
Peminat Siti Nurhaliza, Jom Naik Genting. Konsert Ulang Tahun ke-30 “Violet Skies” Menunggu Anda!
Okay, siapa dekat sini yang membesar dengan lagu-lagu Dato’ Sri Siti Nurhaliza? Angkat tangan Kalau anda salah seorang peminat tegar, berita ni memang untuk anda. Dato’ Siti bakal buat persembahan khas sempena 30 tahun perjalanan seni beliau dan korang boleh jadi sebahagian dari malam penuh magis tu!
Konsert “Violet Skies: Dato’ Sri Siti Nurhaliza Live In Arena Of Stars” akan berlangsung di Arena of Stars, Resorts World Genting pada 5 & 6 Julai 2025, jam 8:30 malam. Bukan biasa-biasa okay. Ini pentas besar, vokal padu, produksi mantap dan barisan lagu ikonik yang akan buat kita semua throwback zaman-zaman muda dulu!
Bayangkan, satu malam dengan aura Siti yang sentiasa memukau, suara yang tak pernah gagal buat kita meremang bulu roma dan suasana sejuk nyaman di Genting. Aduh, perfect!
Tiket akan mula dijual pada 30 April 2025, jam 3 petang. So, siap-siapkan alarm dan dompet ya! Harga tiket bermula dari:
• RM768 (VIP)
• RM658 (PS1)
• RM528 (PS2)
• RM398 (PS3)
• RM278 (PS4)
Dan untuk korang yang ada Genting Rewards Card, good news! Ada diskaun 10% untuk tiket VIP sampai PS3. Boleh bayar tunai, kad atau guna mata ganjaran. Tapi ada caj pemprosesan RM4 untuk setiap tiket ya, just so you know.
Kalau tahun lepas dua konsert Siti habis sold out, tahun ni saya yakin akan lagi dasyat. Konsert ni bukan sekadar persembahan, tapi satu kenangan yang akan diingati seumur hidup. Muzik, emosi dan nostalgia semua dalam satu malam. Let’s celebrate 30 tahun kegemilangan bersama penyanyi no.1 negara!
Untuk info lanjut dan beli tiket nanti, lawati: www.rwgenting.com