Adakah anda tahu perbezaan antara probiotik, prebiotik dan sinbiotik? Saya cuma biasa dengar probiotik je sebenarnya dan hanya tahu ia melibatkan kesihatan usus, dengan kata ringkas ianya bakteria baik untuk perut.
Probiotik ialah mikroorganisma dalam usus, prebiotik pula adalah serat yang lazimnya kita makan dan melalui usus kecil yang kemudiannya menjadi sumber makanan kepada probiotik, manakala sinbiotik adalah gabungan probiotik dan prebiotik.
Ha, nampak tak gambaran tu?
Apapun pemahaman kita tentang probiotik dan prebiotik ni sebenarnya mudah saja; kedua-duanya saling diperlukan untuk menyokong sistem penghadaman yang baik untuk kesihatan kita.
Dengan proses inilah badan kita dapat menghasilkan perkumuhan yang efisien yang antaranya dapat membuang toksin dalam badan. Jangan ambil mudah kerana banyak penyakit kronik bermula dari perut.
Dalam penulisan saya kali ini, saya ingin mengulas tentang produk-produk berinovasi tinggi dari syarikat GK Bio International (GKB) yang giat mempromosikan kepentingan proses penghadaman secara menyeluruh.
Siapakah GKB?
GKB ditubuhkan pada tahun 2018 melalui usaha sama antara All Cosmos Bio-Tech Holding Corporation dan Grape King Bio Taiwan. Setiap produk keluarannya diperakui dengan sijil PIC/S GMP, ISO 22000, HACCP, NSF GMP, TQF, HALAL, sijil kualiti tahap dua TFDA, pensijilan standard pembuatan cemerlang GMP Malaysia, FSSC 22000 dan ISO/IEC TAF 17025.
Memang terjaminlah dari segi keselamatan, kualiti dan standard piawaian pembuatan produk GKB. Pengguna dapat banyak manfaat penting daripada probiotik ini termasuklah menjadi lebih cantik dari dalam dan luar tau, bukan untuk usus saja.
Kelebihan utama probiotik GKB adalah dihasilkan dengan teknologi paten lapisan pelindung pelbagai antioksidan dalam bentuk granul. GKB ialah satu-satunya syarikat suplemen kesihatan dengan empat lapisan pelindung untuk probiotiknya, untuk memastikan probiotik berjaya sampai ke usus dengan kadar kelangsungan hidup yang tinggi.
Saya sendiri telah mencuba 5 jenis produk mereka yang saya kongsikan dalam blog ni untuk manfaat bersama.
5 Produk Terpenting Untuk Usus dan Perut
Lactobacillus Plantarum GKM3 – Untuk Mengawal Berat Badan
Untuk pengetahuan, bakteria dalam produk ini adalah satu-satunya jenis yang boleh menyerap minyak, asid urik, dan lipid darah (kolesterol, trigliserida), selalin daripada itu ia juga membantu mengurangkan penyerapan kalori, mengurangkan berat badan dan lebih langsing, masalah sembelit, meningkatkan kelembapan kulit dan mengurangkan kerosakan kulit akibat sinar ultra ungu. Hasilnya kulit lebih anjal dan kurang kedut.
Saya nak mulakan ulasan dengan pilihan peribadi saya yang nombor 1 ni. Lepas saya ambil pil yang pertama, saya tak berikan perhatian sangat sebab saya terlupa dan agak sibuk. Cuma saya perasan yang saya hampir missed waktu makan sebab saya tidak berasa lapar.
Produk kotak merah ni langsung tidak memberikan efek seperti produk kurus yang biasa kita dengar tu, seperti sakit perut dan kerap ke bilik air dan kena berlapar. Saya dapati saya cuma membuang sekali saja namun selera makan berkurang tu yang best.
Serius, saya betul-betul kagum dan amat sarankan produk ni untuk korang. Betul-betul tak sangka akan berkesan dengan cepat walaupun saya tak ambil setiap hari. Asyik lupa aje!
GKB Probio+ – Untuk Memperbaiki Usus
Produk ini boleh dikatakan sebagai asas dan sesuai untuk menjaga dan meningkatkan kesihatan usus ke paras optimum dengan pengambilan harian. Dengan gaya hidup zaman sekarang seperti makan dengan laju, tekanan kerja, kerap makan diluar terutama yang banyak minyak dan juga untuk golongan yang menolak sayur maka produk kotak biru laut ini khas untuk anda.
Kehadiran 5 jenis probiotik dan 4 jenis prebiotik akan memastikan keseimbangan mikroflora usus dan meningkatkan imuniti. Orang yang selalu ada masalah sembelit dan senak perut ringan boleh ambil ni.
Bagi saya, rasa granul ni sedap dan mudah diltelan. Kalau jenis serbuk tu boleh terserdak dan bergumpal dalam mulut tapi granul ni sedap. Ada rasa seperti yogurt kering.
Saya selalu menghadapi masalah penghadaman sebenarnya (Virgo’s problem) dan GKB Probio+ bertindak untuk melegakan ketidakhadaman yang saya hadapi, yang mana membawa saya kepada penyelesaian masalah seterusnya iaitu…
GKP Probizymes – Untuk Mengurangkan Gastritis
Saya juga kerap mengalami masalah angin dan membuang air besar (juga masalah seorang Virgo). Mungkin korang rasa kelakar tapi Virgo memang bermasalah dengan perut dan penghadaman.
Mujurlah tak pernah ada gastrik tapi masalah angin tu ada. GKB Probizymes ni sekarang menjadi penyelamat kalau tiba-tiba saya kena serang dengan masalah ni terutamanya bila perut kosong terlalu lama.
Produk kotak ungu ini khusus menangani masalah kembung perut berpanjangan, gastrik dan mengurangkan simptom asid refluks dengan berkesan.
GKB Lactobacillus Rhamnosus Plus – Untuk Memperbaiki Kulit
Kotak warna pink ni lebih mensasarkan golongan wanita terutamanya, tapi tiada masalah untuk kaum lelaki jika ada masalah kulit seperti eczema.
Apabila saya mengambil produk ini selama seminggu, saya dapati kulit saya lebih lembap walaupun masa itulah saya terlalu sibuk dan agak terabai rutin skincare. Memang menjadi penyelamat jugalah bukan kulit muka je tapi seluruh organ terbesar kita ni.
Produk ini popular di kalangan wanita kerana membantu mencegah jangkitan alat kelamin, disamping meningkatkan imuniti dan mengurangkan kulit sensitif.
GKB G-Pro Gold – Untuk Mengurangkan Sembelit
Sebenarnya ramai tak sedar, tekanan/stres memang akan memberi isu besar dan penyakit kronik. Masalah sembelit adalah salah satu darinya.
Produk kotak biru tua ini dihasilkan khusus untuk memperbaiki usus dan masalah sindrom iritasi usus, cirit birit teruk dan sembelit dengan cara membiakkan probiotik dalam usus, meningkatkan pH dan rembesan usus.
Saya perasan masa saya sibuk haritu, saya taklah rasa saya kena sembelit tapi rasa tak puas menunaikan ‘hajat besar’. Lepas ambil satu sacet, terus lega. Kadang-kadang waktu sibuk tu kita tak boleh jangka, tapi kita boleh bersedia dan mujur ada GKB G-Pro Gold ni.
Sepertimana yang diterangkan kepada saya oleh pihak GKB tempoh hari, semakin tinggi kadar bakteria probiotik dalam usus, semakin kurang toksin dan usus semakin sihat.
Saya mengakui keberkesanan produk GKB ini dalam masa 3 minggu saya mencubanya sendiri. Korang yang adalah masalah seperti yang saya kongsi atau ingin memperbaiki sistem pencernaan dan menjaga kesihatan perut secara umum, inilah produk terbaik untuk korang cuba.
Kesemua produk GKB diatas boleh didapati di semua cawangan farmasi besar di Malaysia termasuk:
Tengah: Alpro Pharmacy, M CARE Pharmacy, Leo Pharmacy
Melaka: Alpro Pharmacy, Farmasi Big Tree, Farmasi Limbongan, Farmasi Tanjung Minyak
Penang: Alpro Pharmacy, MEDS & VITS Pharmacy, Pure Pharmacy, NuCare Pharmacy, Bliss Pharmacy, Guan Pharmacy, Island Retail Pharmacy
Perak: Alpro Pharmacy, HTM Pharmacy
Pantai Timur: Alpro Pharmacy, Lau & Tan Pharmacy, Farmasi Nazen, Farmasi Ehsan
Selatan: Alpro Pharmacy, The One Pharmacy, You Pharmacy, AcePro Pharmacy
Sabah: Alpro Pharmacy, LifePlus Pharmacy, Pearl Pharmacy
Sarawak: Alpro Pharmacy, Trinity Pharmacy, Hometown Pharmacy, Mana Pharmacy
Untuk senarai farmasi terkini, sila rujuk https://www.mygkb.com/Article/Detail/1188
Untuk maklumat dan pencarian:
Laman Web : www.mygkb.com
Facebook : www.facebook.com/mygkb
Instagram : www.instagram.com/mygkb
TikTok : www.tiktok.com/@gkbmsia
YouTube : https://www.youtube.com/@mygkb01
#gkbinternational #gkbsoftlaunch2023 #gkbprobiotics #gkbspacesuit