Buka Puasa: Santapan Rasa Sayang di AVANTÉ Hotel

Destinasi berbuka kali ini tentunya bufet Santapan Rasa Sayang di Chek’s Coffee House, AVANTÉ Hotel, yang mana tetamu boleh merasai pelbagai sajian ikonik dari seluruh negeri di Malaysia.

Jangan lepaskan peluang merasai masakan istimewa dari Chef Arih bin Ahmad, yang mengembalikan kenangan lampau air tangan ibu beliau seperti Daging Bakar Masak Lemak, sajian klasik Negeri Sembilan. Daging salai empuk yang dimasak bersama serai, cili padi dan kunyit, dipadankan bersama santan dan belimbing besi fuh memang sedap betul. Pedas berlemak dengan rasa smoky memang umph.

Satu lagi tarikan yang semua orang pasti suka tentunya Kambing Golek yang isinya sangat lembut dan juicy. Sos pudina dan sos lada hitam pun ada. Saya sendiri antara orang pertama yang ambil kambing golek ni tau. Pada saya sos pudina tu memang pekat tapi mungkin agak masam pada sesetengah orang, namun pada saya cukup enak.

Yang lagi best, ada Sup Gear Box dan Gulai Kawah juga. Jangan lupa rasai semua masakan klasik lain yang sedap-sedap seperti Rendang Ayam, Ketupat Palas, Sate, Ikan Bakar, Fried Carrot Cake, Nasi Kuning, Sup Kambing & Perut, Ayam Tandoori dan banyak lagi.

Betul-betul food coma saya satu famili. Tak dinafikan rasa asli kampung tu memang ada walaupun dalam setting makan kat hotel.

Oh tak lupa, sajian antarabangsa pun ada juga seperti Ketam Black Pepper, Sushi, Sotong Sweet & Sour, BBQ Steak (ayam, daging dan kambing), Chicken Chop dan Mongolian Stir Fried Beef. 

Ada juga budu, cencalok, sambal belacan dengan satu talam ulam-ulaman segar termasuklah jering, petai dan ulam raja.

Live Stalls pun ada banyak di segenap ruang. Anda boleh tengok chef-chef beraksi menyediakan Shawarma, Roti John, Apam Balik atau nikmati terus di ‘Goreng-Goreng’ stall – ada Pisang, Keledek, Cekodok, Cucur Bilis dan Cucur Manis.

Lepas makan, saya sudahi dengan teh tarik panas. Adus memang sedap betul. Satu gelas tak cukup.

Pastinya lebih lengkap lagi apabila disudahi dengan merasa pelbagai jenis hidangan pencuci mulut seperti Kuih-Muih, ABC, Bubur, aneka French pastries dan kek dan buah-buahan tempatan.

Dessert section kat sini memang win. Sangat berwarna-warna nak menarik sekali. Jadi datanglah sekarang berbuka puasa di Chek’s Coffee House kebanggaan AVANTÉ Hotel ini yang pernah memenangi anugerah World Top Gourmet Awards.

Santapan Rasa Sayang 2023 Buffet Dinner 
23 March – 21 April 2023
6:30pm – 10:30pm
Chek’s Coffee House (Level G), AVANTÉ Hotel, Bandar Utama.

Early Bird (pembelian baucar sehingga 22 Mac 2023)
RM168 nett (dewasa) 
RM148 nett (warga senior)
RM104 nett (kanak-kanak)

Early Bird (pembelian baucar selepas 22 Mac 2023)
RM208 nett (adult) 
RM148 nett (senior citizen)
RM104 nett (child)

TAWARAN ISTIMEWA
10% off untuk pemegang Kad ONECARD/ Maybank / UOB / Citibank / AFFIN / Petron Miles (harga normal dewasa sahaja)

Untuk tempahan dan pertanyaan:
Tel: +603 7681 7666 / +603 7681 7777
Whatsapp: +6016 302 7838
Email: cheks@avantehotel.com.my

@zahirahanafi Menu tradisi pelbagai negeri semua ada kat sini. Sedapnyaaaaa lobak cake goreng tu #bukapuasa #santapanramadan #inspirasiramadan #buffethotelkl #buffetbukapuasa2023 #avantehotelpetalingjaya ♬ Selamat Lebaran – TonsTone

Mengenai AVANTÉ Hotel

AVANTÉ Hotel, Bandar Utama, terletak di  Petaling Jaya, dihubungkan dengan laluan bertutup tingkat atas dengan hanya 10 minit berjalan kaki ke Stesen MRT Bandar Utama dan salah satu gedung beli-belah terkemuka 1 Utama.

Hotel ini dibuka secara rasmi pada 26 November 2021, dan mempunyai 610 bilik hotel (Superior, Deluxe dan Suite, termasuk bilik untuk tetamu kelainan upaya. Bilik Suite mempunyai Kitchenette (dapur kecil) lengkap dengan microwave, peti sejuk dan dapur induction – sesuai untuk ahli perniagaan atau pelancong yang ingin menginap lama. AVANTÉ Hotel juga ada banyak ruang parkir termasuk servis valet.

Dewan Utama / Grand Ballroom menampilkan ciri-ciri hebat seperti sistem bunyi terkini, candelier geometrik dan ballroom tanpa tiang untuk menikmati pancaran terus dari 4 built-in skrin besar LED dan ada 2 Bilik VIP.

Tingkat 15 adalah khusus untuk ruang fasiliti di mana tetamu boleh enjoy kolam infiniti air masin yang dihubungi juga dengan jakuzi dan kolam rendah, CHXpress Fitness 24/7 (buka 24 jam), Beauty & Wellness Centre dan Kiddies Club. 

Manakala untuk santapan hotel ini menampilkan Award-Winning Chek’s Coffee House (all-day dining), Poolside Bar, King Cole Jazz & Whiskey Lounge dan SkyDeck rooftop dining. 

Sebarang pertanyaan boleh hubungi:
Tiong Li San, Marketing Communications Executive 
Email: lisan.tiong@avantehotel.com.my 
Tel: +6016 334 6808

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Translate »