Popular di TikTok, saya pun mencuba clay mask yang menjadi buah mulut sekarang ni. Clay mask anti jerawat dan pori dari Skintific ini mengetengahkan bahan utama – Mugwort. Sekali dengar macam berasal dari Hogward , so adakah bahan ini berkesan seperti magik?
Mugwort sangat popular di Korea (in fact, tempat asal kegilaan terhadap mugwort dalam produk penjagaan wajah). Di sana, mugwort adalah sejenis herba yang amat bagus untuk kerana bersifat antibakteria, antifungal dan mempunyai sifat memulihkan keadaan kulit bermasalah.
Sekali tengok, rupa mugwort ni seperti ulam raja, kan? Tapi sebenarnya sama tak serupa kerana nama saintifik ulam raja ialah cosmos caudatus.
Tumbuhan herba ini jika dikonsum seperti teh, dikatakan boleh melegakan masalah menstruasi seperti senggugut. Rebusan mugwort boleh dibuat air rendaman semasa mandi untuk menaikkan kesegaran badan.
Jika untuk penjagaan wajah, mugwort berkesan untuk merawat kondisi kulit yang mudah breakout seperti acne, kulit sensitif kemerahan dan iritasi.
Selain itu, wanita berusia juga mendapat faedah langsung daripada mugwort kerana ia bersifat antioksida, merangsang kolagen, menepis kerosakan kulit akibat terdedah kepada sinaran uv, menghilangkan garis halus dan melambatkan penuaan. Pendek kata, memang berseri-seri lah wajah jika mengamalkan masker clay Skintific ni.
Cara nak gunakan masker ni simpe je, sama seperti masker lain. Saya set masa selama 15 minit. Perlu diingatkan masker ni masih rasa lembap-lembap walaupun dah times up, korang jangan biar clay mask lebih 15 minit atau sampai masker kering merekah-rekah, sebab nanti akan terjadi kesan buruk, iaitu kulit akan overdry!
Lagi satu, selain bahan magik mugwort, clay mask Skintific ini juga mengandungi bahan utama Niacinamide dan Salicylic Acid sebagai booster agar kulit wajah lebih cerah berseri. Sangat ramai dah pengguna berpuas hati dengan masker ni terutama yang struggle dengan masalah acne dan kulit merah-merah kesan jerawat.
Amalkan masker ni 1-2 kali seminggu atau jika kulit perlukan ‘soothing time’. Selamat mencuba.
Berminat nak beli, tekan je link kat bawah ni:
Buy Here: SKINTIFIC Mugwort – Anti Pores & Acne Clay Mask
Tonton video saya sekali di sini 🙂
@zahiragram Produk gentle tapi berkesan. The best clay mask get it now Under RM30 je gaisss #ttsbeautysecret #ttsboleh #racuntiktok #skintificmy #skincarehack #volcanicclaymask
♬ Bymyside – Official Sound Studio