![](https://thezahirahanafi.my/wp-content/uploads/2023/01/cny2023-mresorthotel-tzh01-768x1024.jpg)
Tahun ni terasa macam cepatnya dah nak raya cina, sebab tarikh CNY 2023 jatuh pada 22/1/23 kan. Jadi mesti ramai dah mula mencari dan survey tempat-tempat menarik khususnya buffet atau bankuet di hotel untuk meraikan tahun Water Rabbit kali ni.
Jangan lengah lagi, terus tempah meja bankuet CNY korang di M Resort & Hotel Kuala Lumpur sebab hidangan yang disajikan amat mengiurkan.
Set makan tengah hari dan makan malam berharga antara RM2388nett, RM2688nett and RM2888nett untuk meja 10 orang.
Jom tengok apa yang saya dah cuba di sana (mengikut turutan):
- Yee Sang with Salmon
- Double Boiled Superior Soup with Fish Maw, Dried Seafood, Brazilian Mushroom and Bamboo Pith
- Crispy Roasted Chicken stuffed with Fish Paste accompanied with ‘s Special Sauce* (pilihan tukaran dengan Traditional Roasted Duck with Condiments)*
- Steamed Star Grouper with Scallion and Chinese Parsley Hong Kong Style (dalam gambar Red Snapper)
- Wok Fried Tiger Prawns with Salted Egg, Curry Leaves and Bird’s Eye Chilli
- Braised 10-head Abalone, Sea Cucumber, Sea Moss and Seasonal Greens with Superior Sauce
- Steamed Glutinous Rice with Brown Rice, Dried Oyster and Salted Egg in Lotus Leaf
- Steamed Rice Cake with Shredded Coconut and Snow Mochi
- Chilled Sea Coconut with Snow Fungus and Red Dates
Lagi syiok tengok video ni sekali macam mana rupa melantak kat sini hehe..
Untuk Yee Sang, Yusheng atau Yuu Sahng atau Prosperity Toss, yang juga dipanggil Lo Sahng adalah Cantonese’s style raw fish salad (salad ikan mentah). Lazimnya disertakan dengan hirisan salmon mentah, pelbagai sayuran berwarna terang dan beberapa jenis sos dan kondimen.
Hidangan tradisi yang berwarna-warni dan segar ini melambangkan kebahagian, kekayaan dan kesenangan dalam kehidupan yang mencurah-curah.
![](https://thezahirahanafi.my/wp-content/uploads/2023/01/cny2023-mresorthotel-tzh02-1-768x1024.jpg)
![](https://thezahirahanafi.my/wp-content/uploads/2023/01/cny2023-mresorthotel-tzh02-1-768x1024.jpg)
- 3 pilihan Yee Sang di M Resort & Hotel ialah:
- Yee Sang with Salmon
- Half Portion RM118nett | Full Portion RM188nett
- Seasonal Fruit Yee Sang
- Half Portion RM118nett | Full Portion RM188nett
- Yee Sang with 10-Head Abalone
- Half Portion RM188nett | Full Portion RM288nett
- Yee Sang with Salmon
Kesemua Yee Sang ini boleh didapati secara take-away, makan tengah hari/malam dari 02 January hingga 05 February 2023.
Hotel dibuka seperti biasa sepanjang musim perayaan. Untuk informasi dan tempahan, sila hubungi 603 7773 7606 atau email mice@mresort-hotel.com.my.