UPDATED 2024 : DITUTUP
Subang Jaya SS14 ni adalah kawasan bisnes yang majoritinya dimiliki oleh kaum Cina. Jadi apabila saya dapat tahu wujudnya sebuah restoren yang dimiliki oleh pengusaha Melayu Islam berkonsepkan masakan Thai, saya ingin mengetengahkan restoren tersebut supaya anda tidak ragu-ragu nak datang menjamu selera.
Saya tiba di restoren untuk santapan tengah hari. Berikut adalah makanan yang saya order di sana.
Salted baked tilapia ni mesti ramai orang belum cuba walaupun mungkin dah biasa nampak. Mungkin sebab tak reti nak makan atau pun nampak menakutkan kerana ditaburi garam.
Sebenarnya konsep salt baking ni adalah untuk membakar ikan dengan mengekalkan kelembapan dan jus ikan. Sebab kalau kita bakar, ikan akan kering sebab jus menitik keluar, kan. Dan risiko ikan tu ada hitam hangus-hangus.
Sebab tu tak semua ikan sesuai untuk salt baked. Ikan bersisik tebal paling sesuai sebab masin garam tu tak boleh tembus ke isi ikan so korang janganlah risau, memang tak masin sampai darah tinggi.
Konsep dia samalah macam kita masak udang dengan kulit. Rasa sos perap tu tinggal kat kulit je, isi tawar. OK tapi yang ikan ni isi tak tawar terus, still ada rasa masin manis, makan begitu pun boleh tapi sos dipping yang disediakan tu rugi tak try sebab sedap sangat. Sweet spicy tangy fuh memang awesome.
Saya betul-betul rekemen korang order ikan ni. Tips saya ialah korang alihkan garam bakar tu ke pinggan lain sebab kalau garam tu jatuh atas isi ikan, konfem lah masin nanti hehe.
Tomyam seafood pula memang padu. Korang, saya nak cakap ni maybe ada yang nampak gambar rasa seram dengan daun ketumbar. Tapi serius satu detik pun saya tak perasan kehadiran daun ketumbar tu. Sebab rasa dia semua balanced. Next time nak try tomyam santan pula kat sini.
Sotong stim limau ni dia bagi saiz xxl, memang terbaik. Sotong tu masih lembut. Saya risau liat macam tayar tapi tak. Rasa air asam dia memang boleh pergi.
Ayam goreng bawang putih ni juga pada saya the star of the day. Rangup dia korang bayangkan macam orang buat ASMR tu. Walaupun ayam da tak panas, tapi masih crunchy. Entah macam mana chef dia goreng serpih-serpih ayam tu. Ayam ni memang bahagian wings je so sebab tu saya makan last begitu je ratah macam ayam Korea. Wajib order.
Papaya salad ni dia hidangkan dengan udang besar-besar. Kalau orang tak mahir buat, rasa mentah betik tu boleh rasa kat lidah, sebab tu ramai suka mangga. Tapi yang ini memang elok dia buat. Nyummmm kecur air liur ni ha.
Pad thai ni kalau tak pandai buat, noodle tu samada jadi lembik atau jadi tak cukup masak. Sebab noodle pad thai ni chewy chewy. Pes dia pun kena pandai buat. Yang saya makan ni mengingatkan saya keenakan pad thai yang orang siam buat masa saya kat Thailand. Dengan kacangnya serbuk cili thai nya, memang authentic taste.
Last sekali saya makan dessert red ruby dan pulut mangga. Nyaman rasanya tak terlalu manis. Mangga pun fresh. Sos putih tu sangat best. Saya boleh makan pulut dengan sos tu je tanpa mangga pun. Hanya dua dessert ni yang tersedia dan wajib try dua-dua you won’t regret it.
Cuma pada hari tu saya tak order minuman favourite pelanggan iaitu Thai Tea, sebab saya gemar ais kosong je waktu makan. Orang kata sangat kaww so korang jangan lupa tu ye.
Korang boleh pergi ke instagram LTK_SubangSS14 – follow dan save kan tempat ni lepas tu datang makan kat sini. Ajak semua orang try dan support sebab kedai yang memang jaga kualiti ni kita kena jaga uols hehe. Susah nak cari yang authentic dengan harga pun berpatutan.
Boleh tengok TikTok saya kat bawah ni 🙂
@zahiragram Yang belum try kena try ikan bakar garam ni gaiss 🤌 #MakanLokal #klfoodie #subangjayafood #MYfoodie #makananviral #foodreviewkl #saltedbakedfish #ikanbakargaram
♬ DJ Are You Ready Thailand Wong Eee (Tiktok) – Sound Ori
Little Thai Kitchen, 74 Jln SS14/2, Subang.
👉lokasi kat lot2 kedai dekat BHP Bulatan Kewajipan.
Owner Muslim- Halal✅
Buka 11am – 10 pm (Isnin tutup).