KTM Charter Train MySawasdee KL – Hat Yai

Sawadika!

Saya teruja untuk berkongsi pengalaman menaiki KTM Charter Train MySawasdee ke Hatyai. Bagi yang belum tahu, Sawasdee Train ini cuma beroperasi pada hari cuti panjang sahaja mengikut jadual yang telah KTMB edarkan. Tiket hanya boleh dibeli sebulan sebelum tarikh berlepas (pada 4hb) dan persaingan membeli tiket sangatlah sengit.

Koc MySawasdee Train ni sama macam Train to Dabong iaitu tren lama yang ada koc katil tu (sleeper train). Saya pernah naik tren yang sama ke Dabong. Pada pandangan saya, Sawasdee Train ini bersih terutama tandas dan penumpang dilarang membuka pintu semasa tren sedang berjalan. Jadi tiada perokok yang merokok sepanjang perjalanan.

Atas, kiri: Koc katil, koc duduk kelas pertama, cafe, koc duduk kelas biasa.

Waktu Perjalanan

🅺🆄🅻-🅷🅳🆈
• Berlepas dari KL Sentral: 10:30 malam
• Tiba di Hat Yai: 8:30 pagi

🅷🅳🆈-🅺🆄🅻
• Berlepas dari Hat Yai: 10:30 pagi
• Tiba di KL Sentral: 10:30 malam

(Perbezaan waktu Thailand lewat sejam)

Maklumat Imigresen:
1. Pasport: Kena sah sekurang-kurangnya enam bulan dari tarikh luput.
2. Visa: Orang Malaysia tak perlu visa ke Thailand.
3. Pemeriksaan Imigresen: Dilakukan di stesen Padang Besar, di mana prosedur keluar Malaysia dan masuk Thailand dilengkapkan (dan sebaliknya semasa pulang).

Nota:
Semasa trip Hat Yai bound, tak perlu turun bawa bagasi. Lepas cop passport boleh terus naik tren.
Tapi masa balik KL bound, kena bawa turun semua beg dan barang sebab nanti tren akan bergerak keluar dari stesen. Bagasi dan beg juga perlu melalui scanner. Kat sini kena tunggu sejam sampai tren kembali.

Hentian Keretapi:
• KL Sentral: Hab utama di Kuala Lumpur.
• Tanjung Malim, Ipoh, Taiping (tertakluk kepada jadual)
• Padang Besar: Bandar sempadan untuk pemeriksaan imigresen.
• Hatyai Junction: Hentian akhir di Thailand.

Nota:
Tren kami berhenti di Ipoh sahaja sebab Charter Train Sawasdee kali ini disewa oleh travel company di Ipoh (Golden Century Tour & Travel) pada tarikh khas.

Waktu balik pada siang hari membolehkan penumpang menikmati pemandangan cantik sepanjang perjalanan.

Kemudahan di Dalam Tren:
• Kantin/Cafe: Ada menjual nasi, kuih, snek, air seperti kopi, teh dan minuman tin. Harga nasi lauk ayam RM15.90, air mineral RM4.50.
• Tandas: Bersih dan sentiasa dibersihkan (ada janitor sepanjang perjalanan).
• Penyaman Udara: Sangat sejuk siang dan malam.
• Soket Kuasa: Ada dekat seat duduk first class. Tiada soket dlm koc katil. Jadi jangan lupa bawa powerbank.

Tiket tren KTM Sawasdee ni memang cepat sangat habis. Tapi kini anda boleh cuba alternatif baru iaitu pergi dengan travel agent yang bekerjasama dengan Tourism Authority of Thailand (TATKL) dan KTM Berhad. 

— Tren Charter Khas Sawasdee Yang Pertama Dengan Agensi Perlancongan —

Flag off perlepasan pertama tren charter khas oleh wakil yang terlibat.

Pada 26-29 Julai 2024 yang lalu, Pihak Berkuasa Pelancongan Thailand (TAT) telah bekerjasama dengan Golden Century Tour & Travel untuk menawarkan pakej pelancongan kepada pelancong Malaysia untuk melancong ke Thailand dengan Sawasdee Train Charter Khas di laluan Kuala Lumpur – Hat Yai. Pakej ini termasuk perjalanan selama 4 hari 3 malam yang membawa seramai 400 orang pelancong Malaysia.

Cik Thapanee Kiatpaiboon, Gabenor Pihak Berkuasa Pelancongan Thailand, menyatakan bahawa majoriti pelancong Malaysia lebih suka melancong ke Thailand melalui darat yang merangkumi sebanyak 70% daripada semua ketibaan. Songkhla, Betong dan Satun adalah wilayah popular yang mengalami pertumbuhan ketibaan pelancong yang ketara dengan Hat Yai di wilayah Songkhla menjadi destinasi yang sangat digemari.

Tarikan Hat Yai terletak pada pilihan pengangkutannya yang mudah, kerana pelancong boleh memilih antara udara dan darat (kereta atau kereta api). Langkah kerajaan untuk memudahkan perjalanan (Ease of Traveling) untuk pelancong dengan memanjangkan pembatalan pengisian borang imigresen di Pos Pemeriksaan Imigresen 6, Pos Sadao, Songkhla telah menjadikan perjalanan ke Thailand lebih mudah dan cepat. Pihak Berkuasa Pelancongan Thailand (TAT) juga telah bekerjasama dengan agensi pelancongan Malaysia untuk mencipta pakej pelancongan khas yang menampilkan “Sawasdee Train,” perkhidmatan kereta api sewa khas dari Kuala Lumpur terus ke Hat Yai. Bersama dengan rakan tempatan di Hat Yai, sambutan khas telah disediakan semasa ketibaan pelancong Malaysia pada hari tersebut.

Semasa acara ini, TAT, Makro dan Lotus’s telah menganjurkan aktiviti menyambut pelancong yang tiba di Stesen Kereta Api Hat Yai pada hari tersebut. Stesen Hat Yai, yang dioperasikan oleh Keretapi Negeri Thailand (SRT) tampil menyediakan kemudahan yang terbaik untuk acara ini. Setiap pelancong menerima baucar tunai 400 baht untuk dibelanjakan di Makro. Selain itu, pelancong juga menerima set hadiah selamat datang dan menikmati “Lotus’s Amazing Fruits Buffet Fest,” bufet buah-buahan segar yang lazat yang ditaja oleh Ekachai Distribution System Co., Ltd. (Lotus). Acara ini diadakan dari 26-28 Julai 2024 di Lotus Hat Yai.

Perjalanan dengan Sawasdee Train dijangka akan menarik lebih ramai pelancong Malaysia ke Thailand, menjana pendapatan untuk industri pelancongan dan mempromosikan hubungan baik antara Thailand dan Malaysia.

Kekal Berhubung Dengan Javamifi

Kali ini, saya ke Hat Yai menggunakan eSIM daripada Javamifi untuk melayari internet di luar negara. Ini adalah pertama kali buat saya, selalunya saya membeli sim kad fizikal atau membawa dongle. Menggunakan eSIM rupanya lebih senang, tak perlu lagi susah-susah menukar kad SIM fizikal yang hanya sekali pakai tu. Javamifi kini tiba di Malaysia untuk para pelancong dan pengembara!

Ciri-ciri Utama Javamifi eSIM:

1. Kad SIM Digital: Teknologi eSIM membolehkan anda memuat turun kad SIM digital ke dalam telefon pintar anda, membolehkan anda bertukar antara rangkaian mudah alih yang berbeza dengan mudah tanpa memerlukan SIM fizikal.
2. Liputan Luas: Javamifi eSIM menawarkan liputan di banyak negara, memberikan pelancong sambungan internet yang boleh dipercayai merentasi sempadan.
3. Pelan Fleksibel: Pengguna boleh memilih daripada pelbagai pelan data berdasarkan keperluan perjalanan mereka, daripada pelan jangka pendek hingga jangka panjang.
4. Tiada Caj Perayauan: Dengan menggunakan rangkaian tempatan melalui eSIM, pelancong boleh mengelakkan caj perayauan yang tinggi sekligus menjimatkan kos.
5. Pengaktifan Mudah: eSIM boleh diaktifkan melalui kod QR yang mudah, membolehkan pengguna menyediakan sambungan internet mereka dengan cepat.
6. Keserasian Pelbagai Peranti: eSIM serasi dengan pelbagai telefon pintar dan peranti yang menyokong teknologi eSIM, seperti model iPhone dan beberapa telefon Android yang baru.

Cara Menggunakan Javamifi eSIM:

1. Periksa Keserasian: Pastikan peranti anda menyokong teknologi eSIM. Ciri ini tersedia dalam banyak telefon pintar yang lebih baru, jadi semak spesifikasi peranti anda.
2. Beli Pelan eSIM: Lawati laman web Javamifi untuk memilih dan membeli pelan data eSIM yang sesuai berdasarkan jadual perjalanan dan keperluan data anda.
3. Terima Kod QR: Selepas pembelian, anda akan menerima kod QR melalui e-mel atau melalui aplikasi Javamifi. Kod ini digunakan untuk memasang eSIM pada peranti anda.
4. Pasang eSIM:
• Pergi ke tetapan peranti anda.
• Navigasi ke “Selular” atau “Data Mudah Alih.”
• Pilih “Tambah Pelan Selular” atau “Tambah Pelan Data Mudah Alih.”
• Imbas kod QR yang diberikan dengan kamera peranti anda untuk memasang eSIM.
5. Aktifkan eSIM: Ikuti sebarang arahan tambahan untuk mengaktifkan eSIM. Penyambungan ke rangkaian tempatan adalah secara automatik.
6. Urus Pelan Anda: Gunakan tetapan peranti anda untuk mengurus penggunaan data anda, bertukar antara eSIM dan SIM fizikal, dan konfigurasikan sebarang tetapan tambahan.

Layari https://my.javamifi.com untuk kekal berhubung di lebih 200+ negara seluruh dunia. Dapatkan 10% diskaun dengan mengisi kod JAVAMIFINEW (untuk pengguna baru).

MySawasdee Train

Jadual KTM Charter Train MySawasdee 2024

Untuk pengetahuan umum, kereta api Sawasdee (MySawasdee Train) adalah perkhidmatan kereta api khas yang beroperasi antara Kuala Lumpur dan Hat Yai secara terus menggunakan kereta api yang sama. Kereta api ini dilengkapi dengan tempat duduk dan kompartmen tidur yang selesa, serta cafe dan lounge. Ia dijadualkan untuk melakukan sejumlah 8 perjalanan (tanpa pakej pelancongan) sepanjang tahun 2024 dengan tumpuan operasi adalah semasa tempoh perayaan dan cuti sekolah di Malaysia (cuti panjang). Tempahan awal boleh dibuat melalui aplikasi mobil KTMB atau https://www.ktmb.com.my

Anda juga boleh memilih stesen berlepas selain KL Sentral iaitu seperti yang dimaklumkan dalam jadual perjalanan. Pihak KTMB berhak meminda tarikh sekiranya perlu.

TEMPAH DAN TEBUS DISKAUN!

Chup! Dapatkan tawaran menarik di KLOOK samada hotel, tiket perjalanan atau tempat tarikan dan aktiviti pada harga diskaun dengan memasukkan kod ZAHIRAKLOOK.

Terma & Syarat:
KLOOK DISCOUNT CODE – ZAHIRAKLOOK
12% OFF Pengguna Baru
5% OFF Pengguna Lama
Terhad untuk 3X Tebusan (sah sehingga 1 Julai 2025)

http://www.klook.com/?aid=zahiraklook

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Translate »