
Kepada semua kaki outdoor, anda mesti ingin merasai keseronokan Outdoor Festival 2023 di Tasik Raban, Lenggong pada 16-18 Jun 2023 ini. Acara kedua ini bakal menjadi acara yang lebih besar daripada tahun sebelumnya apabila menyasarkan sehingga 1500 penyertaan.
Masa inilah anda akan berpeluang mendekati alam dan bergaul dengan manusia, sesuai dengan tema kali ini iaitu ‘Unplug & Reconnect’. Telefon dan kamera tetap di tanganlah kan tetapi pastinya anda akan lebih sibuk menikmati pelbagai program yang dirancang disana oleh pihak penganjur festival LOCCO dengan kerjasama Majlis Daerah Lenggong (MDL).


Bestnya saya dengar taklimat pada hari perasmian tempoh hari tu. Saya pun berjiwa outdoor walaupun tidak selasak seperti masa muda remaja dulu hehe.. Lagi pun, Lenggong ni saya biasa lalu dulu sewaktu melakukan kerja di Royal Belum. Memang cantik tempatnya. Tasik dan sungai yang tenang, ada kolam ikan arowana dan mesti buat pit stop makan ikan bakar di Tasik Raban. Pemandangan gunung ganang sepanjang pemanduan memang superb!
Aktiviti dan Jadual
Antara aktiviti yang telah dirancang untuk peserta termasuklah aktiviti perkhemahan, stand-up paddle, berkayak, bridge rappelling dan memanah. Aktiviti merentas desa turut diteruskan tahun ini selain beberapa aktiviti baharu yang diperkenalkan seperti ODF Ride, Lake Flying Fox, Flatland Skimboarding dan Tree Climbing.
Beberapa bengkel turut dijalankan seperti handmade paracord, ultralite hiking, rope & climbing, pembuatan sabun organik serta bengkel keselamatan dalam air. Memang menarik ni. Pantang saya tengok air mesti berminat sebab saya pun seorang penyelam scuba yang kena melakukan water rescue.
Selain itu, bagi merancakkan perjalanan ODF23, sesi perkongsian dan forum turut disenaraikan termasuklah Cerita Kedai Kopi, Sembang Bawah Fly, kesedaran komuniti dan klinik kayuhan basikal. Peserta juga akan disajikan dengan persembahan muzik santai pada waktu malam oleh kumpulan band muzik gig dan tempatan seperti Teman Lelaki, Cisco, Nami, The Mirza dan ramai lagi.
Timbalan Menteri Dalam Negeri yang juga Ahli Parlimen Lenggong berkata,


YB Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah
“Penganjuran ODF 2023 dilihat sebagai medium dan platform penyatuan pelbagai aspek kehidupan rakyat Malaysia; antaranya gaya hidup sihat, aktiviti fizikal, lasak serta ekstrem yang menyantuni setiap lapisan umur masyarakat, dan juga kombinasi gabungan komuniti yang turut menyambung kepada pembangunan ekonomi setempat secara tidak langsung.”
Tambah beliau lagi, “Saya melihat ODF2023 adalah bertepatan dengan waktunya dalam mewujudkan lebih banyak komuniti yang saling menyokong dan menyantuni usaha murni penganjuran festival yang sihat dan diterima semua. Tambahan lagi, bermula tahun 2012, Daerah Lenggong telah diiktiraf sebagai sebuah Tapak Warisan Dunia UNESCO-Arkeologi Lembah Lenggong dan pada tahun 2021 telah diisytihar sebagai Geopark Kebangsaan yang ke-4, Lenggong sudah pasti mempunyai keunikan dan keistimewaannya yang tersendiri. Justeru, dengan penganjuran ODF23 ini, dilihat mampu membawa Lenggong ke peringkat sewajarnya disamping membantu meningkatkan ekonomi kepada rakyat disini.”


Lebih menarik, penganjuran tahun ini turut dijenamakan sebagai “KAHF LENGGONG OUTDOOR FESTIVAL 2023”’ selepas menerima penyertaan Kahf selaku penaja utama. Kahf merupakan jenama penjagaan diri dan dandanan lelaki yang halal dari Indonesia yang menawarkan rangkaian produk seperti pencuci muka, minyak wangi, dan pelindung matahari.
Wakil pasukan Jenama Antarabangsa Kahf berkata,
Bella Indah Permatasari
“Kami berada dalam misi untuk mempromosikan pengalaman dandanan yang terbaik — semula jadi, lembut, halal dan thayyib untuk meningkatkan nilai kehidupan lelaki.”
Penyertaan Kahf sebagai penaja utama adalah sebagai usaha untuk mendekati pengguna Kahf selain memperkenalkan rangkaian produk Kahf melalui aktiviti kegiatan luar dan gaya hidup aktif masa kini.
Tentang Kahf
Kahf adalah jenama penjagaan kulit lelaki yang halal dan diilhamkan oleh alam semula jadi yang sentiasa berusaha mengutamakan kualiti dalam menyokong gaya hidup aktif lelaki. Kahf membawa slogan #JalanYangKuPilih untuk menunjukkan komitmen dalam menyebarkan pengaruh positif yang boleh menemani lelaki dalam setiap jalan yang dipilih untuk menjadi manusia yang lebih baik dan memberi manfaat kepada orang di sekeliling mereka.
Sebagai sebuah jenama yang menyokong aktiviti harian lelaki, Kahf akan terus bekerjasama dengan pelbagai komuniti gaya hidup lelaki untuk bersama-sama menyebarkan kebaikan mengikut jalan yang mereka pilih.
Laman web: www.kahfeveryday.com
Instagram: @kahfeveryday.my
Tiktok: @kahfeveryday.my






Penaja dan Vendor
ODF23 didukung lebih 35 kumpulan komuniti dan turut dimeriahkan dengan tajaan oleh ANBOT, HAUSBOOM, BOOM+, Lost World of Tambun dan Kembara Meals serta disokong oleh rakan strategik termasuklah RNR Adventures, Skycamp, Santrav, Rileklah, Pretty World, 30 Ascend, Project Vacation, Santrav, Tanjak, KKTM Lenggong, Decathlon dan Nomadism.
Jenama kamera terkenal Canon Malaysia turut menjadi rakan penaja pengimejan.
Apa yang membanggakan bagi saya ialah penganjur turut memanggil usahawan dan vendor kawasan setempat untuk meningkatkan aktiviti ekonomi penduduk Lenggong. Ni salah satu ole-ole kalau balik dari sana kan, saya pasti beli ikan pekasam. Macam-macam jenis ikan ada.
Jangan lupa sekarang musim durian juga tau. Walaupun durian luruh awal tahun ni tapi saya harap masih ada durian Lenggong pada hari kejadian tu nanti. Best tau durian Lenggong!
Pembelian Tiket & Penginapan
Jualan tiket masih dibuka. Untuk peminat aktiviti luar yang ingin menyertai ODF23, boleh membuat pembelian tiket di laman sesawang www.outdoorfest.my
Bagi peserta yang tidak berkhemah, anda boleh menginap di home-stay, airbnb, hostel dan mana-mana tempat penginapan di sekitar Lenggong.
Peserta juga boleh mendapatkan maklumat berkaitan ODF23 seperti jadual aktiviti di laman sesawang tersebut selain mengikuti media sosial rasmi ODF23 seperti berikut:
Instagram & twitter : @outdoorfestmy
Facebook : facebook.com/outdoorfestmy
Untuk Pertanyaan Lanjut dan Siaran Media :
Adam Faizal
hello@locco.com.my / +6012-3470245
Syukrina Mohtar
siti.nsyukrina@paracorpgroup.com / +6017-9119210
#odf23 #kahfxodf23 #panoramalenggong