Sunfeet : Pusat Kesihatan Kaki No.1 di Malaysia

Saya tertarik mendengar perumpamaan ‘wheel alignment’ dalam penjagaan kaki. Terus terfikir, betullah tu. Kaki ni penting untuk pergerakan kita sehari-hari namun ramai yang tidak mementingkan kesihatan kaki sehingga masalah menjadi kronik.

Tempoh hari saya berkunjung ke pusat rawatan kaki Sunfeet International Rehab Centre di Petaling Jaya untuk mendalami pemahaman tentang kaki dan seterusnya mendapatkan konsultasi percuma. Memang saya ada beberapa soalan mengenai kaki juga sebenarnya.

Kaki saya ni cenderung untuk cepat sakit tumit dan tapak hadapan apabila berjalan atau berdiri terlalu lama. Tapi mungkin benda ni perkara biasalah kan tapi saya juga dapati saya tak boleh pakai kasut flat dan nipis.

Saya dah pun dapat jawapan dari Dr. Nanti saya cerita jawapan beliau, sebab saya nak cerita dulu tentang pusat rawatan ni.

Sunfeet merupakan sebuah pusat orthotics dan prosthetics No.1 di Malaysia. Dato Dr. Edmund Lee merupakan generasi ketiga yang meneruskan pusat ini yang diwarisi keluarga beliau. Jadinya memang tempat ni tersohor dan dipercayailah sejak dulu lagi.

Untuk sampai ke sini korang boleh guna Waze je. Jika datang dengan kereta boleh park di kawasan open carpark kat bawah flyover. Exit kiri tu, bila nampak Wisma Daju terus pandu ke depan sikit. Murah sikitlah parking rate kot.

Untuk makluman, Sunfeet juga telah buka cawangan baru yang bertempat di Balakong. Tapi semasa saya menulis ni, info lokasi belum saya terima.

Melangkah masuk ke dalam, saya dapati ruang dalaman pusat kesihatan ni luas dan selesa. Kat sini pun ada dijual kasut-kasut yang menarik. Harganya lebih kurang sama dengan jenama lain tapi kat sini ada diskaun tau.

Sempena cuti sekolah ni Sunfeet menawarkan promosi Back to School iaitu diskaun sebanyak 30% untuk semua jenis kasut sekolah dan kasut sukan.

Promosi bermula sekarang hingga 31 Mac 2023.

BACK TO SCHOOL PROMO

30% OFF Semua Jenis Kasut Sekolah & Sukan

Berbalik cerita kaki saya tadi, rupanya Dr Edmund menjelaskan punca kaki saya buat hal macam tu sebab tendon saya pendek. Antara faktor utama sebab biasa pakai tumit tinggi. Solusinya ialah dengan melakukan regangan kaki setiap hari contohnya Lunge Stretch.

Memang tepat sekali kata doktor. Masa muda dulu memang selalu pakai kasut tumit 4 inci ya. Sekarang rasakan akibatnya.. Namun saya lega sebab masalah ini ada penyelesaian percuma hehe.

Jadi jika korang ingin datang, boleh terus walk-in je. Jika korang pertama kali datang, korang akan diberikan sesi imbasan kaki dan konsultasi percuma. Bukan apa, kaki ni nak pakai lama.

Kadang-kadang kita tak tahu sebenarnya keadaan kaki kita tak normal, kita je anggap biasa sampailah tiba masa baru menanggung kesakitan. Doktor kata antara masalah kaki paling ramai kat Malaysia ni ialah flat feet. Masalah ni boleh dipulihkan dengan alami tanpa melalui pembedahan pun. Sikit sikit nak bedah je terus, kan.

Memang saya lepas dengan taklimat ni sangat-sangat menggalakkan korang untuk datang periksa kesihatan kaki korang ya. Jangan menanggung derita sorang-sorang dan lama-lama.

Saya ingin ucapkan terima kasih kepada Dr Edmund Lee dan warga Sunfeet yang sudi melayan kami semasa sesi Sunfeet Health Talk 2023 dan juga tahniah kepada saya sebab menang Lucky Draw 🙂

Jom layan sedikit video pendek semasa hari kejadian.

Lokasi: 
Sunfeet International Rehab Centre,
Ground Floor, Wisma Daju 5,
No 21, Jalan Barat,
46200 Petaling Jaya, Selangor.
Waze: Starbucks PJ8

Waktu Operasi: Isnin-Sabtu (10am- 5.30pm)
Hubungi: 0135283939/ 0139122839

Website: https://www.sunfeet.com.my
Instagram: https://www.instagram.com/sunfeetinternational/
Facebook: https://www.facebook.com/sunfeetinternational

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Translate »