Naturmeric Jadi Pelopor Inovasi Kesihatan Berasaskan Kunyit Hitam Tulen

Dalam dunia perubatan moden, semakin banyak kajian menekankan kepentingan bahan semula jadi dalam menangani masalah kesihatan kronik seperti kunyit hitam. Namun hari ini, terlalu banyak produk di pasaran yang mengelirukan pengguna dengan mendakwa menjual Kunyit Hitam (Curcuma caesia) , tetapi sebenarnya ia adalah Halia Hitam.

Mengambil tanggungjawab mendidik pengguna akan keaslian Kunyit Hitam dan membantu memberikan penyelesaian yang berpotensi agar memberi kesan yang positif kepada masyarakat mencapai tahap kesihatan yang lebih baik dengan cara semula jadi yang lebih selamat, Ketua Pengarah Eksekutif Naturmeric, Ahmad Radhi Zakaria berkata, pihaknya menjalankan pemeriksaan kepada produk-produk yang mengakui menggunakan kunyit hitam namun setelah dijalankan ujian di makmal, bahan yang digunakan ialah Halia Hitam (Kaempferia parviflora).

“Kunyit Hitam atau dalam bahasa saintifik dipanggil Curcuma caesia dan ia sangat sukar diperolehi dan hanya boleh didapati di beberapa lokasi spesifik di India seperti Madhya Pradesh. Khasiatnya sangat banyak dan membantu merawat keradangan.

“Kita sering dengar tentang pelbagai penyakit kronik seperti darah tinggi, sakit jantung, diabetes, arthritis, dan kanser. Tetapi, tahukah anda bahawa sehingga 70 peratus daripada masalah kesihatan ini berpunca daripada keradangan kronik?

“Kajian juga menunjukkan bahawa 70 peratus hingga 80 peratus penyakit kronik mempunyai kaitan langsung dengan keradangan dalam badan. Ini termasuk penyakit yang mungkin kita anggap biasa, seperti sakit sendi, keletihan melampau, dan masalah imuniti yang lemah,” katanya.

Ketua Pegawai Eksekutif Naturmeric, Shah Hafiz Borhannudin (dua dari kanan) bersama Pengarah Penyelidik Naturmeric Prof Intan Safinar Ismail (tiga dari kiri) berkerjasama dalam membangunkan produk berasaskan kunyit hitam tulen bagi membantu isu kesihatan kronik berkaitan keradangan.

Mahu memberikan yang terbaik kepada pengguna, pihaknya menerusi Naturmeric membangunkan satu inovasi kesihatan berasaskan Kunyit Hitam Tulen melalui penyelidikan saintifik dan perubatan moden. Produk ini telah diuji secara saintifik di Makmal Penyelidikan Ubat dan Produk Semula Jadi, Institut Biosains, Universiti Putra Malaysia (UPM).

Atas kiri ke kanan: Proses identifikasi metabolit via NMR Spectroscopy dan GCMS.

Naturmeric diformulasikan menggunakan Kunyit Hitam Tulen yang disahkan oleh UPM serta menjalani ujian keselamatan di makmal yang diiktiraf dan dipercayai. Selain itu, Naturmeric dan Naturmeds UPM juga sedang menjalankan kajian lebih mendalam tentang potensi manfaat Kunyit Hitam dalam kesihatan manusia. Lebih menarik, produk ini dipantau dan disahkan oleh penyelidik terkemuka, Profesor Madya Dr. Intan Safinar Ismail. Dr Intan telah mengetuai lebih daripada 10 projek penyelidikan mengenai Kunyit Hitam sepanjang kerjayanya dalam bidang akademik.

“Kajian daripada satu-satu jenis herba bukanlah semudah keringkan daun dan masukkan ke dalam uncang teh dan dijual. Kami sedang mengorak langkah sehingga hasil kepada penyelidikan klinikal di mana peringkat pertama kami akan melalui proses in vitro di mana sela atau enzim diasingkan daripada badan dan melihat dari satu organisma. Kemudian langkah kedua ialah pra-klinikal ke atas Zebra Fish, sejenis ikan yang mempunyai genetic ‘make up’ 70 peratus seperti manusia dan sehingga ke peringkat seterusnya.

“Kami percaya tanpa bukti saintifik, produk tidak boleh ke depan. Ia harus bermula dengan ketulenan kerana ia sangat penting dalam produk. Maklumat yang salah adalah satu jenayah bagi saya. Pengusaha produk perlu mementingkan ‘medicine security’ kerana keselamatan pengguna sangat penting. Saya sendiri tidak percaya kepada testimoni. Kami menjalankan kajian dari 2021 sehingga 2023 hanya untuk memeriksa ketulenan Kunyit Hitam,” jelasnya yang kini menyertai Naturmeric sebagai Pengarah Penyelidikan.

Kunyit Hitam terkenal sebagai salah satu agen penyembuhan anti-radang terbaik antaranya membantu mengurangkan keradangan dan melawan radikal bebas, menyokong kesihatan jantung dan sendi, menguatkan sistem imun dan meningkatkan tenaga dan ketahanan. Naturmeric hadir sebagai solusi semula jadi yang berpotensi memberikan impak positif kepada kesihatan masyarakat. Dengan lebih banyak kesedaran mengenai kehebatan Kunyit Hitam (Curcuma caesia), Naturmeric diharapkan dapat membantu ramai orang mencapai kesihatan yang lebih baik secara semula jadi dan selamat.

1 thought on “Naturmeric Jadi Pelopor Inovasi Kesihatan Berasaskan Kunyit Hitam Tulen”

  1. Nampaknya Naturmeric memang serius dalam memastikan ketulenan Kunyit Hitam yang sebenar! Banyak produk di pasaran yang claim macam-macam, tapi tak semua ada kajian saintifik yang betul. Bagus bila ada usaha untuk educate pengguna supaya tak tertipu dengan Halia Hitam yang disalah label.

    Btw, kalau betul Kunyit Hitam ni power untuk kesihatan, menarik jugak nak tahu lebih lanjut pasal kajian di UPM tu. Ada sesiapa pernah cuba Naturmeric? Macam mana pengalaman korang? 🤔

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Translate »