Kalau ini kali pertama anda nak cuba makanan Vietnam, atau anda nak tahu lagi mendalam tentang itu, teruskan membaca. Saya berpeluang berjumpa dengan pemilik restoren Rasa Viet yang telah membantu saya memahami cara makan yang betul mengikut cara orang Vietnam.
Sebenarnya kalau anda dah biasa makan makanan Thai, pasti tak ada masalah untuk menyesuaikan selera dengan makanan Vietnam sebab bahan-bahan yang digunakan adalah sama, cuma cara memasak dan mungkin makan itu berbeza sedikit.
Sama seperti masakan Thai, masakan Vietnam juga banyak menggunakan sos ikan sebagai perasa dalam makanan. Tetapi, sos ikan Vietnam ada 2 jenis; satu untuk memasak (rasa dan bau lebih kuat) dan satu lagi untuk cicah (rasa lebih ringan dan jernih).
Sebagai pembuka selera (appetizer), saya dihidangkan dengan Summer Rolls (goi cuon).
Macam mana nak tahu makanan tu cecah dengan sos yang mana? Caranya ialah anda padankan makanan dengan sos pencicah yang dekat dengannya. Akhir sekali, makanan yang paling jauh adalah untuk sos pencicah yang paling jauh.
Tapi tak semestinya anda cecah semua pun, boleh je makan tanpa sos pencicah. Tapi kan nak makan gaya orang Vietnam, kenalah tahu urutan dan tertib makan, kan?
Pho adalah makanan yang popular dan sinonim dengan Vietnam. Sup daging direbus sehingga 15 jam menjadikan sup lebih jernih. Pho adalah makanan yang boleh diubahsuai mengikut selera anda.
Apabila anda memesan pho, anda akan dihidangkan dengan sos ikan, cili dan sambal. Mula-mula anda mesti rasa sup yang asli. Kemudian anda perahkan limau, sesuaikan rasa masam-masam di lidah. Lepas tu masukkan sedikit demi sedikit sos ikan dan sambal mengikut citarasa anda, jika perlu. Saya lebih suka rasa sup yang asli dengan sedikit limau dan sambal.
Hello?
Is it me you’re looking pho?
Menarik, kan? Sebab setiap orang mempunyai citarasa yang berlainan. Ada juga pho ayam, itik, udang dan daging biasa (daging special mengandungi urat keting dan perut).
Boleh tonton video cara makan dibawah ni (tekan Play> je).
@zahirahanafi Pho is customizable. Bukan hambar. #phovietnam #rasaviet #vietnamfood #jommakan #JomTravel ♬ Spongebob Tomfoolery – Dante9k Remix – David Snell
Kopi Vietnam sangat popular di Malaysia. Kali ni saya cuba drip coffee. Kenalah tunggu kopi menitis perlahan-lahan jatuh dalam gelas yang sudah diisi susu pekat manis.
Lepas dah berhenti menitis, boleh angkat bekas drip dan kacau kopi dengan susu tadi. Kemudian saya tuang ke dalam gelas berisi ais. Fuh rasanya begitu nikmat sekali.
Pekat, ada rasa “nutty” tapi lembut (smooth) je masuk tekak. Anda kena cuba sendiri kopi Vietnam asli ni dekat Rasa Viet.
Cara handle Vietnamese drip coffee dengan cermat boleh tengok video ni.
@zahirahanafi Buat sendiri kopi Vietnam? On tak on! #MakanLokal #JomTravel #TravelLocal #vietnamcoffee #rasaviet ♬ About Damn Time – Lizzo
Vietnamese creme caramel (bahn flan) ni memang pertama kali saya cuba. Rupanya begitu cantik dan licin seperti mentega. Saat masuk ke dalam mulut, deria saya terus menghantar maklumat ke otak untuk menafsir bahan-bahan yang mungkin digunakan.
Saya bertanya, adakah ia menggunakan susu pekat manis? Ya, memang betul tekaan saya sebab rasanya yang pekat dan lemak berkrim. Berbeza dengan puding gula hangus Melayu yang menggunakan susu sejat dan resepi mat saleh pula guna whole milk.
Bahn flan ni tiada buih langsung sebab ditapis sebelum dikukus. Itu yang memberikan tekstur dan rupa yang menarik dan rasanya yang mewah.
Akhir sekali saya cuba Sizzling Pancake DIY (bahn xeo). Yessssss anda boleh gulung sendiri popiah di sini.
Apa yang berbeza popiah ini ialah anda akan letak lempeng rangup kat dalam. Saya ingatkan lempeng sayuran biasa saja tapi rasanya amat enak. Antara bahan utama ialah kacang hijau (mung bean) dan seperti ada udang di dalamnya.
Menu ni wajib cuba. Gulung-gulung je macam popiah tapi kena hati-hati jangan sampai koyak kulit popiah tu. Tips masa rendam kulit popiah ialah celup sesaat je, jangan lama. Nanti dia lembut sendiri.
Saya memang seorang yang suka belajar tentang makanan apatah lagi makanan tradisi yang mempunyai jalan cerita dan urutan atau cara makan yang betul. Benda ni penting sebab kalau tidak, kita tak dapat nak menikmati keenakan sebenar makanan tu.
Anda yang nak merasai makanan Vietnam authentic macam ni boleh ke:
Restoran Rasa Viet (bahan-bahan disahkan halal)
G-3A, Level Ground
The Sphere, Bangsar South
Buka setiap hari
11am-4pm & 5pm-10pm