
Saya telah dijemput menghadiri satu acara yang sangat unik dan sedap. Ya, sedap sebab ia berkisar tentang sup halal gaya gourmet pertama di Malaysia daripada jenama AJI-YA. Acara ini diberi nama ‘Soup-erlicious Party’dan berlangsung di Christine’s Bakery, Pavilion Damansara Heights.
Suasana acara memang meriah dan welcoming. Dari pintu masuk lagi saya dah disambut dengan photobooth interaktif (memang port wajib untuk ambil gambar cantik!) dan peraduan media sosial yang buat semua orang excited nak menang hadiah.
AJI-YA memperkenalkan tiga perisa utama: Cendawan, Jagung dan Sayuran. Apabila saya rasa sendiri.. mind blown! Sup dia rasa macam homemade tapi siap dalam masa 2 minit je. Yang paling penting, tiada MSG, tiada pengawet, tiada pewarna tiruan. Semuanya dari bahan sebenar dan 100% halal. Sesuai sangat untuk kita yang selalu sibuk tapi tetap nak makan sedap dan sihat.

Salah satu momen paling menarik ialah sesi pelancaran rasmi produk di mana wakil-wakil dari MATRADE dan CEO AJI-YA sendiri, En Leon Goh telah melancarkan rangkaian sup ini dengan gimik yang sangat lively. Dalam ucapannya, beliau berkata, “Taste speaks louder than words” dan saya setuju! Sebab bila rasa sup ni, memang tak perlu banyak kata. Rasa dia dah cukup memikat.
Lepas tu, ada aktiviti menarik untuk tetamu iaitu “From Our Bowl to Your Heart”. Kami diminta menulis nota manis tentang AJI-YA dan tampal di dinding interaktif.
Kemudian, ada pertandingan “Snap Your Bowl, Show Your Glow”. Memang kami semua berlumba-lumba nak ambil gambar paling kreatif dengan sup masing-masing. Pemenang dapat baucar tunai eksklusif tajaan Christine’s Bakery! Best kan?
Acara ditutup dengan sesi bergambar ramai dan pemberian hadiah seterusnya. Yours truly menang sejambak Soup Bouquet untuk pertandingan Social Media Post. Comel! Tapi yang paling saya rasa bermakna ialah rasa puas dan excited sebab jumpa produk yang betul-betul praktikal, sedap dan menjaga kualiti halal.
AJI-YA bukan sekadar sup segera. Ia adalah comfort food moden yang sesuai dengan gaya hidup kita hari ini. Nak makan cepat, tapi tak nak kompromi dari segi rasa dan kesihatan? AJI-YA Gourmet Soup ni lah jawapannya.
Jadi kalau korang belum cuba lagi, trust me ini bukan sup biasa. Ini gourmet made easy.