Adakah zaman sekarang ni kita sememangnya perlukan smartwatch (jam tangan pintar)? Persoalan ini pasti akan bermain di fikiran si pemakai jam analog yang mungkin mahu mempertimbangkan untuk beralih dari jam biasa ke smartwatch yang semakin mendapat banyak permintaan di pasaran.
Kewujudan smartwatch bakal menggantikan jam tangan tradisional?
Tidak dinafikan sejak dahulu lagi jam tangan merupakan simbol status keberadaan seseorang, tidak hanya untuk memberikan waktu. Namun pada masa kini, semakin ramai yang beralih ke smartwatch yang dihubungkan pula dengan smartphone (telefon pintar) seiiring transisi gaya hidup terkini.
Dulu-dulu saya beranggapan yang smartwatch ni lebih kepada golongan sport enthusiasts, lagi-lagi kerana kebanyakkan rekaannya pun memang sporty. Nak rekod berapa km dah lari, berapa kalori dah bakar, berapa laju pace dan sebagainya. Namun sekarang ni smartwatch sudah menjadi sebahagian daripada gaya hidup semua golongan masyarakat, terutamanya pasca covid kita lebih peka dengan keadaan kesihatan secara amnya malah rekaannya lebih pelbagai dan menyerupai jam tradisional.
Untuk memenuhi permintaan terhadap smartwatch, Kieslect selaku pemain industri yang semakin terkenal telah mereka beberapa siri smartwatch yang berpadanan dengan stail dan fesyen si pemakai.
Khusus untuk wanita, Kieslect hadir dengan siri Kieslect Lady Calling Watch LORA yang amat mesra pengguna. Kieslect Lady Calling Watch LORA datang dalam tiga warna menarik iaitu merah jambu, ungu dan emas. Ini memberikan pilihan untuk pemakai memilih warna yang bersesuaian dengan citarasa mereka.
Sebaik saja dilancarkan di Malaysia tempoh hari, saya terus berminat untuk memiliki smartwatch ni dan memilih smartwatch Kieslect Lady Calling Watch Lora ungu kerana rupanya yang feminin. Untuk Kieslect Lady Calling Watch Lora kita akan dapat 2 set tali jam iaitu satu magnetik dan satu lagi tali bling-bling. Antara dua ni saya suka yang magnetik sebab lagi senang pakai dan melekat dengan elok.
Smartwatch yang cuma berharga bawah RM300 ini mempunyai ciri-ciri menarik seperti 3D Full View Colorful Display iaitu skrin khas yang memberikan penglihatan jelas atas skrin. Berbentuk bulat, ia umpama kanta pembesar yang meberikan efek besar. Saya rasa memang senang dan sangat responsif untuk swipe.
Apa tidaknya, Perisian smartwatch Kieslect Lady Calling Watch Lora merupakan yang ketiga di dunia menggunakan 2-in-1 Core Calling Chip selepas Apple and Samsung. Oleh itu, penggunaan kuasa adalah 30% lebih rendah daripada Dual Chip, menjadikannya antara kelompok 10 teratas jam tangan nipis tapi baterinya sangat berkuasa. Pastinya dengan Kieslect Lady Calling Watch Lora anda boleh enjoy sebuah smartwatch yang pantas, stabil dan jimat tenaga.
Fadeless Aluminum Case membuatkan jam ini kelihatan anggun dan chic yang dipadankan pula dengan Fadeless Aluminum Alloy Case. Sekali tengok memang tertawan, apatah lagi dengan berpuluh pilihan Watch Face yang tersedia. Watch Face ini siap boleh custom tau seperti boleh letak gambar sendiri.
Kieslect Lady Calling Watch Lora juga mempunyai Stable Bluetooth 5.2 Connection, yang lebih kuat daripada Huawei GT watch, termasuk speaker dan mic yang memberikan bunyi panggilan yang jelas. Ini termasuk juga High Definition Music Playlist on Wrist, yang mana anda boleh hubungkan Kieslect Lady Calling Watch Lora dengan smartphone via Bluetooth 5.2 untuk anda melayan lagu kegemaran semasa bersenam atau beriadah. Memang cantik bunyinya tak sangka keluar dari jam.
Selain itu, Kieslect Lady Calling Watch Lora mempunyai 70 mod sukan khususnya untuk wanita termasuk kiraan kalori dan langkah. Oh, dah nama pun jam untuk wanita, semestinya ada juga fungsi Female Menstrual Reminder. Menarik kan?
Dari sudut kesihatan, Kieslect Lady Calling Watch Lora ada fungsi-fungsi canggih seperti boleh mengesan SPO2, Heart Rate, Sleep Monitoring, Breathing Training, Pressure Test dan Emotion Test. Anda juga boleh aktifkan SOS Mode dengan menekan dial untuk beberapa saat. Memang betul-betul pintar jam tangan cantik ni. Ibarat ada Personal Nurse setiap masa.
Berikut adalah beberapa lagi ciri-ciri hebat yang terdapat pada smartwatch Kieslect Lady Calling Watch Lora:
- AI Voice Assistant
- Built-in Games
- IP68 Waterproof
- Password Protection
- Find Phone
- Camera Control
- Drinking Reminder
- Calculator
- Stopwatch
- Stopwatch
- Timer
- Weather Forecast
- Flashlight
- Quick Message Reply
Menggunakan Kieslect Lady Calling Watch LORA untuk kali pertama
Smartwatch ini mudah dihubungkan dengan menggunakan app GloryFit yang boleh dimuat turun di AppStore dan GooglePlay. App ni percuma sahaja. Selepas mengaktifkan jam, anda mesti menghubungkannya dengan telefon pintar menggunakan BlueTooth. Cuma scan je QR Code dalam Setting.
Nanti bolehlah terima panggilan dan mesej dari telco atau WhatsApp. Semua sambungan ini adalah percuma sahaja, tak perlu bayar yuran tambahan kepada telco (saya bayar RM10 extra untuk aktifkan data telefon ke Apple Watch untuk menerima notifikasi dan membuat/menerima panggilan).
Di mana boleh anda membeli Kieslect?
Anda boleh membeli smartwatch *Kieslect ni di platform rasmi di Shopee:
https://shopee.com.my/kieslect.os
Khas untuk pembaca saya, ada diskaun tau. Siapa cepat dia dapat dan hanya untuk pembelian di Shopee. Masukkan kod berikut (untuk model Kieslect Lady Calling Watch Lora dan Kieslect Calling Watch KS) :
Kieslect Lady Calling Watch Lora Bonus Baucer RM5 Diskaun : KIESLORA
Kieslect Calling Watch KS Bonus Baucer Rm10 Diskaun: KIESKS
*Kieslect menawarkan jaminan 1-Tahun insurans untuk pembeli. Dalam masa 1 tahun, pembeli boleh menukarkan jam tangan yang rosak (kecuali tali jam) dengan unit yang baru. Walau bagaimanapun, jika kerosakan adalah kerana kecuaian pembeli, Kieslect berhak untuk menolak penggantian.
Tidak lupa bagi lelaki atau mungkin anda berminat dengan rekaan lain, anda juga boleh layari sesawang Kieslect di https://www.kieslect.com. Pada masa ini smartwatch yang latest ialah Kieslect Smart Calling Watch KS yang mempunyai 100 mod sukan dan bentuk segi empat mirip Apple Watch.
Saya ada buat video untuk anda tengok smartwatch ni dengan lebih jelas lagi di sini.
@zahirahanafi Dah pakai memang best! Cantik plak tuu 😍 #kieslect #kieslectmy #thecover #kieslectmalaysia #smartwatch #fashionsmartwatch ♬ original sound – Hera Goddess🧝♀️
Tentang Kieslect
Kieslect telah berada di lebih 60 negara dengan lebih 5000 pusat jualan dan 600 pekerja seluruh dunia. Sejak diwujudkan pada tahun 2017, Kieslect bergabung dengan pelbagai rakan kongsi dalam bidang teknologi tanpa wayar dan pakar teknologi lain untuk menghasilkan dan menerajui dunia baru jam tangan pintar dengan rekaan yang menawan. Kesemua produk Kieslect disahkan dengan pensijilan antarabangsa seperti CE, RoHS, FC, dan UKCA bagi memastikan kualiti dan kepercayaan pengguna.
Kieslect memfokuskan untuk memberikan keyakinan dan keaslian menerusi kreativiti dan pemahaman mendalam tentang kehendak pasaran. Kieslect berbangga apabila telah berjaya memenangi anugerah antarabangsa, antaranya Red Dot Design Award, iF Design Award dan German Design Award.
Kieslect menekankan produknya yang berinovasi, rekaan menarik, berkualiti tinggi namun pada harga yang tidak membebankan pengguna. Pengguna boleh memilih Fashion Smartwatch Series, termasuklah Kieslect Calling Watch Ks, Kieslect Calling Watch Kr Pro dan Kieslect Calling Watch Kr.
Kieslect berjaya menempatkan posisinya dalam pasaran sebagai antara yang menerajui pembikinan jam tangan pintar dan mempunyai rangkaian peminat setia di seluruh dunia. Kieslect komited untuk terus menerokai potensi smartwatch dan kekal kompetitif demi kepuasan pengguna.
Platform Rasmi Media Sosial Kieslect:
Facebook: https://www.facebook.com/Kieslect.MY
Instagram: https://www.instagram.com/kieslect_malaysia/
Twitter: https://twitter.com/KieslectMY
Lemon8: https://s.lemon8-app.com/s/NskchjxQQR
TikTok: https://www.tiktok.com/@kieslectmalaysia
#kieslect #kieslectmy #thecover #kieslectmalaysia #smartwatch #fashionsmartwatch