apakah Ujian DNA?

DNA atau ujian genetik adalah satu bentuk ujian perubatan untuk mengesan genetik individu yang unik. Ujian ini juga boleh mengetahui keadaan atau sebarang perubahan dalam kromosom dan sel protein.

Dengan hanya sampel air liur, ujian genetik boleh dijalankan dengan tepat, menjanakan pelbagai keputusan termasuk kesihatan jantung dan vaskular, penyakit genetik, keadaan otak, serta alahan. Jadi, anda boleh mengetahui jika anda lebih cenderung untuk mengalami apa-apa masalah kesihatan dengan cara mencegahnya terlebih dahulu.

Namun, apa yang lebih penting ialah anda boleh mencipta kehidupan yang lebih sihat dan baik biarpun selepas anda jatuh sakit. Ini semua bergantung kepada ikhtiar kita untuk meningkatkan taraf hidup dan bukan berserah semata-mata. 

Pelancaran DynaDNA dan Dyna App

Baru-baru ini bertempat di KL Wellness City Gallery, Dyna Medical mengumumkan pelancaran DynaDNA sebagai pembekal ‘microarray technology DNA test kits’, serta Dyna App, platform dalam talian bebas yang merupakan gerbang kepada peningkatan maklumat dan kesihatan menyeluruh.

En. Martin Low Wink Keng, Pengarah Urusan Dyna Medical, memperkenalkan DynaDNA sebagai pembekal perkhidmatan terbaru yang membolehkan rakyat Malaysia mendapat maklumat kesihatan diri yang terkini dan paling tepat.

En. Martin turut menerangkan kebaikan Dyna App, platform berintegrasi yang membenarkan pengguna melihat keputusan kit ujian DNA mereka dengan segera dan mudah. App ini membolehkan pengguna membuat janji temu dengan pakar kesihatan yang berkelayakan di bawah rangkaian sokongan DynaDNA untuk menyemak keputusan ujian, atau merancang langkah seterusnya. Pengguna juga boleh membeli produk kesihatan menerusi perkhidmatan e-dagang dalam app tersebut.

Rancangan masa depan untuk app termasuk memberikan akses kepada pelbagai perkhidmatan gaya hidup, termasuk rawatan spa dan ‘facial’, serta pakej pelancongan untuk ‘wellness retreat’ yang terkenal. Dengan menyediakan produk dan perkhidmatan ini, Dyna App bertekad untuk memahami dan menangani segala keperluan para pengguna, dan menolong mereka mencapai gaya hidup yang sihat dan holistik.

En. Martin turut berkata,

“Memudahkan akses kepada kit ujian DNA akan membolehkan para individu untuk membuat keputusan yang lebih menyeluruh tentang kesihatan dan kesejahteraan diri.”

Beliau memberikan contoh mereka yang risau tentang kemungkinan mengidap penyakit genetik seperti thalasemia. Mengambil ujian DNA akan memberi kesedaran terhadap risko menurunkan penyakit tersebut dan membolehkan persediaan yang sepatutnya atau pengubahan gaya hidup yang sesuai.

Pempengaruh Iman Azman dan Dr Hans Jeffry berkongsi pendapat tentang kit percubaan Dyna DNA.

Niat dan tekad Dyna Medical untuk memenuhi segala keperluan kesihatan masyarakat juga telah membawa kepada perkongsian dengan KL Wellness City sebagai lokasi pelancaran DynaDNA dan Dyna App. Sebagai pusat kesihatan 360-darjah pertama di Asia Tenggara, KL Wellness City merupakan bandar penuh-integrasi yang dibina menurut konsep rawatan medikal, kesihatan, kesejahteraan dan kecergasan, dan mementingkan pengetahuan kesihatan diri.

Untuk maklumat lanjut, sila imbas di sini untuk melayari DynaApp:

Mencuba Sendiri DNA Test Kit

Kit ujian Dyna DNA mengandungi 1 tiub cecair ujian, beg specimen, borang maklumat, arahan penggunaan, sampul Poslaju dan kad terima kasih.

Test kit ujian DNA ini sangat mudah digunakan dan boleh dilakukan di rumah. Dengan hanya menggunakan air liur, anda juga boleh gunakan untuk bayi yang baru lahir. Test kit ini berharga RM899 untuk kanak-kanak (106 traits), RM1199 untuk wanita (101 traits), RM1199 untuk kecergasan (101 traits) dan RM2350 untuk premium (300 traits). Kesemua harga diatas termasuk konsultasi profesional percuma dan anda akan mendapat laporan softcopy. Anda perlu menunggu 16 hari bekerja untuk laporan disiapkan (turnaroundtime).

Mengenai Dyna Source Sdn Bhd 

Ditubuhkan pada tahun 2014, Dyna Medical merupakan syarikat Malaysia yang berdedikasi terhadap kecemerlangan kesihatan dan kecantikan, dan bertujuan untuk membawa barangan “Buatan Malaysia” ke negara Asia lain menjelang tahun 2024 untuk memenuhi keperluan global. Falsafah Dyna Medical boleh dilihat dalam pendekatan mereka terhadap peningkatan kualiti kehidupan, sebagaimana aspirasi pengasas mereka untuk meningkatkan dan mendidik orang-orang sekeliling untuk hidup dengan bahagia dan sihat secara menyeluruh. Pengasas Dyna Medical percaya walaupun tidak semua boleh sempurna, tetapi anda boleh memilih untuk memperoleh kesihatan dalaman, sambil menayangkan kecantikan luaran.

DynaDNA telah memenangi anugerah Kit Ujian DNA Keluarga Yang Terbaik di Parents’ Choice Award 2023.

Untuk info lanjut dan pertanyaan, layari sesawang https://dynamedical.com.my
Instagram : dyna_medical

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Translate »