Saya ingat ayam goreng yang sedap mesti diperap semalaman. Kita nak goreng kunyit pun perap jap dengan garam kan.
Tapi bila saya tengok sendiri macam mana ayam goreng Pala Loco Fry ni disediakan, baru saya faham ada banyak faktor dan teknik.
Terletak di tepi jalan antara Balakong dan Bandar Damai Perdana, ada satu gerai ayam goreng yang dikenali oleh penduduk setempat yang biasa lalu jalan Bukit Belimbing.
Sambil tunggu order siap saya berborak dengan owner. Owner ni dulu memang tukang masak, pernah kerja dekat restoren dan hotel dan sejak tahun lepas beliau meniaga sendiri.
Ayam Pala Loco Fry ni guna ayam segar sahaja, bukan ayam sejuk beku. Ini salah satu benda penting yang owner tekankan. Daging ayam diletakkan dalam bekas yang diisi air batu untuk kesegaran, memandangkan ini gerai tepi jalan kan.
Saya memang tahu ayam korea yang crispy tu pun guna teknik double fry sebab tu walaupun disalut sos bagai, ayam tu kekal rangup walaupun dah sejuk. Sebenarnya teknik tu digunakan jugak oleh Nasi Ayam Kak Wok, sebab tu ayamnya sedap sangat. Juicy kat dalam tapi rangup kat luar, betul tak?
Lagi satu, ayam Pala Loco Fry ni digoreng bila ada customer order je. Owner takkan goreng awal-awal lepas tu letak atas rak display, reheat dan serve. Double fry tu memang dia buat time dapat order tu je.
Sangat tak sama lah dengan ayam singgit or pasar malam tu gais.. Ha sebab tu ayam goreng ni fresh, juicy, crispy and tasty. Yang penting owner cakap, Allah swt bagi sedap, insyaAllah korang puas hati.
Menu kat gerai ni memang ayam je. Antara menu tu ialah ayam goreng boneless atau wings dengan pilihan sos seperti sos keju, pedas, salted egg atau pala loco mix.
Ada juga burger, wrap, meatball, fries dan chicken chop juga dengan pilihan perisa sos diatas termasuk blackpepper.
Price wise sangatlah berpatutan, kalau nak compare dekat shopping mall tu beza dua kali ganda malah lebih kot.
@zahiragram Skrg baru tahu knp regular customers selalu repeat ayam ni. Owner dia chef sendiri. Jom serbu! #MakanLokal #ChefTikTok #tiktokguru ♬ Dream of Traveling – Official Sound Studio
Gerai ni ada juga juga servis delivery guna ShopeeFood dan GrabFood. Selamat mencuba.
Pala Loco Fry
📍Taman Bukit Belimbing, Balakong, Seri Kembangan
Buka setiap hari (Rabu cuti)
5pm – 10pm sampai habis
Owner Muslim – Halal✅