Buka Puasa Dengan Puluhan Sajian Padang Yang Enak di Padangs On Wheels

Memandangkan masa saya menulis ni sudah masuk 15 hari berpuasa, jadi saya tak nak lah menulis panjang-panjang sebab nak terus post blog ni untuk anda. Saya akan ‘hidangkan’ gambar-gambar dan video terus supaya anda semua boleh terus book untuk buka puasa di Padangs On Wheels, Subang Bestari sehingga 20 April 2023 nanti.

Keenakan masakan Padang kat sini memang tiada tandingan. Untuk saya yang kaki makan yang adventurous, saya memang appreciate segala jenis lauk yang agak rare dan jarang dijual kat kedai, seperti sambal jengkol (jering), gulai tunjang (tendon), rendang limpa, gulai perut, kalio ayam tu semua.

Apatah lagi dengan sambal-sambal tu seperti sambal terasi, sambal ijo dan beberapa lagi memang umph! Kalaulah Subang Bestari ni dekat dengan rumah kan mesti akan selalu pergi lah.

Jom tengok sebahagian menu yang sempat saya snap tempoh hari.

Nampak tak sambal-sambal tu? Sedap tau cicah dengan keropok malinjo.
Lauk ni saja dah lebih 30 jenis. Tak termasuk hidangan utama yang lain seperti mee dan bubur.
Goreng-gorengan dan kek.
Pencuci mulut dan kudapan krup krap.
Soto Padang dan Bakso. Sedap sungguh sup tu. Kerepek juga semua sila makan katanya.
Star of the Day – Gulai Padang Ikan Sepat Masin dan Nanas. My personal favourite hanya dapat masa bulan puasa ni je.
Ada 3 jenis nasi. Paling ngam nasi kuning.
Ini first round. Lepas tu bertambah-tambah.
Bersama Pengasas – Kak Farrah Adeeba yang cantik dan mesra.

Untuk bufet Ramadan ni harganya RM88 untuk dewasa, RM68 untuk warga senior (60 tahun keatas) dan RM48 untuk kanak-kanak (4-11 tahun). Pada saya memang sangat berpatutan lah harga ni. Boleh cuba setiap lauk dalam mangkuk-mangkuk kecil macam orang Korea Jepun makan – sikit itu sikit ini. Tahu-tahu kenyang hehe.

@zahirahanafi Penuh meja dengan lauk pauk dlm mangkuk kecik2. Sedap la patutlah viral #inspirasiramadan #bukapuasa #masakanpadang #padangsonwheels #buffetbukapuasa ♬ Instrumen Melayu – Andijul maruf

Untuk makluman, Padangs On Wheels ni ada juga cawangan di Damansara Utama (01119037672) dan Shah Alam (017-7051280). So anda boleh lah pergi ke mana-mana cawangan yang berdekatan.

Padangs On Wheels @ Subang Bestari
63-1, 63-1, Jalan Nova K U5/K,
Subang Bestari,
40150 Shah Alam, Selangor.
03-7831 7712

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Translate »