Gaya Raya Berganda di KWC Fashion Wholesale

Tahun ini, saya berpeluang hadir menyaksikan KWC Raya Fashion Show 2026. Dari tempat duduk, saya dapat melihat pentas dihias penuh elegan untuk memberi fokus sepenuhnya kepada apa yang bakal dipersembahkan. Walaupun Ramadan masih belum bermula, suasana Raya sudah mula terasa di sini.

Pertunjukan bermula dengan satu persatu rekaan baju raya melangkah keluar. Baju kurung dengan potongan klasik tetapi diberi nafas baru melalui warna dan tekstur. Kebaya moden masih mengekalkan kelembutan wanita Melayu. Jubah pun turut diperagakan lengkap dengan kemilau batu bagi menampakkan kemewahan. Busana lelaki yang kemas dan segar, sesuai untuk pagi raya mahupun rumah terbuka. Fesyen untuk si cilik pun tidak ketinggalan tau. Menarik untuk menjadi pelengkap fesyen satu keluarga.

Apa yang saya suka, koleksi kali ini terasa sangat dekat dengan kehidupan sebenar. Bukan sekadar cantik di pentas, tetapi mudah dibayangkan dipakai ketika bersalaman dengan keluarga, berjalan ke rumah saudara atau bergambar bersama insan tersayang.

Trend Raya 2026 Yang Lebih Segar dan Praktikal

KWC memang terkenal sebagai syurga fesyen borong apatah lagi melihat sendiri bagaimana peruncit mereka mengangkat fesyen raya ke pentas peragaan dengan memberi perspektif yang berbeza.

Koleksi Sekali Lafaz antara yang paling menarik perhatian. Ada elemen tradisional tetapi dengan sentuhan warna yang lebih berani dan kontemporari.

Saya suka kerana ia menggambarkan realiti sebenar. Kita tidak hanya mahu nampak cantik tetapi mahu rasa selesa sepanjang hari.

Kemunculan Istimewa Iman Troye Hidupkan Pentas

Kemunculan Iman Troye benar-benar menjadi highlight. Selain terkenal sebagai penyanyi, beliau adalah simbol gaya generasi hari ini. Fesyen dan muzik bergabung dengan sangat natural. Semua orang di sekeliling saya terhibur dan mengeluarkan telefon untuk merakam momen itu.

Kempen Raya Bermula 19 Februari 2026

Fashion show ini sebenarnya pembuka kepada Kempen Raya KWC yang akan bermula secara rasmi pada 19 Februari 2026. Sepanjang kempen ini, pengunjung boleh menyertai program Beli dan Tebus dengan pelbagai hadiah seperti Sampul Raya eksklusif, bekas kaca dan kaserol kaca 2 liter.

Selain itu, akan ada pelbagai persembahan sepanjang Ramadan termasuk MESTICA, Azzam Sham dan demonstrasi memasak bersama Chef Che Matt.

KWC juga akan menganjurkan KWC Raya Fest dari 27 Februari hingga 2 Mac 2026 dengan waktu operasi dilanjutkan sehingga 10 malam. Salah satu acara yang saya rasa sangat unik ialah Bring Your Tiffin Potluck Iftar bersama LOCCO pada 28 Februari. Ia menggalakkan orang ramai berkongsi makanan dan menikmati iftar bersama.

“Raya bukan sekadar membeli belah, tetapi tentang hubungan, tradisi dan kegembiraan bersama. Kami mahu KWC menjadi tempat di mana semangat perayaan benar benar dirasai. Tempat orang ramai boleh membuat persiapan, meraikan detik istimewa dan mencipta kenangan indah bersama.” Fiona Bong, Centre Manager KWC Fashion Wholesale

Dengan ratusan peruncit fesyen, pilihan makanan Ramadan dan pelbagai aktiviti sepanjang kempen, KWC benar-benar menjadi destinasi sehenti untuk persiapan raya.

Bagi saya, pengalaman hadir sendiri ke fashion show ini membuatkan saya lebih teruja menyambut Ramadan dan raya tahun ini. Mood itu sudah bermula dan ia bermula di KWC Fashion Wholesale.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Translate »