Resepi Menarik Dari K-Forest Cooking Class

Saya berpeluang menyertai kelas memasak produk hasil pertanian dan perhutanan dari Korea anjuran Kfoodatmy bersama Destinasi TV dan Chef Fendi.

Teringat semasa saya di Jangsu, Korea dulu. Saya pernah makan san namul bibimbab – San bermaksud gunung dan Namul bermaksud tumbuhan jadi secara ringkas kita panggil wild greens atau ulam lah gitu. Boleh tekan Play je video bawah ni.

@zahirahanafi Bibimbab special ni takkan jumpa kat KL sebab dia guna sayuran dari gunung ganang di Korea je. Masuk list! #travelkorea #JomTravel #bibimbab #kfoodies #rakor โ™ฌ Hyehwadong (Original Sound Track Reply 1988) [Instrumental] – Bahasa Indonesia Version – Teddy Lee

Tak ingatlah saya apa nama ulam-ulaman tersebut tapi kebanyakkannya dicelur atau dilayurkan dengan sedikit minyak. Memang sangat sedap dan istimewa bagi orang yang sukakan sayuran dan ulaman seperti saya.

Dalam kelas yang diadakan pada 14/9/22 bertempat di TCH Foodworks, kami telah mencuba 4 jenis resepi yang menggunakan bahan-bahan yang diimport dari Korea.

Rupa-rupanya resepi-resepi tersebut adalah masakan yang biasa kita masak je tetapi dicampur atau digantikan dengan produk Korea. Pada saya ia idea yang sangat hebat untuk kita cuba ganti bahan-bahan yang dah jemu digunakan.

Jadi saya nak kongsikan kat sini 4 resepi tersebut yang cukup senang dan menarik yang pastinya anda boleh cuba. Terima kasih kepada Chef Fendi yang membantu dan melayan karenah kami sepanjang dalam kelas memasak tu.

Resepi Char Kuew Teow Shiitake Jeju

Bahan-bahan:
1 pek kuew teow (hor fun)
3 ulas bawang putih
2 biji telur
Taugeh
Daun kucai
Cendawan Shiitake
Cili hijau
3sb jus pomegranate
Minyak masak

Bahan perasa:
2sb sos cili
2sb sos tomato
1sb sos tiram
1sb kicap pekat
3sb sos kicap manis
1sk pes cili giling
Garam secukup rasa

Cara memasak:
Panaskan sedikit minyak.
Pecahkan telur, tunggu sekejap dan kacau telur seperti telur hancur.
Masukkan cendawan shiitake Jeju, bawang putih dan bahan perasa. 
Setelah sebati, masukkan kuew teow, taugeh dan daun kucai.
Ketepikan kuew teow dalam kuali, pecahkan telur, tunggu sekejap lepas tu gaul sebati dengan kuew teow tadi.
Siap.

Cili jeruk:
Potong cili hijau dan masukkan jus pomegranate. Itu saja.
Yang ni sedap betul kejadiannya. Tak sangka ringkas macam tu je tapi menjadi.

Sedikit info Cendawan Shiitake Jeju:
Cendawan yang tumbuh di dalam hutan di Pulau Jeju ni mempunyai rasa dan bau yang lebih kuat daripada cendawan biasa.
Ini menjadikan rasa umami tu lebih enak dan beraroma yang menyelerakan, walaupun tak letak kerang atau udang.

Resepi Telur Dadar Tiram dan Chwinamul Jeju

Bahan-bahan:
4 biji telur
10-15 ketul isi tiram segar
Shiitake mushroom
Chwinanul segenggam
Daun bawang
2sb jus pomegranate
Serbuk lada hitam
Garam 
Minyak masak

Cara memasak:
Pecahkan 2 biji telur dan pukul dengan garam dan serbuk lada hitam.
Tuang ke dalam kuali panas (api kecil).
Tabur cendawan shiitake dan chwinamul atas telur dadar.
Apabila hampir masak, lipat telur dadar menjadi separuh.
Tambah sedikit saja minyak atas bahagian kuali yang kosong dan masukkan isi tiram.
Masukkan jus pomegranate atas tiram dan goreng sampai tiram jadi bulat.
Pecahkan lagi 2 biji dah pukul seperti di atas.
Tuang telur tadi dan boleh tambah lagi cendawan dan chwinamul kalau nak.
Apabila telur hampur masak, lipat lagi.
Balikkan telur dengan cermat dan tunggu hingga masak.

Sedikit info Chwinamul Jeju (aster scaber):
Chwinamul adalah tumbuhan liar yang banyak didapati di pergunungan dan padang di Korea. Kaya dengan nutrisi dan rendah kalori. Rasa dia sedikit pedas2 pahit seperti biji sawi atau daun perilla. Batang daunnya juga sangat keras dan tak mampu dimakan.

Resepi Kerabu Udang Bokbunja

Bahan-bahan:
200gm udang dibuang kulit
1 biji mangga muda
3 batang kacang panjang
1sb jus bokbunja
1sb jus pomegranate
1 mangkuk karot diparut
1 cili merah
3 cili padi hijau
Kacang tanah hancur (kasar)
2 ulas bawang putih
2 tangkai daun ketumbar
Gula
Garam

Cara memasak:
Gorengkan udang (pan grill) dengan minyak sedikit.
Dah masak, ketepikan.
Sangai kacang tanah sampai masak.
Tumbuk separa hancur.

Satukan bahan-bahan di bawah dalam mangkuk:
Parut mangga dan karot seperti kerabu.
Hiris kacang panjang dalam 1 inci.
Hiris bulat cili padi.
Hiris memanjang cili merah.
Cincang bawang putih.

Sos kerabu:
Campur dan gaul sebati jus bokbunja, pomegranate, daun ketumbar yang dihiris, gula garam dan cili tadi.
Tuang ke dalam mangkuk kerabu.
Tambah udang dan kacang tanah tadi.
Gaul sebati dan sedia dihidang.

Sedikit info Bokbunja (black raspberry):
Buah ini tumbuh liar dan dikatakan mampu menaikkan tenaga lelaki dan merawat kesihatan wanita. Rasanya manis dan masam dan sedikit beralkali. Ia juga tinggi antioksida.

Resepi Puding Roti Omija

Bahan-bahan:
8 keping roti sandwich
4 biji telur
1/2 cawan jus omija
1 liter susu segar
4sb tepung kastard
2sk esen vanilla
Garam
Gula

Cara memasak:
Pecahkan semua telur dalam loyang dan pukul dengan garam dan gula.
Masukkan separuh susu segar dan gaul dengan telur.
Carikkan 5 keping roti terus ke dalam bancuhan telur.
Carikkan 3 keping roti dalam pinggan dan tuang jus omija ke atas roti.
Masukkan roti berjus omija tadi ke dalam loyang dan tekan roti supaya semua tenggelam dalam bancuhan telur.
Kukus sampai masak ~ 5-10 minit (kami masa ni terpaksa guna oven sebab tak ada pengukus).

Sos kastard:
Masukkan lebihan susu segar tadi dan campur tepung kastard dan gula.
Panaskan atas api kecil dan gaul sehingga pekat.

Sedikit Info Omija (schisandra berry):
Dikenali dengan gelaran 5-Flavour Berry – manis, masam, masin, pedas dan pahit) jus omija ada banyak khasiat yang baik untuk manusia. Lagi merah, lagi bagus. 

Nak tengok video masa hari tu ada kat bawah ni:

Semasa berada di Jangsu dulu, saya pernah minum jus omija segar yang eommoni buat. Buah omija tu tumbuh dengan banyak dekat kawasan rumah jadi eommoni buat jus dan botolkan dan kami enjoy omija tea pada musim sejuk.

Agak susah nak cari jus omija berbanding yuja, hallabong atau jujube tea kat Malaysia ni, tapi ada dijual di beberapa korean market dan pasaraya terpilih (buat masa ni).

Follow ig <Kfoodatmy> tau. Mana tahu kalau ada kelas macam ni lagi nanti anda bolehlah join pula. 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Translate ยป