Peter Principle: Pangkat Yang Perit

Semasa melayari TikTok pagi ni, saya ternampak satu komen yang dikongsi mengenai teori Peter Principle oleh pengajar Canada, Dr Laurence J. Peter.

Teori ini mengatakan di mana seorang pekerja akan ditawarkan kenaikan pangkat demi progres berbanding kemahiran mereka dalam jawatan yang sepatutnya, sehingga akhirnya pekerja itu gagal berkhidmat dengan baik.

Setiap tahun syarikat akan mengadakan penilaian terhadap prestasi pekerja. Pekerja yang dilihat cemerlang akan ditawarkan kenaikan pangkat dan biasanya kenaikan gaji juga.

Pekerja tadi pun mendaki satu demi satu tangga ‘menuju kejayaan’, bukan kerana lapar jawatan sangat tapi lebih kepada gaji yang sedikit lebih besar. Akhirnya beliau gagal dalam posisi baru sebab tidak mempunyai skil yang diperlukan. 

Di sinilah biasanya kita dengar manager yang tak reti manage, CEO yang incompetence, bos tak pandai buat kerja, coach yang gagal dan lain-lain. Tambah lagi kita dimomokkan dengan ungkapan ‘say yes first then learn how to do it’. Ungkapan yang saya benci sebab akhirnya menyusahkan semua orang.

Great power comes with great responsibilty.

Winston Churchill

Pekerja tadi pun burn out.

Sepatutnya syarikat patut beri lebih banyak bonus dan naik gaji yang tinggi tanpa perlu mengumpan pekerja dengan ‘internal promotion’ pun. Bayar pekerja bukan ikut pangkat tapi kemahiran bertahun-tahun di posisi sama itu lebih berharga.

Dan masyarakat pun janganlah memandang pangkat semata-mata baru nak cakap, oh dia hebat.

Lalu saya pun teringat kisah saya semasa bekerja makan gaji dulu. Masa tu memang tak ingin naik pangkat, sebab saya tengok manager selalu masuk meeting dan balik lambat.

Sedangkan saya dan team boleh dapat income lebih tinggi berganda2 daripada beliau. Masa tu terfikir juga taknak ke saya cuba bertanyakan kenaikan pangkat atau cari kerja lain dengan pangkat lebih tinggi?

Terus tak nak fikir, sebab memang tak nak banyak tanggungjawab dan lebih suka bebas.

Nak dijadikan cerita akhirnya saya ditukarkan ke jawatan lain atas sebab kesihatan. Mulanya saya okay, boleh juga intai peluang lain yang ada dalam syarikat, kan?

Malangnya memang langsung tak kena dengan jiwa. Pendek cerita lepas tu saya letak jawatan dan buat kerja sendiri sebagai ‘freelancer’ dengan upah yang jauh lebih rendah tapi jauh lebih bahagia. Macam mana tu? Ha ha.

Korang yang biasa tengok posts saya dalam Facebook mesti tahu saya ada membuat kerja dengan syarikat jualan langsung. Ya betul saya pernah naik level sebagai pengurus jualan.

Nak tahu tak masa tu dalam hati, saya cakap, Aku akan stay kat level ni je, cukuplah makan komisen satu level ni. Kalau naik lagi pangkat semata-mata nak ikut orang lain tu aku taknak pergi meeting balik malam dan buat report tu semua.

That’s not what I signed up for. Even kerja makan gaji dulu pun kemain sayang tinggal meja, tapi kerja pm tepi macam ni nak pula terikat dan lebih banyak responsibilities?

Memang betul tak lama lepas tu saya demote diri sendiri sebagai ejen biasa dan hidup lebih selesa. Apatah lagi saya yang mempunyai keupayaan yang terhad lebih mementingkan kesihatan mental dan fizikal sendiri.

Peter Principle ni memang betul kena dengan orang macam saya. Memilih buat kerja yang sesuai berbanding naik pangkat. Kalau dah semua nak naik pangkat, apa yang tinggal kat bawah?

Syarikat juga rugi kerana pekerja yang berkemahiran tinggi tadi akhirnya mencapai ‘puncak terakhir’ dan tak lagi dapat ditawarkan apa-apa kenaikan.

Kesilapan yang teramat mahal.

Nak tengok benda2 best dalam TikTok tapi taknak benda merepek lalu kat page? Mungkin korang kena follow saya lah sebab saya biasa layan benda ilmiah je kat situ.

Tekan <link ni untuk mendaftar>. Masukkan Kod Referal:

BE9476501

@rod If we were honest in our quarterly reviews. Could do a whole series on this #work #corporate #employee #9to5 ♬ original sound – Rod

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Translate »