Apabila anda ingin membeli keju, pastikan ada cop (seal) Real California Milk pada bahagian logo jenama tau. Ini bagi memastikan anda memilih keju yang diperbuat daripada susu asli dari lembu di California.
Pihak Real California Milk sekali lagi menganjurkan program tentang keju iaitu Cheese Mania Showcase: A Feast for the Senses di Hotel DoubleTree by Hilton Kuala Lumpur. Program istimewa ini telah dihadiri oleh rakan bloggers, media dan wakil rakan dagangan.
Turut dipamerkan adalah pelbagai jenis keju yang popular dari jenama antarabangsa yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia, antaranya Food For Friends, Fiscalini, Sierra Nevada dan Point Reyes. Tidak perlu risau kerana banyak jenama ini adalah Halal juga. Antara jenis keju popular adalah Cheddar Sharp, Monterey Jack, Creamy Jalapeno Jack, Smokehouse Jack, Truffle Tomas dan Blue Cheese.
Keju dari Real California Milk terbukti bermutu tinggi hasil daripada ternakan lembu yang diternak dalam kondisi cuaca yang baik (tak terlalu sejuk dan panas), diet seimbang (grain fed), air bersih dan banyak bergerak aktif. Hasil daripada kawalan dan mutu piawaian yang ketat dari USDA ini juga membolehkan keju Real California Milk memenangi 31 anugerah di American Cheese Society Meeting baru-baru ini.
“California merupakan pengeluar tenusu terbesar di Amerika Syarikat.”
Selain mendengar penerangan tentang keju yang menggunakan susu Real California Milk dari Chef Barbara, kami turut menikmati juadah istimewa bertemakan keju. Chef Barbara dengan pihak hotel menyajikan 7-course Menu yang sungguh enak dan berinovasi. Saya sendiri tak sangka keju boleh serasi dalam makanan Malayu dengan elok, bukan sekadar menabur keju cair di atas semua benda seperti yang dilakukan oleh ramai orang.
Kemudian, aturcara program diteruskan dengan pertandingan menghias Cheese Board antara para pempengaruh. Saya berjaya menjadi antara pemenang dan membawa balik hadiah berupa set mini cheese board selain dari goodie bags menarik. Terima kasih Real California Milk!
Cheese Mania Showcase bukan hanya meraikan kepelbagaian dan kekayaan rasa keju Real California Milk tetapi juga mengetengahkan keseimbangan gaya hidup yang sepatutnya lebih mementingkan kualiti demi menjaga kesihatan dalam pemakanan seharian. Say no to processed cheese, say yes to real cheese from Real California Milk!