Real California Milk: Lebih Pilihan Keju Bermutu Untuk Peminat di Malaysia

Saya bertuah dapat menghadiri sesi pengenalan keju yang dibawakan khas oleh Lembaga Penasihat Susu California (CMAB) tempoh hari. Apabila sesuatu produk itu dihasilkan dengan teliti dan baik sehingga menjadi kebanggaan pengusaha keju di California, kita pasti akan dapat merasai keju yang berkualiti tinggi dan sedap!

Dalam majlis yang sama, saya bersama 20 rakan blogger dan pempengaruh telah berentap untuk menghasilkan cheese board menggunakan keju-keju dari tanda dangangan Real California Milk (RCM) dalam masa 1 jam sahaja. Kami kena kreatif untuk mencipta satu finger food berasaskan keju dengan padanan yang sesuai seperti cheddar dengan epal dan sebagainya.

Acara ini dimulakan dengan ucapan oleh wakil dari Kedutaan Amerika Syarikat iaitu Timothy Harrison – Regional Agricultural Attache, Foreign Agricultural Service.

Sebelum sesi pertandingan bermula, Chef Eksekutif Bertauliah Barbara Alexander yang mempunyai pengalaman lebih 30 tahun dalam dunia Kulinari dan Hospitaliti menyampaikan info-info menarik dan penting tentang keju Real California Milk ini. Menurut beliau,

Chef Barbara

“Satu auns keju semula jadi, seperti Cheddar, Jack, atau Mozzarella, mengandungi kira-kira 20% daripada keperluan kalsium harian yang disyorkan bagi seseorang dewasa. Mereka yang sensitif kepada laktosa, atau tidak boleh ambil laktosa, masih boleh menikmati keju jika mereka pilih jenis keju keras semula jadi (proses penuaan) atau keju matang lembut, yang mengandungi sedikit atau tiada laktosa.”

Pengenalan Kepada Real California Milk

Kami mendengar taklimat Chef Barbara yang seolah-olah membawa kami terus ke ladang lembu di California. Jiwa pengembara dalam diri saya berfikir, seronoknya kalau boleh melawat sendiri ladang ternakan lembu di sana haha!

Lembu-lembu di California hidup di kawasan lembah yang bersuhu dingin tapi cerah, dengan taburan hujan dan sinaran matahari yang mencukupi. Kabus tebal yang terkenal dengan nama Karl memainkan peranan penting dalam ekosistem ternakan lembu yang sihat dan padang rumput yang subur.

Lembu-lembu yang bebas bergerak sambil merumput (grazing) bermakna mereka cukup bersenam dan meminum air yang bersih. Oleh itu, perusahaan keju yang mampan (sustainanable) di sana dapat dicapai. Pada saya benda ni sangat penting sebab saya berjiwa ‘environmentalist’ juga dan tidak mahu sumber makanan saya merosakkan alam sekitar.

Antara ciri-ciri mampan yang berjaya dicapai oleh Real California Milk:

  • Tiada sisa buangan dibuang
    • Lebih 40% bahan makanan untuk tenusu California menggunakan hasil sampingan agrikultur yang menyamai 15 tan sisa sayuran daripada terbuang.
  • Berkuasa dengan kuasa solar
    • Ladang tenusu California menghasilkan tenaga solar untuk lebih 32,000 rumah setiap tahun.
  • Waste not, want not
    • Mungkin sesuai dengan peribahasa Melayu yang berbunyi ‘Cicir dipungut, hilang dicari’, hampir sifar pembaziran air berlaku dimana air yang digunakan untuk menyejukkan susu adalah air yang sama digunakan untuk memandikan lembu dan kemudian menyiram tanaman.
  • Moo-ve over diesel
    • Ladang tenusu California bertekad untuk menggantikan trak berkuasa diesel dengan kenderaan negatif-karbon.
  • Misi kurang transmisi
    • California berusaha untuk mengurangkan discas gas metana sebanyak 49 juta tan metrik sehingga 25 tahun akan datang.

Jenis-jenis Keju

Chef Barbara kemudian menerangkan tentang jenis-jenis keju yang dijual di pasaran. Ianya terdiri daripada Fresh Cheese seperti feta, ricotta dan mascarpone, Soft-Ripened Cheese seperti brie, camembert dan keju artisan, Semi-Soft Cheese seperti mozarella, Semi-Hard Cheese seperti cheddar, gouda dan colby jack, Hard Cheese seperti aged gouda dan aged cheddar dan Spiced & Flavoured Cheese seperti pepper jack dan smoked cheddar.

Dalam kesemua jenis keju tersebut, ada 3 kategori utama keju iaitu:

  • Keju Tiruan – diperbuat daripada susu bukan tenusu seperti minyak sayur dan minyak sawit.
  • Keju Asli – diperbuat daripada 100% susu asli seperti Real California Milk.
  • Keju Proses – dihasilkan dengan memanaskan keju asli  dan mencampurkan ramuan lain seperti pengemulsi dan pengawet, juga termasuk krim, air, minyak sayur, kanji dadih dan lain-lain.

Fakta Keju California

Tahukan pembaca, Amerika Syarikat ialah pengeluar susu lembu terbesar di dunia. California ialah negeri pengeluar susu terbesar dan pengeluar keju kedua terbesar di sana. Kira-kira 50 pengeluar keju menghasilkan lebih daripada 250 jenis keju menggunakan hanya susu California. Antara produk tersebut adalah susu, keju, mentega, ais krim, yogurt, keju ketul/dadih (cottage cheese) dan susu kering tanpa lemak.

Pengeluar produk tenusu California amat prihatin tentang kesihatan, keselesaan dan keselamatan lembu dan mengutamakan penjagaan haiwan. California, yang merupakan negeri utama di A.S. dari segi pelaksanaan amalan perladangan tenusu yang lestari, mempunyai banyak syarikat tenusu yang moden, canggih dari segi teknologi dan cekap, dengan amalan terbaik dari segi keselesaan dan penjagaan lembu – berlandaskan usaha mencipta masa depan yang lebih bersih dan lestari. 

Wakil negara Malaysia bagi CMAB, Eddie Saw berkata lebih ramai rakyat Malaysia kini mula menghargai jaminan kualiti produk tenusu California seperti keju dan aiskrim yang memaparkan cap dagangan Real California Milk. Eddie berkata,

Eddie Saw

“Keju yang berbeza menawarkan kualiti dan fungsi unik yang tersendiri – sekali gus membuka pelbagai pilihan kulinari menerusi pilihan luas masakan berasaskan keju. Satu perkara penting yang perlu diingat ialah keju yang memaparkan cap dagangan Real California Milk merupakan keju semula jadi asli.  Keju kami menggunakan 100% susu sebenar daripada lembu di California dan telah memenangi anugerah di Amerika Syarikat dan juga luar negara.”

Pertandingan Mencipta Cheese Platter

Seusai itu, bermulalah acara yang ditunggu-tunggu juga bagi saya iaitu pertandingan mereka Cheese Platter menggunakan sepenuhnya keju susu California asli (RCM).

Saya bergabung tenaga bersama rakan blogger Dixon Thum mempersembahkan charcuterie board tradisional yang diberi nama ‘Happy Malaysian Childhood’. Kami menggunakan dulang nyiru yang dialas dengan daun pisang. Dixon memberi idea untuk menghidangkan Cheese Date with Mint Leaf yang sungguh enak dan segar. Korang kena cuba tau senang je nak buat.

Sementara menunggu cheese board peserta dinilai oleh para juri, kami menikmati hidangan lazat yang Chef Barbara sediakan iaitu Blue Cheese Chips, Korean Cheese Dogs, Iced Coffee Cheesecake Cream Puffs dan Buffalo Chicken & Blue Cheese Pizza. Sajian ini sebenarnya sangat popular dalam kalangan penduduk Asia, terutamanya untuk dihidangkan di majlis keramaian bersama keluarga atau jamuan sekolah/pejabat, lagi-lagi apabila kesuntukan masa. 

Walaupun tidak mendapat sebarang tempat, Dixon dan saya (sebab ini penyertaan saya kali pertama) berbangga dengan dulang kami yang comel tu. Tahniah diucapkan kepada para pemenang. Memang korang semua layak!

Semoga perkongsian mengenai keju ini dapat mendidik pembaca untuk lebih menghargai keju yang berkualiti. Lepas ni kalau nak cari keju, carilah yang ada cap dagangan “Real California Milk”!

Real California Milk Look For The Seal Logo

Untuk maklumat lanjut dan resipi, layari www.realcaliforniamilk.com atau ikuti halaman Facebook @RCM Malaysia.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Translate »