TAMASHII SPOT POP UP X ULTRA HEROES 2024

Saya berpeluang menghadiri acara pembukaan TAMASHII SPOT POP UP X ULTRA HEROES 2024 di Pusat Beli-Belah MyTOWN, Kuala Lumpur pada 18 Oktober 2024 dan ia benar-benar melebihi jangkaan saya! Sebagai peminat lama Ultraman, acara ini seperti membawa saya masuk ke dunia imaginasi di zaman kanak-kanak dahulu.

Saat melangkah masuk ke ruang pameran, saya dapat merasakan suasana penuh kegembiraan dan keterujaan. Di kiri kanan pintu masuk terletak patung sebesar manusia Ultraman Arc, hero terbaru dan Ultraman Zero. Di luar juga, barisan panjang peminat fanatik juga telah berkumpul dengan penuh semangat semenjak pagi.

Tarikan Utama: Ultraman Arc

Tak usah diperkatakan lagi, patung Ultraman Arc bersaiz manusia adalah tarikan utama di acara ini. Berdiri penuh megah di atas podium, patung ini sangat mengagumkan. Saya merasa sungguh takjub lebih-lebih lagi apabila ia berdasarkan siri S.H.Figuarts yang terkenal dengan kualiti perincian sebenar. Sudah tentu, saya tidak ketinggalan merakam gambar bersamanya.

Persembahan langsung adalah salah satu kemuncak hari ini. Saya hadir untuk menyaksikan persembahan pertama pada jam 11 pagi dan ia sangat mendebarkan. Ultraman Arc dan Ultraman Zero beraksi di atas pentas dalam satu pertempuran bersama dua makhluk raksasa yang berlangsung selama 20 minit. Tenaga pelakon, ditambah dengan kesan khas atas skrin besar dan muzik yang mantap, menjadikan pengalaman ini seperti menonton episod Ultraman secara langsung. Pergerakan mereka juga sangat tepat dan jitu. Tiada kata yang dapat menterjemahkan perasaan saya sebab itu anda perlu datang sendiri menyaksikannya. Durasi yang lebih panjang daripada tahun lepas memberikan jalan cerita yang lebih lengkap dan kami semua terpukau dari awal hingga akhir.

@zahiragram Meet the Ultraman from 19-27 Oct '24 @ 1, 3, 6 pm đź“ŤMyTown KL. Limited ticket so hurry! TAMASHII SPOT POP UP X ULTRA HEROES 2024 #Tamashiispotpopup2024 #Ultraheroes2024 #UltramanArc #TamashiiNations @Bandai Toys & Collectibles ♬ original sound – Zahira | Travel •Taste •Tour

Figura Eksklusif dan Barangan Edisi Terhad

Sudah tentu, saya tidak meninggalkan acara ini tanpa melawat bahagian jualan. Bahagian Tamashii Nations penuh dengan figura eksklusif yang hanya boleh didapati di acara ini dan tidak harus dilepaskan terutama untuk para pengumpul. Antara yang menarik perhatian saya tentulah figura S.H.Figuarts Ultraman Arc. Perinciannya sangat mengagumkan, dengan setiap otot dan ciri tubuh yang diukir dengan teliti. Saya juga tertarik dengan Ultraman Belial – Clear Color Ver. yang merupakan edisi terhad.

Terdapat juga figura popular lain dari siri DRAGONBALL, ONE PIECE dan DEMON SLAYER yang turut dijual di sana.

TAMASHI NATION STORE

Sesi Ramah Mesra dengan Ultra Heroes

Bagi mereka yang berbelanja RM200 atau membeli figura Ultraman Arc akan berpeluang bergambar bersama Ultraman Arc dan Ultraman Zero. Bertemu dengan hero ini secara dekat adalah pengalaman yang luar biasa, terutama apabila saya dapat bergaya bersama mereka dalam pose pertempuran! Namun begitu tiket adalah terhad, saya berharap anda juga akan berjaya mendapatkannya kerana pada saya inilah tarikan ulung di acara ini.

Secara keseluruhannya, TAMASHII SPOT POP UP X ULTRA HEROES 2024 adalah pengalaman yang tidak akan saya lupakan. Persembahan langsung yang mengagumkan, figura yang dipamerkan yang sangat berkualiti tinggi dan suasana di tempat acara yang penuh dengan kegembiraan yang hanya dapat dirasai oleh peminat sejati.

Jika anda berada di Kuala Lumpur atau kawasan berdekatan, saya sangat mengesyorkan anda untuk mengunjungi acara ini sebelum ia tamat pada 27 Oktober 2024. Walau anda bukan peminat fanatik Ultraman pun, keindahan seni figura dan tenaga dari persembahan pasti akan membuatkan ia berbaloi untuk dikunjungi. Tambahan pula, kemasukan adalah percuma, jadi tiada alasan untuk tidak datang!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Translate »