
Bertempat di TCH Foodworks, U.S Potatoes telah menjemput saya dan rakan-rakan media dan pempengaruh dalam satu acara yang dinamakan Pengembaraan U.S. Potatoes di Dapur Nusantara. Acara ini berlangsung dari jam 10:30 pagi hingga 2 petang dan menampilkan pelbagai aktiviti seperti demonstrasi memasak serta aktiviti interaktif.
Sejurus memasuki ruang acara TCH Foodworks ni, saya terpukau melihat Potato Showcase yang dihias dengan cantik dengan pelbagai jenis kentang segar dari U.S. termasuk jenis Russet, Red dan Purple serta pelbagai potongan kentang sejuk beku dan campuran kentang lenyek segera dari U.S. Sudah tentu saya dan tetamu lain merakamkan kenangan di photo booth khas dan menyertai peraduan media sosial di mana saya adalah salah seorang dari pemenang yang membawa pulang Bakul Kentang istimewa yang cantik!

Seterusnya acara memasak secara langsung yang amat dinanti-nantikan. Acara ini menyatukan dua maestro kulinari terkenal — Chef Bob dari Malaysia dan Chef Imran dari Singapura — dalam kolaborasi istimewa merentasi sempadan bagi meraikan kepelbagaian dan keistimewaan U.S. Potatoes. Kedua-dua chef telah mempersembahkan hidangan inovatif dan istimewa berasaskan U.S. Potatoes dan bagaimana bahan asas ini boleh diolah menjadi sajian tempatan yang lazat. Sangat menarik melihatkan kentang boleh menggantikan bahan-bahan utama dalam masakan seperti hash brown dijadikan pizza crust dan tatter tots dicucuk seperti sate dan dicicah kuah kacang.

Resipi istimewa yang dihasilkan oleh Chef Bob adalah U.S. Russet Potato Sambal Lodeh, Lontong U.S. Hash Brown dan U.S. Russet Potatoes and Berries Strudel with Ice-Cream manakala resepi dari Chef Imran adalah U.S. Potatoes Loaded Daging Salai Potato Wedges, U.S. Potatoes Bergedil Pasta with Sambal Kekapis dan U.S. Potatoes Donuts with Orange Cream.
Selain demonstrasi memasak secara langsung dan sesi merasa makanan, terdapat juga aktiviti interaktif seperti mewarna dan menjawab soalan. Paling seronok adalah aktiviti menyusun sendiri platter kentang dengan Kuih Bakar Kentang, Angku Kuih Kentang, Donut Kentang, Puding Kentang, Samosa dan Tauhu Bergedil.

Terima kasih U.S Potatoes kerana membawa saya dan rakan-rakan yang lain melalui pengembaraan gastronomi yang luar biasa di tengah-tengah Nusantara ini.