
The Chicken Rice Shop (TCRS) mengambil peluang sempena musim perayaan Tahun Baru Cina 2025 dengan memperkenalkan hidangan baharu Ayam Oren untuk meningkatkan lagi suasana kemeriahan perayaan.
Tersedia di seluruh negara hingga 23 Februari 2025, tawaran masa terhad ini mengubah hidangan klasik masakan Cina yang digemari ramai menjadi sajian yang disempurnakan dengan kemanisan buah oren dan kehangatan rasa pedas. Setiap ketul ayam disalut dengan sos yang diperbuat daripada oren dan halia, kemudian ditabur bijan panggang untuk kerangupan yang menggiurkan. Jangan lepaskan untuk merasai hidangan berinovasi yang menghormati tradisi.


Bermula pada harga RM21.90 membolehkan anda merasai kelazatan Ayam Oren secara a la carte. Bagi mereka yang mahu mendapatkan hidangan set, Set Ong-ly Me sesuai untuk pengunjung solo, manakala Set Ong You & Me sesuai untuk pasangan yang ingin berkongsi kegembiraan dan kemakmuran. Mereka yang ingin menjamu selera bersama keluarga atau sahabat boleh memilih Set Ong Like Us yang mampu memenuhi selera hingga empat orang dengan portion yang banyak, sesuai untuk perhimpunan perayaan.
“Oren merupakan simbol kemakmuran dan nasib yang baik untuk Tahun Baru Cina. Kami mahu mengubah buah bertuah ini menjadi hidangan kontemporari yang merangkul tradisi dan inovasi. ‘Ayam Oren’ kami melambangkan keseimbangan yang sempurna – kemanisan kemakmuran digabungkan dengan rasa pedas yang menggambarkan peluang yang menanti pada tahun baru yang akan datang.”
Wong Kah Yong, Ketua Pegawai Eksekutif TCRS Restaurants Sdn Bhd.


Untuk melengkapkan hidangan ‘Ayam Oren’, TCRS memperkenalkan minuman Ong-ren Bliss – minuman menyegarkan yang mengimbangi rasa manis dan pedas hidangan istimewa itu.
Set ‘Ayam Oren’ kini boleh didapati di semua cawangan TCRS (diiktiraf Halal JAKIM) di seluruh negara. Untuk maklumat lanjut tentang promosi istimewa Tahun Baru Cina ini dan promosi lain, sila layari website www.thechickenriceshop.com atau Facebook https://www.facebook.com/thechickenriceshop/.