
Tahun ini, The Chicken Rice Shop (TCRS) menjemput anda untuk merasakan menu terbaru yang luar biasa iaitu Hikayat Ayam Zamrud — hidangan yang mencerminkan semangat, kebahagiaan dan cita rasa Hari Raya. Diilhamkan dari tradisi orang lama, hidangan ini menggabungkan ayam yang empuk dengan sambal hijau yang mengiurkan — gabungan sempurna cili hijau yang pedas, herba beraroma dan rasa masam limau yang menyegarkan.
Tersedia untuk masa terhad sepanjang Ramadan dan Syawal sahaja, hidangan istimewa ini bakal menambahkan lagi keceriaan berbuka puasa dan musim perayaan dengan cita rasa yang menggamit selera dan gaya hidangan yang menarik.

Maka tersebutlah akisah suatu masa dahulu..
“Hikayat lama menceritakan bahawa pada suatu ketika dahulu, semangat perayaan terasa suram dengan tradisi yang sederhana dan cahaya kelam. Walaupun dinantikan dengan penuh keterujaan, kemeriahannya masih kurang dirasai. Namun pada suatu hari, diceritakan tentang suatu penemuan istimewa — sebuah beg cili hijau yang berkilauan bak zamrud telah ditemui. Kilauan warnanya mengilhamkan menu sambal hijau pedas yang luar biasa.”
Berkongsi makna di sebalik hidangan eksklusif ini, Cik Jane Wong dari TCRS Restaurants Sdn Bhd berkata, “Hikayat Ayam Zamrud melambangkan komitmen kami dalam mencipta pengalaman kulinari yang bermakna yang menyatukan keluarga. Hidangan ini bukan sekadar menggamit selera, tetapi juga meraikan warisan budaya kita yang kaya dan hubungan yang terjalin apabila kita makan bersama. Sempena bulan Ramadan dan Syawal yang penuh keberkatan ini, kami ingin menawarkan sesuatu yang benar-benar istimewa untuk menghormati tradisi sambil mencipta kenangan baharu di meja makan.”
Dalam menyemai semangat Ramadan, TCRS turut meraikan semangat perayaan ini dengan menganjurkan program sumbangan makanan khas. Dengan misi untuk menyebarkan kegembiraan, TCRS telah menyumbangkan hidangan Hikayat Ayam Zamrud kepada tiga rumah anak yatim di Lembah Klang: Rumah Anak-Anak Yatim Shifa, Rumah Penyayang Nur Iman, dan Rumah Titian Kaseh.
Melalui inisiatif ini, TCRS berhasrat untuk memastikan anak-anak dan penjaga di rumah-rumah kebajikan ini dapat menikmati hidangan yang enak dan menyelerakan sekali gus merasakan kemeriahan Ramadan. TCRS berharap untuk menginspirasikan orang lain untuk menghayati nilai belas kasihan dan perpaduan terutamanya pada musim yang menekankan kebersamaan.
Hidangan istimewa Ramadan dan Syawal ini amat sesuai untuk keluarga yang mencari juadah lazat dan mengenyangkan selepas seharian berpuasa, serta buat sesiapa sahaja yang ingin menikmati sajian bermusim yang istimewa. Sama ada dinikmati untuk berbuka puasa, pertemuan jamuan perayaan atau sebagai hidangan santai, Hikayat Ayam Zamrud menjanjikan pengalaman kulinari yang tidak dapat dilupakan.
Untuk maklumat lanjut mengenai menu terkini, sila layari www.thechickenriceshop.com atau halaman Facebook TCRS di https://www.facebook.com/thechickenriceshop/