Terbaru: Flagship Store Siti Khadijah & Butik Hegira di IOI City Mall 2

Hari Sabtu lalu saya berpeluang meraikan pembukaan flagship store Siti Khadijah di IOI City Mall 2 yang dilancarkan bersama butik Hegira. Siti Khadijah juga telah melancarkan konsep terbaru iaitu ‘Memupuk Gaya Hidup Bermanfaat.’

Apa yang menarik di flagship store ni, mereka sediakan ruang solat seperti bilik solat di rumah dan sesiapa sahaja boleh singgah solat di situ. Pelanggan juga boleh terus cuba barangan yang baru dibeli di situ.

Antara produk jenama Siti Khadijah yang dijual selain telekung dan sejadah ialah beg tangan, beg sandang, tudung jenama Hegira, kasut, jubah dan ihram, pilihan pakaiandan segmen untuk lelaki dan juga kanak-kanak seperti bahan bacaan dan permainan.

Selain itu, ada juga disediakan khidmat tukang jahit untuk tempahan dan pembungkusan hadiah.

Macam-macam ada sebenarnya, saya pun baru tahu. Ini bertepatan dengan hala tuju pihak pengurusan Siti Khadijah yang menyasarkan untuk meneroka pasaran luar iaitu Indonesia, Singapura dan Brunei dan seterusnya antarabangsa.

Majlis pada 1 Oktober 2022 itu diraikan gilang gemilang dengan persembahan nyanyian dari artis Siti Nurdiana dan sesi peragaan fesyen oleh model.

Sementara itu dalam sidang media, Siti Khadijah mengumumkan pelantikan Pengerusi terbaru iaitu Shafie Shamsuddin, 52, yang berpengalaman luas dalam dunia korporat di dalam dan luar negara. 

Saya percaya kami mempunyai pasukan yang dinamik, kreatif dan bersemangat dalam SKG yang diketuai Mohammad Munzir. Dengan perkongsian ini, kami akan bersama-sama membangunkan “ekosistem pengguna baharu” yang akan melangkaui sempadan negara. Kami juga bercita-cita untuk memupuk gaya hidup bermanfaat kepada semua pelanggan Siti Khadijah.

Shafie Shamsuddin

HEGIRA

Selaku peneraju hijab inovasi dan berinspirasi di Malaysia, jenama tudung yang terkenal dengan rekaan hijab sarung atau slip ons (The SO’s) dan PS laitu Pin & Style Hegira kini membuka cawangan kedua di Lembah Klang selepas Kota Bharu.

Lagi dekat dan senanglah peminat nak datang beli rekaan terbaru tudung mereka. Saya sendiri rasa kualiti kain tudung, jahitan dan corak Hegira sangat cantik dan amat berpatutan dengan harga yang ditawarkan.

Hegira juga adalah merupakan rakan kolaborasi Siti Khadijah. Jadi, kalau nak beli telekung boleh ke Siti Khadijah, kalau nak beli tudung boleh ke Hegira. Lokasi butik mereka sebelah-sebelah je.

Apa tunggu lagi? Jom ke butik <Siti Kadijah> dan <Hegira> sekarang di:

Lot L1-226 & 227 (New Wing),
1st Floor, IOI City Mall 2,
Lebuh IRC, IOI Resort City, 
62502 Putrajaya, Malaysia

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Translate »