

Melangkah masuk ke outlet baru Pak John BBQ, Dim Sum & Steamboat di Great Eastern Mall (GEM), Jalan Ampang, Kuala Lumpur terasa seperti nak makan buffet di hotel terkemuka. Ambience yang bersih, cerah dan selesa membuatkan saya tak sabar dan terus mencapai kamera fon sebab nak berkongsi semuanya dengan korang.


Outlet dekat GEM adalah Pak John’s Flagship Outlet dan kalau tak silap adalah outlet yang paling besar setakat ini juga. Siap ada 2 bilik VIP dan salah-satunya boleh berkaraoke sambil berstimbot. Pakej ni sesuai untuk get together office team atau keluarga, sambutan hari jadi atau private event seperti bridal shower baby shower tu kan, mesti fun and havoc.
Mungkin korang rasa “Oh just another steamboat restaurant..” Tapi mari saya nak bagitahu antara keistimewaan Pak John BBQ, Dim Sum & Steamboat di sini.


Tersedia 6 jenis sup (tomyam, ayam, ikan, udang, kimchi, kari). Setiap meja boleh pilih 2 sup.


Pelbagai pilihan sos homemade (ada sauce bar sendiri ya lengkap dengan condiments and garnishes – ada 20 pilihan semuanya!).
Tengok saya share my special mixed sauces kat sini 😀
@zahirahanafi New challenge: Who can mix steamboat sauce better 😆 #pakjohnsteamboat #pakjohngreateastern #MakanLokal #steamboatviral ♬ Puddy Puddy – Drip Central


Pelbagai pilihan menu masakan panas (nasi/mee/bihun/spaghetti) dan juga pau stim dan dimsum panas-panas.


Pelbagai pilihan menu goreng (nugget, wedges, tempura, popia, samosa).


Pelbagai pilihan surimi, noodles & ramen, sayur, makanan laut segar seperti sotong, siput dan udang & marinated items (ayam, lembu, kambing) untuk steamboat & bbq.


Pelbagai pilihan dessert – waffle, ABC, buah-buahan dan puding.
Dan yang paling special:


Pilihan Daging Hiris premium atau premium sliced meat (Ayam, Daging Premium, Daging Kambing Premium, Itik Salai, Abalone).
Yang ini kena request, tapi memang syok. Boleh pusing2 daging hiris tu dan celup dlm sup menggelegak 10 saat. Segar dan lembut rasanya.
Korang boleh play video ni. Tekan je Play> takde app TikTok pun boleh view 😀
@zahirahanafi Pusing2 daging it is. Thanks TikTok ajar benda ni😄 #steamboatviral #MakanLokal #pakjohnsteamboat ♬ Funny Song – Cavendish Music
Yang ni pula hanya di outlet Great Eastern Mall sahaja:


Pelbagai pilihan sushi homemade. Sedap sangat pada saya sebab nasi dia sikit tapi topping besar haha.
Sekarang sedang berlangsung promo seperti berikut:
⭐Birthday Promo – Birthday Girl / Boy dapat makan secara percuma & dapat waffle cake secara percuma.
⭐Kanak-kanak bawah 6 tahun dapat makan percuma.
⭐Harga istimewa buat pelajar / warga emas / OKU
Dan yang lagi special sempena pembukaan outlet Great Eastern Mall:
⭐Beli 3 Percuma 1 (untuk tempoh masa terhad – lekas ke GEM sekarang).


Lagi satu nak tambah, Pak John ni guna dapur yang besar (2 tempat sup dan 1 papan grill) dan mempunyai sistem penapis udara yang power.
Nampak tak besi ruang udara kat tepi tu? Haa lepas korang masak2 baju tu takde bau asap minyak tu semua disedut ke tepi, di filter dan dilepaskan udara bersih. Cool gile!


Untuk pengetahuan pembaca, Pak John BBQ, Dim Sum & Steamboat kini mempunyai 4 cawangan & cawangan selain Great Eastern Mall ialah IOI City Mall, Tropicana Gardens Mall & Aeon Kota Bharu.
Pihak pengurusan Pak John juga dalam proses untuk membuka lebih banyak outlet di luar Lembah Klang. Yay! Nanti jangan lupa ke Pak John BBQ, Dim Sum & Steamboat dan enjoy the best halal steamboat.
P/s: Setiap outlet ada menu special tau, so visit their Instagram and inquire.