GalahGala & Sang Har Mee Yang Terkenal

Siapa sangka? Kalau bukan empunya restoran ceritakan kepada saya, memang saya ingat GalahGala adalah restoren baru yang dibuka untuk menjadi pesaing dalam industri F&B di Malaysia.

Beliau menceritakan serba sedikit tentang latar belakang keluarga beliau yang menjalankan perusahaan makanan laut segar sejak 30 tahun yang lepas yang sebenarnya terkenal dikalangan masyarakat Cina di KL dan mempunyai ribuan pelangan tetap. Wah, memang tak sangka.

Jadi GalahGala dilahirkan untuk menawarkan sajian makanan laut kepada segmen baru iaitu kepada golongan yang mencari masakan Chinese Style yang halal dan authentic.

Dengan rekaan restoren yang luas (indoor & outdoor section) dan juga ruang private room, ambien di sini memang estetik dan selesa untuk menjamu selera.

Jom tengok apa yang saya sempat jamah di restoren ini. Terima kasih atas layanan yang sangat mesra dan servis yang tip top.

Signature Menu – Sang Har Mee

Sang Har bermaksud Udang Galah (terlalu istimewa sehingga diangkat sebagai nama restoren) dalam bahasa Kantonis. Sudah tentu dimasak dengan resepi rahsia sebab kuah tu sangat sedap. Licin mee tu walaupun sudah soggy/lembik tapi sumpah tetap sedap.

Udang galah di sini menggunakan saiz U2 & U3 iaitu berat bermula 500gm keatas. Yang saya makan ni saiz U3 untuk 3 orang. Memang cukup besar.

US Oyster in Truffle Oil

Saya terkejut sebab selain saiz yang besar, tekstur tiram yang diimport dari US ni (air-flown) amat lembut. Seolah-olah saya menggigit tofu. Aroma white truffle oil juga menaikkan lagi selera. Penggemar tiram wajib cuba menu ni.

US Black Mussels in Truffle Oil

Satu lagi haiwan (hehe..) yang diterbangkan dari US. What can I say? Secara perbandingan dengan kupang hijau kita, US mussels ni rasa lebih meatier and creamier. Dan paling penting mussels ni dibersihkan betul-betul dan dibekukan dengan standard yang tinggi sebab rasa segar tu seolah-olah baru je dinaikkan ke darat.

Honey Fried Baby Squid

Comel-comel je baby squid ni. Makan macam tu je pun dah enak. Sotong digoreng dengan tepung dan disalut dengan madu dan cili padi. 

Yuan Yang Hong Kong Crispy Kailan

Satu bahagian dimasak garing, satu bahagian lagi dimasak lembut. Itulah keistimewaan menu ni yang popular di restoren Cina. Kali ni saya dapat juga makan kat sini. Well, lupakan sayur lain sebab kailan masak 2-style ni memang enak sungguh. Saya juga suka beberapa biji bawang putih panggang yang ada sekali tu. Cair dalam mulut.

Akhir sekali saya sudahi dengan air kelapa segar ni. Satu pengalaman menikmati makan malam yang amat memuaskan hati. Sambil-sambil tulis ni masih terbayang sang har mee tu. Adik saya memang enjoy betul makan kepala udang tu. Banyak isi dia cakap! 

Tonton video ala mukbang pertama saya di sini lol:

@zahirahanafi Kalau nak rasa #foodcoma mari la makan sini #MakanLokal #klfoodie #MYFoodie #MalaysianFood #mukbangmy #kingprawn #sangharmee #galahgalaseafoodrestaurant ♬ original sound – Hera Goddess🧝‍♀️

Jangan lupa pergi cuba sendiri tau. Selamat menjamu selera!

GalahGala Restaurant,
Level 2, Bangunan AHP,
Jalan Tun Mohd Fuad 3,
TTDI, KL.
60149304513

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Translate »