Butik Chenta Lunar : Lengkapi Raya Dengan Gaya

Ini adalah satu lagi butik baju raya yang menarik untuk anda kunjungi khususnya para ibu dan anak. Bermula 1 Ramadan 1444 (23 Mac 2023) konsep baju raya Ibu & Anak telah dilancarkan di Butik Chenta Lunar dengan harga RM150 ke bawah.

Konsep “Mother Daughter Type” ini memberikan kemudahan kepada para ibubapa untuk membeli baju raya sedondon di bawah satu bumbung dengan harga yang  sangat berpatutan tanpa mengetepikan stail dan fesyen.

Terdapat pelbagai variasi busana untuk hari raya seperti baju kurung, baju kurung moden, jubah, baju kurung kanak-kanak termasuklah baju kurta eksklusif turut dijual.

Bagi anda yang ingin mencari baju korporat seperti dress, office attire, casual, cardigan, jumpsuit pun ada di Butik Chenta Lunar tau. Rambang mata nak pilih.

Kat sini juga korang boleh tempah baju seperti baju nikah, baju majlis persandingan, baju bridesmaid, baju graduasi atau baju korporat. Butik Chenta Lunar mampu melakar rekaan dan juga menjahit tempahan yang ditempah dengan cantik sekali.

Buat yang ingin tampil lebih glamor, perkhidmatan ‘on the spot request’ bagi pelanggan yang ingin menambah manik, lace atau sebagainya turut ditawarkan. Servis ni susah nak jumpa kat butik lain, tapi inilah keistimewaan Butik Chenta Lunar.

Menjelang kedatangan Syawal tidak lama lagi, datanglah beramai-ramai ke Butik Chenta Lunar kerana mereka turut mengadakan promosi potongan harga sebanyak 40% manakala jika korang membeli-belah melebih RM150 ke atas, ada free gift istimewa dari Butik Chenta Lunar.

Tak lupa juga, nak bagitau yang selain baju raya, korang juga boleh beli set hamper biskut raya yang comel-comel. Nak beli sebekas dua je pun boleh juga, selagi stok masih ada.

Butik Chenta Lunar – Ekpresif, Mudah Berbicara, Bersosialisasi, Kreatif dan Menikmati Hidup.

Alamat :
65, Jalan Plumbum P/7P,
Seksyen 7, Shah Alam.

Bersebelahan PKNS Biz Point.
Waktu Operasi (bulan puasa) : 11.00 pagi sehingga 10.30 malam (Isnin tutup).
Hubungi : 019-7542705.

Facebook: www.facebook.com/ChentaLunar
Instagram: www.instagram.com/chentalunar
Tiktok: www.tiktok.com/chentalunar

#bcl #chentalunar #ChentaRaya2023 #bajuraya2023 #bajukurung

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Translate »