Jenama Parrot Botanicals ni memang legendary, ye lah untuk kanak-kanak yang membesar dengan nenek tahun 80an mesti kenal punya. Apatah lagi kalau terbau je terus kenal sabun apa tau.
Walaupun sudah beralih zaman, Parrot kekal sebagai jenama pilihan rakyat Thai sehinggakan dikenali sebagai The Pride of Thais, yang dianugerahkan oleh kementerian industri sebagai Produk Kecantikan dan Penjagaan Premium.
Memang bertepatan sangat sebab wangian Parrot memang unik dan dirahsiakan sehingga tidak boleh ditiru pesaing. Orang kata memang signature fragrant.
Wangian Parrot boleh bertahan sehingga 8 jam kerana menggunakan minyak herba tradisi sebagai salah satu bahan rahsia dalam penghasilannya. Ini menjadikan Parrot No.1 AUTHENTIC THAI BOTANICALS FRESHNESS.
Rangkaian terbaru Parrot Natural ni ada banyak pilihan dalam katergori Classic Series dan Pastel Series. Berikut adalah yang saya cuba:
Sabun Buku (55gm):
• Thai Botanical & Herbs (Best Seller)
Wangian signatur Thai Botanical dengan minyak Bunga Cengkih dan Citronella
• Thai White Jasmine
Perapian kulit dengan Ekstrak Asam Jawa dan Thai Jasmine
• White Sakura
Mencerahkan kulit dengan White Sakura
• White Thanaka
Kekal segar berpanjangan dengan ekstrak kulit kayu Thanaka
• Sweet Pink Roses
Campuran menawan Ros Merah Jambu dan Lidah Buaya
Sabun Krim Mandian (500ml):
• Thai botanicals
Wangian Thai Botanical khas yang unik untuk haruman berkekalan sehingga 8 jam
• White Thanaka
Lembut bak sutera dan wangi sepanjang hari
• White Sakura
Kulit cerak merah jambu dengan wangian lembut menawan
Sabun buku Parrot ni memang cepat berbuih dan membersihkan kulit dengan sempurna. Saya sukakan bau Sweet Pink Roses kerana sesuai dengan ciri-ciri feminin wanita yang matang.
Saya dapat merasakan perubahan selepas menggunakan krim mandian ini. Segar, nyaman dan tentunya berbau wangi. Kulit tidak terasa kesat tapi lembut je.
Sebenarnya ini kali pertama saya tengok sabun Parrot dalam botol dan penutup pam. Tekstur krim mandian ni sangat lembut dan berwarna seperti satin. Lebih senang untuk digunakan di rumah yang mempunyai ahli yang ramai yang tentunya menjimatkan masa.
Saya memang rekemenkan anda semua untuk mencuba sabun Parrot Botanicals ni terutama golongan muda sekarang. Walaupun sudah terlalu banyak jenama lain yang muncul, Parrot tetap utuh sebagai jenama pilihan rakyat Malaysia sejak dulu sampai sekarang.
Tonton video review saya di bawah 🙂
@zahirahanafi Jenama legen Parrot Natural kini boleh didapati di Malaysia. Dapatkan sekarang. Pasti ada di sini yang masih ingat sabun Parrot yang sangat wangi ni #ParrotNatural #ParrotNaturalMalaysia #ShowerCream #Soap #Imported #Thailand #VITAMEDIA #tiktokmademebuy #parrotbotanicals ♬ Miss you – Official Sound Studio
Rangkaian produk Parrot ini boleh didapati di Hypermarket, Supermarket, Convenient store, Mini Market seluruh Malaysia.
Beli atas talian : Shopee >> https://shp.ee/2ydgcjj
Untuk info lanjut, layari:
Facebook: fb.com/ParrotNaturalMY/
Instagram: @parrot.natural
Fuhhh.. Ini mmg legend habis niii… Lama betul x nmpk dlm pasaran!! 😮😮
betul tu, rasa teruja betul lagi2 ramai eh yg masih kenal sabun ni haha